PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Rabu, 30 April 2008

Anuar Zain dan Rambut.

SETIAP kali penyanyi yang mendapat julukan `lelaki idaman Malaya' ini muncul di khalayak, setiap inci tubuhnya pasti menarik perhatian ekor mata wanita.Jika ayam tambatan kelab bola sepak terkemuka, David Beckham terkenal kerana fesyen rambutnya, penyanyi lelaki popular Anuar Zain juga tidak kurang hebatnya.

Wajah dan personaliti yang mempesona ditambah kehebatan suara yang memukau, penyanyi tampan berusia 38 tahun itu menjadi buah hati kepada ramai peminat wanita.Keadaan itu secara tidak langsung menyukarkan dia melakukan sebarang perubahan terutama ke atas rambutnya, takut-takut tidak mendapat `restu' peminat.


Pada awal kemunculannya dulu, anak jati Selangor ini lebih selesa berambut pendek dengan pelbagai gaya dan potongan sehingga menjadi ikutan remaja.Namun begitu, sejak beberapa tahun lalu, Anuar mula tampil berambut panjang dengan imej berkot yang tampak lebih kemas dan menawan. Sambil tersenyum, Anuar mengakui sukar untuk membela rambut panjang yang `dicemburui ramai wanita' itu.Alkisahnya, suatu ketika dulu, sejak berambut panjang, setiap kali ingin memotong rambut, Anuar terpaksa terbang nun jauh ke Negeri Di Bawah Bayu.

Setiap sebulan setengah, Anuar pasti akan ke Kota Kinabalu berjumpa Irene yang dikatakan mampu memotong rambutnya menepati citarasanya dirinya Menurut Anuar, dia tidak lokek berbelanja lebih sedikit semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripadanya.

Irene menurut Anuar lagi adalah pendandan rambut terbaik yang pernah ditemuinya setakat ini. Sejak pertama kali menggunting rambut di kedai milik Irene, Anuar telah merasai keserasian antara mereka berdua. Ierne ditemuinya pertama kali ketika dia mengadakan persembahan di Kota Kinabalu Sabah bebrapa tahun lalu.

Waktu itu Anuar dibawa oleh seorang teman yang merupakan pelanggan setia Irene ke tempatnya. Kedai milik Irene tidaklah sebesar yang dibayangkan sesetengah pihak, kerana beranggapan Anuar mempunyai citarasa yang tinggi hatta untuk perkara2 kecil.

Hanya sebuah kedai kecil dan tiada apa yang istimewa, namun Anuar sukakan cara Irene yang begitu profesional dan tahu bagaimana menepati cita rasanya.

Jelas Anuar, sebelum memulakan proses menggunting, Irene terlebih dahulu akan menunjukkan beberapa jenis potongan rambut yang sesuai dengan raut dan bentuk wajahnya.Oleh itu terpulang kepada Anuar untuk memilih potongan yang disukainya.

Walaupun sentiasa kelihatan kemas dan `cantik', jelas Anuar dia bukanlah seorang yang arif tentang rambut.

Menurut Anuar dipetik begini:


``Dulu semasa berambut pendek saya tidak pernah pun tahu kita perlu memakai pelembap rambut.Tetapi bila sudah berambut panjang barulah saya sedar banyak juga yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kesuburan rambut,'' ujar penyanyi itu yang mengakui tidak pandai mengurus rambutnya sendiri.


``Biasanya lepas cuci saya biarkan ia kering sendiri. Kalau nak pakai pengering memang saya tak pandai. Sebab itu kalau ada persembahan atau sidang media, saya perlu mendapatkan bantuan pendandan rambut,'' ujarnya lagi.


Dalam pada asyik bercerita mengenai rambutnya, jelas Anuar, dia juga tidak terkecuali ditegur oleh kedua-dua orang tuanya yang sering bertanya bila rambutnya akan dipendekkan semula.


Malah ada juga di kalangan peminat wanita yang tidak gemar melihatnya berambut panjang.Sepanjang hidupnya kata Anuar, dia hanya berambut pendek lebih-lebih lagi ketika bertugas sebagai pramugara dulu. Kiranya berambut panjang adalah impiannya yang telah pun dikecapi.

Selasa, 29 April 2008

Aditya: Anuar Zain tidak 'bersalah'


APABILA sebuah akhbar menulis tentang Anuar Zain menyatakan kesanggupannya untuk dicium peminat atau membenarkan pemujanya duduk di atas pahanya, industri seni sekali lagi diperdebatkan dengan polemik baru.

Itu kenyataan berani daripada lelaki ini, itupun kalau benar kata-kata tersebut dilontarkan daripada kerongkong dan halkumnya. Setahu Aditya yang agak mengenali lelaki bernama Anuar Zain ini, dia tidak begitu. Sebaliknya sikap gentlemen dan sopan santunnya sering diutamakan.

Sebenarnya sekali imbas melihat tajuk akhbar itu, Aditya fikir hanya gimik semata-mata. Ternyata telahan itu silap selepas membaca baris demi baris dan di hati mula terdetik akan keberanian adik Ziana Zain ini.
Sehingga ada peminat membuat kesimpulannya melalui tulisan yang dikirim menerusi emel kepada beberapa wartawan hiburan (yang kemudiannya turut dilebarkan kepada mStar online) telah melihat industri hiburan sudah tenat dengan masalah sosial golongan artis yang kian menjadi barah.

"Mereka boleh lakukan apa yang disukai. Tidak kira bercium atau duduk di atas paha." Ini kata-kata (kononnya) daripada Anuar yang dipetik daripada akhbar bersaiz tabloid berkenaan.

Pengirim yang memperkenalkan namanya Shahrulrock itu cuba mempertikaikan keberanian Anuar sebagaimana yang dilaporkan akhbar tadi.
"Jika benar begini,persoalan yang harus kita utarakan sekarang adakah layak seorang artis di gelar sebagai 'public figure'?" tanyanya.

Lebih mengharukan kiriman itu dilengkapkan lagi dengan beberapa kepig gambar yang sebelum ini pun sudah rancak bermain di internet. Sebaran berantai gambar-gambar itu mampu menimbulkan aib yang bukan saja kepada Anuar tetapi peminatnya terutama wanita, baik bergelar dara mahupun mak orang.

"Jika gambar-gambar itu pula di jadikan sandaran pada hujah, sudah tentu ianya menelanjangi sikap dan budaya Melayu itu sendiri. Berpelukan, berciuman dan bersentuhan dengan bukan Muhrim walaupun dengan apa alasan sekalipun tetap HARAM di sisi agama Islam dan yang lebih memudaratkan bila perkara-perkara sebegini dilakukan di khalayak, disertai pula artis yang di kenali ramai (Anuar).

"Yang menghairankan, sudah hilangkah maruah dan harga diri makcik yang memeluk pinggang Anuar dan ke manakah harga diri wanita yang beriya-iya mencium pipi Anuar. Jika peminat setia sekalipun, landasan dan hukum agama perlu dijadikan panduan.

"Dalam berhibur, biar beradap. Sebagai artis, sejauh mungkin perkara begini wajib dielakkan kerana pengaruh artis itu sendiri sudah cukup besar kepada masyarakat. Artis menjadi idola, menjadi ikutan dan kegilaan remaja.

Bagi remaja yang terlihat gambar-gambar sebegini, yang menghalalkan ciuman dan pelukan sudah tentu bagi pemikiran cetek, mereka akan melihatnya sebagai satu trend, sebagai satu gaya hidup artis dan golongan 'mainstream glamour' dan kesannya golongan remaja ini juga akan terikut dengan trend dan corak kehidupan yang dipaparkan artis.

"Kita sudah terdedah dengan budaya artis yang melampau, gagal mengawal diri sebagai penghibur dan ikon masyarakat. Sebagai ikon masyarakat, artis wajib menyuntik sentimen yang positif, yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat itu sendiri, menjadi penggerak untuk membasmi masalah sosial yang semakin parah.

Saya bukan menentang kemodenan dan dunia hiburan, tetapi saya membantah sekiranya isu-isu artis ini melibatkan artis Melayu dan Islam," kata Shahrulrock.
Panjang lebar petikan itu yang pada fikiran Aditya ia harus dikongsikan bersama. Ada benarnya kata-kata Shahrulrock itu, tepat sekali. Sebolehnya mahu disenaraikan apa yang dikatakannya, bagaimanapun Aditya juga mempunyai pandangan sendiri.
Seperti sangkaan awal ketika membaca tajuk berita itu, adakah benar ayat-ayat musnah itu yan dikeluarkan oleh lelaki baik seperti Anuar? Aditya mengenalinya, sering jua bersua muka walaupun tidak lama bersembang.

Lalu ekoran daripada laporan akhbar penghujung Mac 2008 itu, cerita-cerita lain ikut berbangkit termasuk penafian Anuar tentang kenyataannya. Aditya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak sebab Aditya tidak berada di lokasi pengumuman konsert A Nite With…. Anuar Zain yang mencetuskan huru-hara ini.
Anuar menafikan sekeras-kerasnya kenyataan membenarkan peminat berbuat sesuka hati tetapi terhad ciuman di pipi sahaja itu. Kononnya lain yang dicerita, lain yang dipaparkan.

Bagaimanapun penafian itu bagaikan tidak relevan apabila ita melihat aksi-aksi makcik-makcik yang memeluk Anuar ketika menjayakan Minggu Setiausaha beberapa tahun lalu. Kebetulan isu ini timbul, maka ramai yang kreatif mencari kembali gambar-gambar kenangan menyaksikan persembahan Anuar untuk dijadikan senjata 'menembak' semula Anuar.

Dalam kes ini, mulut seakan terkunci untuk memanjangkan jawapan. Orang kata jangan menegakkan benang yang basah tetapi perlu diingat, benang itu mungkin sengaja dibasahkan oleh mereka yang tidak sensitf dengan perasaan orang lain.
Peminat, kadang-kadang melampaui batas kerana mengikut hati yang terlalu minat sehingga melupakan kesusilaan Timur. Anuar pula, cuba bayangkan, haruskah dia mengelak dan melarikan diri ketika peminat ingin bergambar dengannya? (Mungkin juga peminat cuba mengambil kesempatan mencium).

Sukar untuk kita jelaskan tetapi hakikatnya seperti kata Shahrulrock, ia tetap salah di sisi agama. Seharusnya orang dewasa macam kita, lebih bijak memilih mana intan, mana serpihan kaca.

Sumber: © mStar.Com - 29 April 2008

Kereta baru Anuar Zain

CERITA tentang Anuar Zain membeli kereta mewah ni, teman dengar dari orang Shah Alam yang rumahnya berdekatan dengan rumah keluarga penyanyi kacak ini. Katanya, minggu lalu dia terserempak Anuar dengan kereta barunya itu. Bukanlah satu kejutan kepada teman sebenarnya kerana teman tahu, anak teruna Pak Zain ni memang berkemampuan untuk membeli kereta mewah.



>>> Berita Selanjutnya langgani Sinar Harian ( 29 April 2008 ) hanya boleh didapati di Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

" I'm The Original Anuar Zain "...


Myra amat tertarik dengan kenyataan Anuar yang terdapat pada majalah Remaja 15 September 2005. Meskipun majalah ni dah lama, tetapi Myra rasa pesanan Anuar di situ amat bererti sekali terutama bagi mereka yang ingin bergelar anak seni.

Fokusnya antara lain memetik tentang Klon Anuar pasal klon anuar zain yang dikatakan semakin menjadi2 ketika itu… mungkin mereka tak tau, bukan senang nak klon Anuar...anuar sempat juga bercakap dan berpesan antara lain berbunyi seperti:

" .......kena jadi diri sendiri........"satu lagi:"... saya anggap ini satu compliment(penghargaan) pada saya. tak sangka wujud senario macam ni dikalangan pendatang baru. ini sekurang2nya membuatkan nama saya sentiasa diingatan dan apa yang saya usahakan ,mendapat perhatian. terima kasih banyak2 buat mereka yang begitu menghargai bakat saya....."


dan Anuar juga berpesan :

" buat pendatang baru yang ingin berjaya di dalam seni suara atau dunia hiburan, perlu ada identiti sendiri. jangan terikut2 dengan artis yang sedia ada. ia seolah2 kamu tidak jujur dengan diri sendiri kerana menjadi artis memerlukan kita untuk potret peribadi sebenar samada melalui hasil kerja atau imej. Originality mmg penting utk seorang artis itu kekal lama di dalam dunia hiburan....."

Diharap dengan kenyataan Anuar ini, pendatang baru tidak terlalu beriya-iya menjadikan Anuar sebagai Ikon dan Klon mereka. Jadilah diri sendiri untuk berjaya. Mempunyai suara yang agak sama belum memungkinkan untuk terus kekal di dalam industri.

Di dalam majalah ini juga ada menyebut tentang Anuar ingin mengeluarkan perfume berjenama sendiri. Ia agak bagus juga kerana sebagai anak seni, mempelbagaikan bidang juga penting demi menjamin masa depan yang lebih gemilang. Sekurang2nya, bila tiba waktunya nanti, Anuar mempunya perniagaan sendiri yang boleh dibanggakan. Mungkin boleh mendapat pangkat Dato’ kerana kejayaannya di bidang perniagaan, bukan sahaja di bidang seni. Siapa tahu?

Apabila diutarakan soalan tentang ini Anuar menjawab:



"....Tidak!! saya mmg tak mau keluarkan produk perfume atau penjagaan diri dengan menggunakan nama saya. ianya terlalu cliche. Saya tak enjoy mempunyai perniagaan sebegitu...."

Ini pendapat Anuar ketika itu. Tetapi ada lagi dari Anuar :

"...saya enjoy singing ang i sell my voice to public... its my greatest passion skrg..."


Bercakap soal imej pula kata-kata akhir Anuar adalah seperti ini:

"... biarlah imej kita bersesuaian dengan peribadi kita agar kita boleh membawanya dengan selesa. gaya yang berlainan boleh, tapi bukan yang tak masuk akal... Kemas menarik dan sedap mata memandang.... tapi saya tak sukakan gaya yang terlalu cliche..."

Selamat membaca semua!!

Anuar Enggan Turun Pentas Gara-gara Isu Cium


Kenyataan Anuar Zain ' merelakan' dirinya dicium peminat ketika sidang media sempena persembahan eksklusifnya, An Evening with Anuar Zain tidak lama dulu, nampaknya memberi kesan kepada penyanyi bersuara lantang itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu ' Lelaki Ini' itu pernak meluahkan rasa kesalnya apabila perkara itu dibesar-besarkan, Ia pernah disentuh Harian Metro dalam ruangan Depan Mata pada 31 Mac lalu kemudian ia mendapat perhatian peminat di internet.

Terbaru SS difahamkan Anuar mungkin tidak akan turun pentas ketika menjayakan persembahan di Dewan Perdana Felda pada 2 Mei ini bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku. Ia juga untuk mengelakkan isu yang dianggap menjatuhkan maruahnya dibangkitkan semula.

Barangkali kerana kebimbangan itulah yang mempengaruhi keputusan Anuar untuk membuat persembahan di pentas sahaja. Entah betul entah tidak cerita yang disampaikan satu sumber itu kepada SS.

Namun jika benar bagai dikata, SS rasa tidak perlulah Anuar mengambil keputusan terlalu drastik seperti itu kerana dia masih boleh mendekati peminat seperti biasa.

Cuma sebelum memulakan persembahan dia haruslah mengingatkan peminatnya supaya tidak berbuat demikian.

Walaupun mereka sekadar meluahkan rasa teruja mereka, ia tetap tidak manis. Maklumlah, tidak semua orang suka dengan apa yang dilihat. Mungkin bagi sesetengah orang, aksi peminat mencium artis perkara biasa, tapi ada juga punya pandangan berbeza.

Bagi SS tegur menegur itu penting dan tidak semestinya artis dipuji dan disanjung sahaja. Mereka juga harus belajar terima kritikan dan pandangan.

SS percaya sebagai orang yang disanjung, peminat akan menghormati keputusan Anuar sekaligus membataskan tindakan mereka.

Yang pasti, dari cakap-cakap pihak produksi yang terbabit dalam An Evening With Anuar Zain, persembahan pemuda kacak itu akan menjadi sebuah kenangan apabila mereka pulang nanti.

Sumber dari : Harian Metro 29 April 2008

Ahad, 27 April 2008

Usah Mudah Menghukum

Memiliki pakej rupa, suara dan populariti mengangkatnya sebagai penyanyi pujaan ramai. Justeru, ada yang cemburu hingga tergamak menikamnya dari belakang dengan menyebarkan fitnah dan cerita yang membangkitkan kontroversi. Namun seburuk manapun isu itu, insan bernama Shahrul Annuar Zain ini tidak mudah melatah. Berbekalkan kesabaran, dia tawakal. Sedikitpun cabaran itu tidak meluntur fokus mencari rezeki bagi memenuhi keperluan diri dan menyenangkan ibu bapa tanpa melupakan tanggungjawab terhadap peminat. Terbaru, penyanyi kacak yang senang disapa Anuar ini dikecam hebat gara-gara kenyataan merelakan peminat mencium dan
memeluknya di mini konsert A Night With... Anuar Zain yang bakal berlangsung 2 Mei depan .

Sebelum itu, kisahnya pernah menjadi bualan hangat apabila menggunakan khidmat komposer seberang dalam album solo ketiga dan kononnya menuntut bayaran RM3,000 untuk satu sesi fotografi. “Saya kecewa bila perkara ini dibesar-besarkan. Hakikatnya saya tidak pernah menawarkan atau merelakan diri dicium dan dipeluk.

Cerita ini datang daripada rakan wartawan yang tidak ada di sidang media konsert mini ini. “Iman dan populariti saya dipersoalkan. Enam tahun saya menjayakan persembahan Minggu Setiausaha, adakah itu belum cukup untuk membuktikan populariti seseorang artis? Penulisan itu bukan saja memalukan, tetapi merosakkan nama saya hingga ia dipanjangkan dalam forum dan e-mel berantai di Internet.

“Lebih memburukkan keadaan, ia ditokok tambah. Paling membuatkan hati saya tersentuh, ada yang memberi komen, kalau arwah abah saya hidup... sedangkan abah saya masih hidup. “Peminat turut terkena tempias hingga ada yang dimarahi suami, kekasih dan dikutuk di pejabat gara-gara penyebaran klip video mereka memeluk saya ketika menyaksikan persembahan Minggu Setiausaha sebelum ini.

"Tak pasal-pasal mereka turut menjadi mangsa keadaan,” katanya kesal. Pintanya baik kepada media mahupun pencinta muzik di luar sana, jangan sesekali menjatuhkan hukuman tanpa menyelidik atau bertanya dulu kepada insan yang diperkata. Usah emosi, jadilah insan yang rasional, bukan sekadar membuat kesimpulan daripada cerita atau penulisan orang lain.

“Kenal artis itu dulu, dapatkan kepastian menerusi temubual sebelum menulis atau menyebarkan cerita. Kepada yang yang suka membuat penilaian melulu dan sengaja menjatuhkan orang lain, beringat-ingatlah dengan hukum karma. “Keburukan yang kita buat kepada orang lain akan berbalik kepada kita. Kalaupun bukan dalam bentuk sama, mungkin dengan cara lain.

“Saya tahu dalam industri seni, ramai suka melihat orang lain susah. Diam tidak bermakna saya tidak tahu apa yang berlaku di belakang saya. Industri kita kecil, berbuat baiklah dengan semua orang. Prinsip saya, jangan sesekali kacau rezeki orang,” kata Anuar yang selalu berpesan kepada peminatnya supaya tidak membalas kutukan atau kritikan mereka yang tidak menyenanginya. Isu sikap mesranya hingga ada peminat bertindak berani mencium dan memeluknya, tegas anak kedua daripada empat beradik ini, dia tidak berdaya mengelak demi menjaga maruah peminatnya.

Di usia mencecah angka 38 tahun ini, dia sedar perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Pernah ibu memberi teguran, tetapi dia tidak terdaya mengelak. Rasa hormatnya kepada peminat yang menyokong kerjayanya membuatkannya dalam dilema. “Peminat sayangkan saya dan ada antara mereka menunjukkan perasaan itu dengan memeluk dan mencium saya. Mereka tidak ada niat buruk, begitu juga saya. Saya faham ketika itu mereka teruja dan ingin menikmati kegembiraan bertemu atau menyaksikan persembahan saya.

“Sukar untuk saya jelaskan perkara ini kerana kadangkala ia berlaku terlalu pantas. Sejujurnya saya tidak sampai hati menepis atau menolak tindakan peminat kerana ia jelas akan mengaibkan mereka. Apabila dalam situasi ini, saya dihantui perasaan serba salah, ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. “Pernah dalam satu kejadian, mereka memeluk saya di depan abah saya. Mujur, abah memahami saya tidak boleh menolak demi menjaga air muka peminat.

“Apapun, untuk konsert mini ini, harap peminat dapat menjaga tingkah laku. Saya tidak kisah jika peminat mahu bermesra dengan saya, tapi dalam berhibur perlu ada batasnya. Biarlah keseronokan malam itu nanti tidak melampaui batas,” katanya yang tidak suka dilabel artis eksklusif kerana dia hanya insan biasa yang suka merancang kerjaya supaya dapat kekal lama dalam industri. Tambahnya, pengalaman lalu mengajarnya supaya jangan terlalu menonjolkan diri kerana ia menimbulkan kebosanan orang ramai. Balik-balik muka sama, itu yang bakal dirungut, justeru dia tidak mahu perkara itu berulang.

Bagaimanapun, ada juga yang salah faham dan melabelkannya artis eksklusif — yang tidak pernah sebesar zarah pun ada dalam kamus hidupnya. “Saya tidak pernah terfikir di mana tahap saya. Artis kelas A, B, atau C, saya tidak pernah ambil peduli. Yang lebih saya fokuskan adalah terus mencari rezeki untuk menyara diri dan membahagikan orang tua. Saya bukan datang daripada keluarga senang dan perlu bekerja keras. Syukur, hasil menyanyi, emak abah dapat berjalan ke banyak tempat.

“Sebut soal eksklusif, saya terkejut macam mana boleh timbul cerita saya meletakkan bayaran RM3,000 untuk setiap fotografi, sedangkan ia tidak pernah berlaku. Begitu juga dengan tanggapan segelintir pihak saya ‘demand'. “Saya bukan ‘demand', tapi dalam bekerja perlu ada kontrak. Pihak yang menyebarkan cerita itu tidak membaca kontrak yang dipersetujui, kemudian menyalahkan artis. “Dari dulu lagi permintaan saya dalam kontrak tidak pernah berubah. Orang yang biasa bekerja dengan saya sedia maklum dan tak pernah pula merungut. Kalau tidak, masakan mereka memanggil lagi saya dalam majlis anjuran mereka,” katanya.

Mengulas lanjut A Nite With... Anuar Zain yang bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, jam 8 malam pada 2 Mei depan, Anuar bersyukur kerana setakat ini tiket terjual lebih 80 peratus. Mulanya jejaka ini panik apabila penganjur konsert mini itu, Sutra D'Mega Event & Entertainment Sdn Bhd, menetapkan harga tiket RM350 hingga RM650. Berasakan jumlah itu terlalu mahal, Anuar dan pengurusnya, Rohila memujuk penganjur menurunkan harga, namun permintaan itu ditolak kerana syarikat berkenaan mahu mengekalkannya kerana yakin akan mendapat sambutan.

Ternyata mengejutkan, tiket RM650 habis dijual pada hari pertama. “Alhamdulillah, jualan tikel sangat memberangsangkan. Saya berterima kasih kepada peminat kerana tidak jemu-jemu menyokong saya selama ini. “Mereka sanggup menabung semata-mata mahu menyaksikan persembahan saya. Ada antara mereka setia mengikuti persembahan Minggu Setiausaha setiap tahun, termasuk peminat dari luar negara seperti Singapura, Brunei, Belanda dan Australia.

“Kalau ikutkan, tahun ini saya ditawarkan menjayakan enam persembahan Minggu Setiausaha, tetapi memilih untuk berehat memandangkan sudah enam tahun berturut-turut beraksi dalam acara tahunan ini. “Namun saya tidak sampai hati bila peminat rata-rata berharap menyaksikan persembahan saya. Kebetulan pula Sutra D'Mega menghulurkan tangan menganjurkan persembahan untuk saya, jadi acara khas untuk menghargai peminat ini dapat direalisasikan,” katanya yang akan beraksi selama satu jam 45 minit dengan mengalunkan himpunan lagu lama dan baru yang dibawa secara medley atau penuh demi kepuasan peminat.

Penyanyi Lelaki Terbaik Anugerah Planet Muzik 2008 ini tidak lupa memanjatkan kesyukuran apabila album ketiganya yang ada di pasaran sejak tujuh bulan lalu mencecah jualan 30,000 unit. Walaupun tidak pulang modal, dia puas kerana dapat mengetengahkan lagu berkualiti yang memenuhi kehendak jiwanya dan peminat. “Dalam menghasilkan album ini, saya mengambil kira idea dan pandangan peminat. Saya tidak malu mengaku masih belajar kerana ilmu itu tidak pernah cukup. Menerusi idea peminat dan rakan sekeliling, saya dapat memperbaiki kualiti bahan dan persembahan. “Malah, saya tidak kisah belajar daripada mereka yang lebih muda kerana idea segar mereka memberi ‘input' berguna kepada saya,” katanya yang menyifatkan peminat sebagai keluarga kepada artis.

Selain album, Anuar menggunakan khidmat pakar dari Jakarta dalam penghasilan klip video lagu ‘berhantu', Lelaki Ini dan Ketulusan Hati yang mendapat sentuhan sutradara Hedy Surywaman. Menceritakan pembikinan klip video itu yang ditayangkan di saluran TV3 dan Astro (menerusi Ria Sentral) sejak awal Mac lalu, Anuar berkata, penggambarannya dilakukan Disember lalu dan siap sepenuhnya tiga bulan kemudian.

“Penggambarannya mengambil masa dua hari. Memandangkan masa terlalu suntuk, saya tidak berlakon dan digantikan dengan model tempatan (Indonesia). “Menariknya sepanjang pembikinan itu, saya dilayan bagai raja. Mulanya kekok juga, maklumlah tidak biasa dilayan seperti itu. Mereka bukan saja menjemput saya di hotel, tetapi juga menyediakan karavan untuk saya berehat dan menyalin pakaian. Setiap 10 minit, pasti ada kru bertanya mahu makan, minum atau mengurut. “Saya sudah berbincang dengan pihak Universal Indonesia untuk mendapatkan lampu hijau dengan stesen televisyen di sana menayangkan klip video ini. Harap ia berjalan lancar.

“Sambutan album ini perlahan di sana kerana menjadi trend masa kini band lebih mendapat perhatian, lebih-lebih lagi di Jakarta. Bagaimanapun di luar Jakarta, lagu saya tersenarai dalam carta, malah pernah menduduki tempat teratas. “Saya tidak meletakkan harapan tinggi kerana memahami persaingan di sana sengit. Artis mereka juga terpaksa bertungkus lumus, apatah lagi kita orang luar. Bagi saya, sudah besar rahmatnya dapat menembusi pasaran sana,” katanya tenang.

Sumber: © Harian Metro - 27 April 2008
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN shakilawati@hmetro.com.my




Anuar cuba elak dicium, dipeluk peminat wanita


SESETENGAH suami atau teman lelaki mungkin terpaksa `makan hati' melihatkan gelagat isteri atau teman wanita masing-masing apabila bertemu penyanyi popular, Anuar Zain, yang cukup digilai peminat wanitanya. Bukan sekadar pelukan, malah ciuman juga pernah dihadiahkan kepada `Jejaka Idaman Malaya' ini, namun dalam terpaksa beliau menerimanya semata-mata menghormati peminat yang menyokong kerjaya seninya selama ini.
Bagaimanapun, untuk konsert mininya - A Nite With... Anuar Zain yang bakal berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 2 Mei ini, penyanyi itu meminta peminatnya supaya menjaga tingkah laku mereka.
“Sebenarnya, saya tidak kisah jika peminat mahu bermesra dengan saya kerana semua persembahan yang saya buat, termasuk pada malam itu nanti bertujuan mahu menghiburkan mereka. Namun, dalam kita berseronok, perlulah ada batasan... itulah permintaan saya pada peminat semua. Yang penting, biarlah keseronokan yang kita nikmati pada malam itu nanti yang `bersih' dan tidak melampaui batas,” katanya.

Demikian permintaan penyanyi itu yang kini popular dengan lagu hitsnya, Lelaki Ini dan Ketulusan Hati pada sidang media di sebuah kafe terkemuka di Bangsar, baru-baru ini. Bagaimanapun, beliau menegaskan hanya mampu menyampaikan pesanan itu, namun tingkah laku peminat di luar kawalannya, sekali gus berharap semua pihak memahami keadaan.

“Saya sendiri mahukan peminat berasa gembira apabila menghadiri majlis makan malam terbabit, seterusnya menyaksikan saya beraksi. Pembabitan peminat amat dialu-alukan bagi menceriakan persembahan. “Mereka bebas melakukan apa saja asalkan tidak keterlaluan.
Selayaknya mereka dihiburkan oleh saya pada malam itu nanti sejajar dengan sokongan tidak henti-henti terhadap kerjaya seni saya selama ini,” katanya. Pesanan Anuar itu berkait dengan sikap peminat wanita yang sering memeluk dan menciumnya apabila dapat mendekati penyanyi itu dalam persembahan sehingga menimbulkan reaksi tidak senang di kalangan pihak lain.
Bertemakan glamour, A Nite With... Anuar Zain anjuran Sutra D'Mega Event & Entertainment itu bakal menyaksikan adik lelaki Ziana Zain itu mengadakan persembahan diiringi sekumpulan pemuzik di bawah pimpinan Mac Chew.
Sesuai dengan temanya, beliau juga peminatnya datang dengan pakaian yang cantik bagi menimbulkan suasana meriah pada acara berkenaan. “Dalam persembahan itu nanti, saya akan menyampaikan sekurang-kurangnya 17 hingga 19 lagu dari album solo pertama hingga album terbaru. Untuk lagu-lagu lama, saya akan menyanyikannya secara medley... itu yang dimahukan peminat.
Yang penting, 100 peratus lagu yang akan dinyanyikan pada malam itu lagu sendiri., bukan lagu penyanyi lain. Nama pun A Nite With... Anuar Zain, tentu sekali saya akan menyanyikan lagu sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh persembahannya, Anuar berkata, persembahan mungkin berlangsung selama sejam hingga 45 minit, bergantung kepada respon peminatnya pada malam itu. Bagi mereka yang ingin menyaksikan persembahan istimewa ini, tempahan tiket boleh dibuat dengan menghubungi Sutra D'Mega ( 03-77274515 ) atau sila kunjungi kedai muzik Music Valley dan Tower Records, selain laman web http://www.ticket2u.biz/.

Sabtu, 26 April 2008

Dapatkan Majalah Media Hiburan Sekarang!


Dapatkan Majalah Media Hiburan Sekarang dan simpan koleksi PIN UP Anuar Zain yang terbaru!
Media Hiburan Cover Saida & Datuk Siti Nurhaliza.

Jumaat, 25 April 2008

Antara Menarik di Hot FM 2007

Antara wajah-wajah Anuar Zain ketika ditemubual oleh Fara Fauzana & Faizal Ismail
sekitar Tahun 2007 ketika mempromosikan
kehadiran Album Terbaru Anuar Zain



Countdown AIM15

Saksikan Anuar Zain di NTV7, pada 1 Mei 2008 , jam 8.30 malam,yang akan menyiarkan program istimewa Countdown Anugerah Industri Muzik (AIM). Kemuncak segala-galanya menerusi AIM 2008 (ke-15) akan berlangsung pada 3 Mei. Countdown ini akan menyingkap sorotan penting di samping babak di sebalik sinar kerlipan dan glamor anugerah tahunan yang berprestij itu.

Anuar Zain akan ditemubual mengenai pendapat dan harapannya pada malam anugerah itu disamping fokus pandangan serta persiapan beliau ke malam kemuncak.

Nantikan Detik menarik ini di saluran TV anda.!!



Sumber maklumat : Berita Harian 25 April 2008

Anuar " Kureng " Di Jakarta


Anuar Zain pernah mencetuskan rasa tak puas hati komposer tempatan semasa menerbitkan album yang memuatkan lagu Lelaki Ini. Alasannya Anuar dikatakan mengetepikan komposer tempatan dan melebih-lebihkan komposer luar iaitu dari Indonesia. Majoriti lagu-lagu dalam album itu dicipta oleh komposer Indonesia.

Malah Anuar, 37, juga turut ke sana dalam proses rakaman album tersebut. Kini lagu-lagunya popular di Malaysia. Ada yan anggap percubaan Anuar sangat berani dan membuahkan hasil apabila muzik yang cuba dibawanya diterima dengan baik. Tapi adakah Anuar mudah diterima di Indonesia?

Jawapannya, tidak. Anuar mengaku namanya tidak mudah mencuri hati peminat Indonesia, khususnya di Jakarta. Malah lagu-lagunya belum lagi dimainkan di corong radio di kota itu. Sebaliknya radio di luar kota Jakartapula yang sedia memutarkan lagu-lagunya.

"Bukan mudah nak masuk pasaran Indonesia... saya masih mencuba. Yalah saya tak punya duit banyak untuk menggiatkan promosi di sana. Saya buat sekadar mampu sahaja. Ada juga saya ke sana untuk tujuan mempromosikan diri," kata Anuar.

Dia tak putus asa dan masih berusaha untuk menempatkan nama di sana. Apatah lagi albumnya memuatkan lagu-lagu yang ada taste dari sana. Semoga Anuar berjaya.

Sementara itu Anuar juga sedang merancang mengadakan sebuah show istimewa buat peminat pada 2 Mei depan. Tempatnya di Dewan Perdana Felda. Tahun ini Anuar tidak menjayakan mana-mana show Minggu Setiausaha. Anuar sebenarnya menunggu peluang mengadakan konsert solo. Apakan daya belum ada penaja besar yang sudi menaja konsertnya.

"Ada orang yang ingin menaja, tapi memandangkan orang itu bukanlah dari syarikat yang mempunyai peruntukan besar, saya tak sedia menerima. Saya katakan kepada orang itu... mengadakan konsert ini risikonya tinggi dan kosnya besar.
Saya tak mahu ada orang yang kerugian kerana menganjurkan konsert saya. Kalau syarikat besar tak apa sebab mereka sudah ada bajet yang dilaburkan untuk tujuan promosi produk mereka juga," kata Anuar.

Oleh: ROSLI MANAH
Sumber Mangga Online

Antara Yang Menarik - Rentetan Kisah Album Baru Anuar


Album terbaru Anuar Zain; Anuar Zain; muncul tatkala peminat menunggu hampir 5 tahun untuk mendengar suarajantan penyanyi tersebut. Namun kelahiran album ini sedikit sebanyak telah melahirkan rasa kurang senang sekumpulan karyawan seni tanah air kerana album Anuar memuatkan 7 lagu komposer Indonesia dan hanya 3 lagu komposertempatan.
Namun, Anuar teguh dengan pendirian dan prinsipnya. Bagi Anuar "Saya tak hirau tentang komposer Indonesia ke, Malaysia ke. Yang saya peduli ialah lagu itu sendiri. Sebab lagu itu, muzik yang diangkat di dalamnya. Saya tak tengok faktor lain. Dalam himpunan lagu yang saya terima, saya rasa lagu itu sedap di telinga, saya ambilsajalah".
Anuar juga menafikan kononnya komposer tempatan berada pada tahap cikai. Kata Anuar "Bukan macam itu. Itu hanya persepsi saja. Masa saya minta lagu untuk album ini, mungkin tak ada yang terbaik pada masa itu. Jangan anggap album ini secara keseluruhan menilai tahap industri rakaman kita. Album ini hanya kehendak saya saja. Tak ada kaitan dengan industri. Kita banyak komposer hebat. Malah saya ada juga jumpa dengan pelajar-pelajar muzik di universiti saya minta juga lagu dengan dia orang, Saya minta dengan komposer ternama, tetapi mungkin masa itu mereka tak ada masa buat lagu untuk saya.
Dalam bulan Ramadan ini Anuar tetap rajin mempromosi albumnya. Bagi sesiapa yang sudah dengar lagu Lelaki Ini.. ha.. mesti ramai yang mengakui lagu tersebut lain dari yang lain.
Dengarkan juga lagu tangkap leleh seperti Ketulusan Hati dan Teman Terulung. Ramai pendegar yang tersentuh hati dan perasaan. Dengar cerita Anuar sendiri menitiskan airmata selepasmendendangkan lagu Teman Terulung di sebuah kompleks beli belah.album tersebut telah berjaya menyentuh perasaanpeminatnya
Sumber Mangga Online

Khamis, 24 April 2008

I failed to meet AIM regulations...... Anuar Zain

Anuar Zain Menerima Anugerah Artis Lelaki Terbaik

Petikan dari New Straits Time Online.



I failed to meet AIM regulations and I accept its decision. It is my fans who matter most,” he said.

Sinonimnya Anuar Zain dan anuarzain.com.my - DiariKu

Anuar Zain satu nama besar dalam dunia hiburan tanahair. Bukan sebarang artis lelaki yang mampu mengecapi kejayaan dan populariti seperti Anuar. Bukan datang dari realiti TV yang penerbitannya bagai satu perlumbaan. Hasilnya bukan semua berhasil dan mencapai matlamat program.Tidak seperti Anuar yang memulakan kerjaya dengan pengalaman yang begitu besar.

Anugerah yang diberikan Tuhan kepadanya tidak menjadi sia-sia kerana hari ini, dengan bakat dan suaranya,Anuar begitu dikenali. Bukan mudah mengecapi apa yang diterimanya hari ini. Pelbagai onak berduri terpaksa ditempuhi dengan tabah dan sabar.

Senyumannya menjadi barakah kepada kejayaannya hari ini.

Kerana begitu menghargai bakat Anuar inilah, maka tarhasilnya laman2 web Anuar yang rata2 diterbitkan oleh peminat2 Anuar sendiri. Namun Az.Com menjadi singgahan santai yang begitu mengasyikkan dan cukup bermakna.Penuh dengan informasi, AZ.COM sentiasa menjadi pilihanku dari sejak tahun 2005 hingga kini.Dari sini juga aku mengenali Anuar Zain dan beberapa kali berpeluang bersama artis kesayanganku.

Berkenalan baik dengan empunya website, aku dipertanggungjawabkan untuk mengelola satu dari ruangan yang disediakan. Aku sering bertukar pendapat demi untuk memastikan AZ.COM dikelolakan dengan baik.

Bagitulah perjuangan peminat seperti kami untuk menunjukkan rasa sokongan pada artis hebat seperti Anuar Zain.Kami ingin memastikan Anuar Zain terus hidup di dalam industri ini. Kami mula mencari peluang untuk bertemu Anuar Zain. Biar apa pun yang berlaku, misi ini harus dicapai. Akhirnya setelah kertas kerja dibentangkan, AZMUSNET bersedia memenuhi undangan kami. Dengan kerjasama beberapa rakan yang terdiri dari pelopor2 laman web Anuar Zain,majlis ringkas di bulan puasa pada tahun 2005 terlaksana dengan jayanya.Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan tenaga untuk meneruskan aktiviti seperti yang dirancang. Meski aku sendiri tidak dapat meneruskan penyertaan mengelola majlis itu, aku masih gembira kerana dapat mengikutinya hanya pada saat2 akhirnya. Aku puas kerana melaluinya aku dapat bertemu semula degan Shah, pelopor pada AZ.COM ketika itu.

Aku dan Shah kemudian banyak merangka program2 untuk Anuar Zain, tetapi bukan mudah mendapat kelulusan.Kami tak berputus asa. Program bukan penting, yang penting adalah sokongan kami yang tak berbelah bagi pada Anuar.

Melalui AZ.COM aku banyak mengenali nama2 seperti Kiera, Kak E, Kak Faiz yang selama ini menjadi tunggak kepada kejayaan Anuar. Anuar menjadi kuat dengan tenaga Wanita2 gagah ini. Tahniah kepada mereka kerana berjaya membuat perhitungan kepada kejayaan Anuar. Berjaya menguruskan aktiviti Anuar sehingga berjaya seperti hari ini.

Aku tidak akan lupa pada mereka (AZNSB) yang banyak memberi informasi kepada AZ.COM selama ini. Aku yakin Shah juga sependapat dengan aku.Tanpa bantuan dari mereka, masakan AZ.COM mampu menghidangkan info2 segar kepada para penggemar AZ.COM dan Anuar Zain?

Sinonimnya Anuar Zain dan AZ.COM, para peminat Anuar Zain juga kebanyakannya menjadi peminat AZ.COM.Aku yakin AZ.COM mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Sama seperti Anuar Zain yang mempunyai pengikutnya tersendiri.

Di AZ.COM peminat2 yang jauh terasa begitu dekat dengan Anuar Zain. Amat membanggakan, AZ.COM tidak pernah luput dari ingatan Anuar Zain sendiri. Bangga menjadi salah seorang peminat Anuar dan penggemar AZ.COM.

Bagaimana rapatnya hubungan Anuar ketika bersama peminat, begitu jugalah halnya dengan AZ.COM. Peminat2 Anuar sentiasa bersantai di AZ.COM menambah kenalan dan menceritakan pengalaman bersama bintang kesayangan ramai ini. Dan kerana itu jugalah CINTAKU pada SUAMIKU bermula di AZ.COM. Kerana minat yang sama.

Beginilah penangan Aura Anuar Zain. Bukan mudah menjadi Anuar Zain kerana kemana sahaja dia pergi, ada saja orang yang mengenali.Namun, bukan masalah kepada Anuar kerana baginya, itu adalah satu tanda penghargaan dari peminat yang menyokong kerjaya seninya selama ini.
Keihkhlasan Anuar begitu jelas dengan gambaran senyuman yang bukan dibuat2. Itulah Anuar Zain realitinya.

Aku secara peribadinya amat menyintai bakat Anuar hingga kini.....

Anuar Zain Di Konti Era

Ini adalah bingkisan yang diambil dari laman web
Era untuk Tatapan peminat Anuar Zain.

Anuar Zain ketika ditemuramah di konti ERA.

Rabu, 23 April 2008

Pic Anuar Zain di APM

Catatan Peribadi – Tribute To Anuar Zain

Secara peribadinya mengenali Anuar Zain dari jauh, menatap sebening wajahnya, tutur katanya yang diatur sempurna, pancaran keikhlasan dari manis senyumannya, dari pandangan matanya yang penuh cahaya kejayaan.

Namanya gah dipersada seni suara sejak bertahun dahulu. Bermula dari langkah kanak2 riang berseragam sekolah, meningkat remaja dengan perubahan pada suara dan penampilannya sehingga mencipta kejayaan gemilang pada kedewasaannya.

Lagu2 nya masih mekar dalam ingatan sesiapa sahaja yang melalui zaman popularitinya sehingga ke hari ini. Mungkin ada yang menjadikan lagu2nya sebagai lagu dodoi menidurkan anak yang merengek tersengguk ngantuk di pangkuan ibu2.. Merdu suara keanak2kannya, membuai sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Anuar pada ketika itu berganding bahu bersama teman seperjuangan, Elina membawakan lagu2 yang bercorak kemelayuan. Lagu dondang dan berdendang, lagu usik mengusik, lagu permainan yang memang sesuai denga jiwa kanak2nya.

Seperingkat kemudian, Anuar meningkat remaja. Masih bersama Elina, Anuar mula mendendangkan lagu2 lebih segar sesegar usianya yang masih di awal remaja. “ Kesan Kelukaan” dan “Nyanyian sekeping Hati” masih terkesan di jiwa pendengar sehingga kini. Apatah lagi dengan lahirnya album kompilasi Anuar Elina baru2 ini, menggamit semula ingatan pada Anuar dan Elina yang suatu ketika dulu begitu popular namanya
melata dibibir pendengar.

Setelah meniti kejayaan menghasilkan album di awal usia kanak2 sehingga remaja, Anuar beralih angin dengan memilih kerjaya di awan biru sebagai kerjaya tetapnya. Setelah puas terbang di setiap pelosok dunia dan menimpa pengalaman di bumi orang, rasa rindu tercuit juga di hati untuk kembali ke dunia seni suara. Jika sudah sebati di jiwa, kerinduan pasti meronta. Meski Anuar mempunyai kerjaya tetap ketika itu, sesekali bila ada undangan nyanyian, Anuar berbesar hati memenuhinya sekadar melepaskan rindu di jiwa.

Berfikir panjang, dan dengan berkat doa restu ibu bapa tercinta, Anuar nekad melepaskan kerjayanya ketika itu untuk terjun semula mewarnai dunia hiburan yang penuh dengan cerca merba dugaan dan godaan..Dengan langkah penuh azam, Anuar dengan senang hati menerima tawaran merakamkan album pertamanya yang berjudul Anuar Zain pada tahun 1998. Dengan harapannya ketika itu, peluang besar itu mampu menaikkan semula namanya di persada seni tanahair.

Anuar mula dikenali dan seolah2 mengimbas kenangan lalu, lagu “ Tangisan Naluri” menjadi popular dikalangan pendengar dan mendapat tempat di corong2 radio tempatan. Syukur kerana langkahnya berbaloi dengan popularity yang diraihnya. Pada tahun 1999, di Anugerah Industri Muzik (AIM), Abuar dinobatkan sebagai Penyanyi Baru Lelaki Terbaik dan Penyanyi Lelaki Terbaik,

Namun, hidup tak selalunya indah. Anuar tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari syarikat rakaman naungannya ketika itu. Tiada kesungguhan untuk mempromosikan album oleh pihak tertentu, membuatkan Anuar patah hati. Anuar mulai sedar, dirinya ibarat rama2 patah sayap. Jika didiamkan, akan mati jatuh terkulai menjadi debuan sebati di bumi.

Anuar nekad mengorak langkah berpaling dari apa yang diharapkannya suatu ketika dulu. Masih mencari2 haluan, Anuar seperti orang buta dihulurkan tongkat untuk berjalan betul. Sepeninggalannya dari syarikat rakaman terdahulu, Anuar mendapat perhatian sebuah syarikat rakaman yang sudi menjadi penaung. Anuar kemudian mengikat kontrak bersama syarikat Synchrosound dan berhasil menerbitkan album penuh pada tahun 2003. Dengan barisan lagu-lagu merdu kombinasi balada, R&B dan rancak, Anuar bangkit semula menghidupkan dunia seni suara tanahair. Namanya gah semula selepas zaman kemuramannya. Tak sia2 pengorbanan Anuar ketika itu, pada tahun itu, kegemilangan Anuar terserlah setelah berjaya meraih gelaran dan berjaya dinobatkan sebagai Vokal Lelaki Pilihan di Anugerah Era2003 ( AE’03) , Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album ( Lelaki ) dan Lagu Terbaik menerusi lagu Keabadian Cinta, keduanya di Anugerah Industri Muzik 2003. Pada majlis anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anuar berjaya dinobatkan sebagai penerima anugerah Penyanyi Lelaki Popular..

Anuar sekali lagi mengungguli beberapa anugerah di majlis2 anugerah anjuran tempatan dan luar Negara seperti di APM2004, Anuar berjaya membawa pulang gelaran Penyanyi Lelaki Popular sebelum episod duka menjelma semula.

Umpama mimpi buruk Anuar sekali lagi terasa hati dengan syarikat rakaman naungannya apabila digantung tak bertali. Pelbagai isu yang timbul mengakibatkan jejaka kacak ini berjauh hati.

Namun pengalaman lalu begitu mendewasakan. Anuar tidak melatah dengan keadaan itu, dengan sabar Anuar melalui detik2 pedih itu tanpa sebarang tindakan buruk.
Dalam diam2, Anuar mengorak langkah sendirian dengan memenuhi undangan demi undangan majlis2 korporat dan majlis2 anugerah untuk memastikan dirinya tidak hilang dari ingatan penggemar2 muzik dan peminat2nya.

Selama lebih 3 tahun selepas penderitaan itu, Anuar hanya menabur janji2 manis kepada peminat2nya bahawa album terbarunya akan dikeluarkan tidak lama lagi. Setia menanti album terbaru dari penyanyi hebat ini, peminat Anuar tidak pernah berkurangan malah sokongan kuat dari peminatlah, Anuar masih berada pada kedudukannya.

Tidak pernah bosan mendengar lagu2 yang sama setiap kali Anuar membuat persembahan, malah kebanyakan lagu2nya terdahulu, masih segar dan manis di halwa telinga. Setiap tahun berlalu, Anuar seolah2 sentiasa melahirkan album baru meski hakikatnya, barisan lagu2 yang dibawanya bertahun2 lalu adalah barisan lagu2 lama yang pada kewajarannya, sudah lapuk tak berbisa. Tetapi kerana kekuatan Anuar yang tersendiri, lagu2nya masih menjadi siulan sehingga sekarang. “ Semua Untukmu”, “ Keabadian Cinta” dan “ Mungkin” berjaya mencipta kejayaan yang tersendiri.

Diam2 berisi, Anuar kemudiannya dengan nada bersungguh menjanjikan bahawa beliau akan muncul dengan album terbaru pada tahun 2007. Ramai yang menantikan janji Anuar akan dilunaskan. Banyak cakap2 orang dikalangan wartawan hiburan yang mengandaikan bentuk muzik yang bakal dikeluarkan oleh Anuar ketika itu.

Tidak kurang ada yang mencemuh mengatakan Anuar terlalu cerewet memilih lagu menyebabkan penghasilan albumnya tertunda bertahun2 lamanya. Pada Anuar, cerewet itu perlu bagi memastikan kualiti yang bakal ditonjolkan.

Memberi beberapa nama selebriti sebagai contoh seperti Ebiet G Ade, Anuar mahu mengikut langkah penyanyi sohor Indonesia itu dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi. Biar lambat asalkan hasilnya memuaskan dan tidak mengecewakan.

Akhirnya pada September 2007, Anuar melancarkan album ketiganya dengan judul Anuar Zain yang mana hampir keseluruhan lagunya mempertaruhkan muzik dari Indonesia. Hasilnya memberi impak yang pelbagai.

Yang paling gembira adalah para peminat yang tak jemu menyokong Anuar selama ini. Kesabaran menanti buah tangan Anuar berbaloi dengan kualiti album yang cukup membanggakan.

Dalam keseronokan peminat memuji album tersebut, tidak pula pada dunia hiburan di Malaysia apabila Anuar dihentam dengan teruk sekali sehingga mengundang pelbagai kontroversi yang tidak wajar diutarakan. Bukan masalah besar, hanya isu menganak tirikan composer tempatan, kononya Anuar lupa diri dan tidak menghargai seni tempatan. Malah ada yang mengatakan Anuar tidak percaya pada bakat composer tempatan.

Isu panas itu ditangani Anuar dengan begitu bersahaja. “ Nikmatilah Muzik Tanpa Prejudis”, sudah cukup rasanya untuk menjawab semua persoalan. Namun manusia haloba tidak pernah senang denga kejayaan orang lain. Anuar dipinggir majlis Anugerah seperti AIM untuk mencalonkan albumnya di sebarang kategori dipertandingkan. Kerana tidak menepati kriteria yang ditetapkan.

Tidak mengapa bagi Anuar kerana baginya, penghasilan album tersebut bukan untuk merebut anugerah. Ianya adalah buah hati yang menjadi buah tangan darinya kepada peminat. Cukup dirinya puas dengan apa yang dihasilkan. Itu begitu memadai.

Tidak cukup dengan isu lagu, Anuar sekali lagi titampar dengan kes saman pecah kontrak oleh syarikat rakamannya dahulu, Synchro.

Anuar hanya menyerahkan pada kebijaksanaan mahkamah untuk menangani isu tersebut. Sikap bersahaja Anuar, membuahkan hasil kerana pada akhirnya, pihak Synchro membatalkan saman terhadapnya, kerana tidak mempunyai sebab munasabah meneruskan saman. Kes ditutup dengan aman dan semakin hilang dari ingatan dunia hiburan.

April menjelang semula dan seperti kebiasaan, pada bulan ini, ramai penganjur yang ingin menganjurkan minggu setiausaha yang mana Anuar Zain sering menjadi pilihan utama. Namun pada tahun ini, Anuar tegas menyatakan, beliau tidak akan menerima sebarang undangan untuk menjayakan Minggu Setiausaha seperti yang pernah dilakukannya dahulu. Alasannya jelas, Anuar ingin menumpukan perhatian mencari penganjur untuk menjayakan konsert yang telah lama diidamkannya.

Angkara penolakannya itu, Anuar sekali lagi dikatakan besar kepala, semata2 kerana menolak untuk menjayakan Minggu Setiausaha. Hairan, mengapa isu sekecil itu diperbesarkan oleh wartawan hiburan.

Tidak cukupkah apa yang Anuar pernah lakukan dulu? Kerana sekali penolakan, Anuar di belasah dengan tohmahan melulu beberapa pihak yang tidak senang dengan penolakan Anuar. Maka hilang semua kebaikan Anuar kepada mereka selama ini, yang ada hanyalah sikap buruk Anuar yang sentiasa dipersoalkan dan menjadi soalan wajib wartawan untuk bertanyakan tentang isu itu.

Mengambil peluang pada penolakan Anuar, sebuah syarikat hiburan, Sutra D’Mega Entertainment Sdn Bhd berkesudian menganjurkan sebuah “ Showcase” yang berkonsepkan makan malam untuk Anuar Zain. Bersetuju dengan tawaran Sutra D’Mega, Anuar berbesar hati menjayakan persembahan itu. Bertemakan “ Glamour”, Anuar akan mendendangkan 17-19 lagu kegemarannya pada malam bersejarah itu. Bertarikh 2 Mei 2008 dan bertempat di Dewan Felda Kuala Lumpur, majlis itu bakal dipenuhi dengan peminat2 Anuar Zain dan rakan-rakan artis yang terlebih awal menempah tiket menyaksikan persembahan Anuar yang julung kali diadakan.

Begitu banyak rintangan yang perlu dihadapi anak seni seperti Anuar Zain sebelum mencipta kejayaan seperti hari ini. Bagi pihak peminat yang tak putus memberikan sokongan, Anuar diharapkan mampu memberikan persembahan terbaik pada malam 2 Mei ini.

Rentetan perjalanan seni Anuar ini adalah selembaran kecil yang tersemat di ingatan saya sebagai pemerhati dan pemuja lagu2nya.

Seribu penghargaan buat Anuar Zain yang selama ini menjadi penghibur hati saya, pengubat duka lara saya.
Terima kasih kerana suara anda adalah mahkota dunia seni suara Negara.

Terbaru, Tahniah atas kemenangan anda di APM2008 sebagai Artis Lelaki Terbaik.


:::::::::::::: PENGHARGAAN BUAT ANUAR ZAIN…

Pandangan Dari Ziana Zain Mengenai Prinsip Anuar

Isu mengenai penyanyi lelaki popular Anuar Zain yang dituduh bersikap semakin demand bagai meminta 'bulan dan bintang' menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak terhadap artis berkenaan serta pengurusnya sendiri, Rahila.

Kesempatan bertemu penyanyi dan pelakon popular, Ziana Zain yang juga kakak kepada Anuar baru-baru ini, memberi peluang kepada portal,
murai.com.my untuk mendapatkan komen mengenai dakwaan yang melanda adiknya itu.
Namun sebagai kakak dan insan yang sudah masak dengan ragam dunia hiburan, Ziana memandang perkara itu dari sudut positif selain menyifatkan Anuar lebih memahami apa yang dilakukannya.

"Anuar tu orangnya rajin buat homework. Dia banyak membaca dan membuat penyelidikan berhubung kerjayanya. Selalu juga dia ingatkan saya bahawa ada beberapa bahagian yang patut kita sebagai artis ambil peduli untuk mendapatkan hak, sebagai contoh berkenaan royalti album mahupun drama atau filem.

"Itulah kalau kita (artis) bising, orang kata kita demand. Padahal itu adalah hak kita sebagai artis. Seperti apabila sesebuah drama dan filem lakonan kita disiarkan beberapa kali, royalti tak pula diterima, padahal sepatutnya dapat. Kadang-kadang jadi artis, kita banyak makan hati.

"Macam saya cakap tadi, kalau kita bising, orang anggap kita demand. Situasi inilah yang dihadapi Anuar. Mungkin industri kita masih tidak boleh menerima sesuatu yang baru, sebagaimana yang cuba dibawa Anuar. Dia bukanlah demand tetapi dia tahu di mana haknya sebagai artis atau penyanyi," kata Ziana.

Ziana berkata, isu artis ditipu oleh pihak penganjur atau promoter bukanlah perkara baru dalam industri
muzik tempatan. Lantas dia menyifatkan tindakan Anuar yang memiliki pengetahuan terhadap kerjanya itu patut dicontohi.

Namun begitu, kata Ziana lagi, sebagai manusia dia memiliki prinsipnya tersendiri. Begitu juga dengan Anuar. Jadi tidak bermakna apabila tindakan itu dibuat Anuar, perkara sama akan dilakukan Ziana. Pada masa yang sama, itu juga bukan bermakna Ziana menidakkan usaha adiknya itu.


Sumber dari Murai.Com

Anuar Zain di Aksi Murai

“Setelah perbincangan bersama pihak Astro mereka berminat untuk menyambung Aksi Murai untuk musim kedua. Ada kalangan artis seperti Anuar Zain, Ning Baizura, Misha Omar dan Linda Onn sudah menawarkan diri untuk muncul dalam program ini. Untuk musim baru, ia mengekalkan konsep sama cuma tambah elemen drama supaya kelihatan lebih dramatik.

Nantikan kemunculan Anuar Zain di Aksi Murai saluran Astro Ria tak lama lagi ye... :)

Selasa, 22 April 2008

Apabila Anuar Zain Bengang...


Kita belum pernah tengok Anuar Zain bengang kan? Myra ambil petikan / keratan yang ada dalam simpanan myra untuk dikongsikan bersama anda semua.


Bacalah jika anda semua ingin tahu bagaimana karektor Anuar Zain jika dia tengah BENGAN!!

Menakutkan?? Kelakar?.... Kita ikuti apa kata Anuar Zain.
KALAU SAYA DAH BENGANG
- Reaksi wajah saya.. Muka saya akan masam. Jangan terkejut kalau dagu saya boleh memanjang sampai ke dada.
:- Macamana agaknya rupa Anuar kalau dah dagu sampai ke dada?
KALAU SAYA DAH BENGANG
- Kalau ada kejadian yang membuatkan saya bengang kebetulan berlaku di situ, saya akan segera meninggalkan tempat tersebut ".
:- Macam serupa kita jer...
KALAU SAYA DAH BENGANG
- kalau dah bengang, kena pula masa tu saya kat dalam kereta. Nak tahu apa yang saya buat, saya akan membebel dalam kereta sorang-sorang. Kira orait kot.
:- Aikk!.. Ini dah lain macam...! Nanti jadi macam jangan pandang belakang plak...
KALAU SAYA DAH BENGANG
- Kadang-kadang membebel sorang2 pun tak lepas jugak rasa bengang tu. Apa yang saya akan buat, saya carik member yang boleh layan bebelan saya. Itu pun, cari member-member yang rapat dan faham dengan situasi saya, Kenapa saya Bengang....
:- Nasiblah kawan.. Bernanah telinga kalau Anuar membebel...
KALAU SAYA DAH BENGANG.
- Dalam keadaan tertentu,kalau perkara itu betul-betul membuatkan saya bengang, kena pula perkara itu tak betul langsung faktanya, Saya berani sound orang yang buat saya bengang kalau saya di pihak yang benar..
:- Mmmm... Berani kerana benar kan.. Bagus Anuar...
Kalau Anda BENGANG bagaimana pula??




Mesej Dari Anuar Zain

" Thank You For Your Wishes and Support "

From Kiera AZNSB.


--Terima Kasih Anuar Zain. Takkan berundur seinci dari menyokong usaha anda dan karya anda. Semoga anda lebih berjaya lagi di masa akan datang. Jadikan Anugerah Milik anda sebagai penguat semangat untuk menghasilkan karya terbaik anda buat kami..

--Terima kasih juga kerana bertahun2 ini, anda menghiburkan kami dengan dendangan lagu2 terbaik anda dan kami begitu menghargainya...

-- Sebuah penghargaan itu wajarnya datang dari kami peminat dan penggemar muzik anda.

-- Terima kasih atas kesungguhan anda menjadi penghibur kami selama ini.

Kata-kata Penghargaan Anuar kepada Peminat.


Myra ada menyimpan kata2 penghargaan Anuar Zain kepada peminat2nya pada setiap kali di majlis anugerah atau pertemuan dnega peminat.


Antara koleksi yang ada adalah seperti yang ada di bawah ini. Hayatilah sepenuhnya:


Ia juga boleh dijadikan koleksi peribadi buat mereka yang banyak mendorong dan memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam arena seni suara," ujar Anuar Zain dalam ucapannya semperna pelancaran album kompilasi di Planet Hollywood, di sini.


"Ini semua takkan berlaku tanpa sokongan peminat, keluarga, rakan-rakan, media cetak dan media elektronik termasuk syarikat rakaman.


"Saya gembira dapat melahirkan album ini kerana sebahagian lagu-lagu yang dipilih merupakan personal favourite dan semestinya memenuhi selera para peminat. Ia turut memuatkan dua buah video muzik iaitu Keabadian Cinta dan Kembalilah Kasih sebagai pakej bonus untuk tatapan peminat tersayang.


“The nominations are by the fans, so it is really nice to know that they selected me to be one of the five finalists.”


“Saya bersyukur dengan kemenangan ini, tak sangka peminat pilih saya kerana persaingan begitu sengit, masing-masing mempunyai vokal mantap. Saya amat gembira kerana kemenangan yang diperoleh membuktikan peminat menerima kehadiran dan menghargai bakat seni saya,”


``Atas sambutan para peminatlah saya terus menghasilkan album baru. Tanpa sokongan mereka, saya mungkin akan bersara daripada menyanyi,''


“Saya berasa bertuah dapat menjayakan rancangan hiburan itu kerana ia dapat merapatkan hubungan saya bersama rakan artis dan peminat.Bagi saya, peminat harus menerima saya seadanya. Mereka tidak boleh mengharapkan sesuatu kerana ia mungkin boleh mengecewakan mereka apabila harapan itu tidak kesampaian. Seseorang artis pun, belum tentu mampu memenuhi semua yang diharapkan peminat.


...... pertimbangan di tangan anda peminat2 ANUAR ZAIN...........


Anuar Zain Tak Pernah Menyesal.


Anuar Zain, satu nama besar dalam industri hiburan tanahair yang bakatnya telah diiktiraf sebagai yang terbaik. Namun tidak ramai yang tahu beberapa tahun lalu, Anuar sebenarnya pernah dilanda kontroversi gara-gara ketidaksefahamannya dengan syarikat rakaman yang pernah menerbitkan albumnya.
Dia diejek sebagai ‘artis tua’ dan didakwa tidak diterima oleh banyak syarikat rakaman memandangkan usianya yang sudah menjangkau 38 tahun. Lebih memeritkan, dia juga pernah dituduh sebagai ‘artis lembut’ yang gemar berpeleseran dengan pasangan sejenis hingga menguji kesabarannya sebagai seorang lelaki.
Namun sebagai insan yang dikurniakan akal fikiran, semua dakwaan tersebut tidak pernah dipedulikannya atas prinsip berani kerana benar, takut kerana salah. Ini kerana, dia tahu perjuangan seninya masih panjang dan bukan berdasarkan fitnah atau cakap-cakap pihak tertentu yang ingin melihat kerjayanya hancur di tengah jalan. Myartis, mengupas apa yang tersirat dan terpendam di hati Anuar dalam pertemuan di Ampang, Selangor. Semoga apa yang diluahkannya itu dapat dijadikan iktibar oleh kita dalam menempuh kehidupan yang penuh onak berduri -
"Ketika saya meninggalkan bidang pramugara, saya tidak pernah menyesal sama sekali. Bukan kerana takutkan ketinggian atau bimbang kapalterbang jatuh menjunam, tetapi saya mempunyai satu wawasan hidup yang harus dilaksanakan. Memang susah untuk membahagikan masa antara kerjaya pramugara dan seni suara.
Jika tidak memilih untuk meninggalkan salah satu cabang tersebut, sudah tentu timbul pertindihan dalam soal promosi dan sebagainya. Sebab itulah saya terpaksa pilih satu antara dua! Bayangkan, masa masih bekerja tu... sebaik sahaja habis bertugas sebagai pramugara, saya terpaksa pula bergegas untuk membuat persembahan.
Bila dah selalu macam tu, tidur pun jadi tak menentu hingga sering pula keluar masuk hospital disebabkan jatuh sakit. Jadi untuk tidak terus dibelenggu masalah, saya terpaksa fikir semasak-masaknya samaada nak terus terbang di angkasa atau nak tumpu perhatian pada nyanyian. Malah saya juga minta doa dan restu daripada kedua ibu bapa agar menyokong apa sahaja bidang yang dapat membahagiakan saya.
Dan hasil perbincangan serta pemilihan yang teliti tu, maka saya pilih seni suara sebagai kerjaya tetap. Ketika itu, saya benar-benar yakin bahawa saya boleh pergi lebih jauh memandangkan bakat yang saya miliki. Bagaimanapun, harapkan panas hingga ke petang... rupanya hujan di tengahari. Sikap bekas syarikat rakaman saya dulu amat dikesali bilamana mereka hanya lepas tangan begitu sahaja.
Promosi yang kurang dan perancangan tidak teliti telah menyebabkan album saya kurang mendapat sambutan berbanding artis lain yang tinggal sebumbung. Bila ditanya kenapa artis tu ada poster dan video klip, sedangkan saya sendiri tak ada...? Tetapi alasan yang mereka berikan amat tak munasabah kerana saya rasa saya tidak bodoh! Sebenarnya dalam hal ini, sebagai penyanyi kita sendiri tahu apa yang kita mahu dan bukannya diperbodoh-bodohkan hingga terabai begitu sahaja.
Sepatutnya, mereka kenalah full force sebagaimana saya bermati-matian meningkatkan kepercayaan peminat terhadap album tersebut. Ini tidak, jika asyik mengharap saya bekerja kuat tetapi mereka hanya berpeluk tubuh, rasanya itu sesuatu yang tidak betul. Ekoran ketidakprihatinan tersebut, akhirnya hasil royalti yang saya perolehi cukup menyedihkan hingga membuat diri ini bagai tidak dihargai. Bak kata kiasan... orang lain makan daging, kita hanya hirup kuah!
Lainlah kalau macam Siti Nurhaliza dan artis-artis lain yang album mereka memang pernah terjual melebihi 100,000 unit. Dari situ, mereka sebenarnya boleh memperolehi wang yang banyak juga hasil dari jualan tersebut... tetapi kalau macam album saya yang setakat jual 20,000 unit atau lebih sedikit tu, kita tak boleh mengharapkan 'jualan' sahaja.
Kita kena lakukan sesuatu untuk terus survived!! Atas sebab-sebab itulah maka saya sudah berpatah arang berkerat rotan dengan mereka.
Buat apa menunggu buah tak gugur jika kemampuan saya masih diperlukan oleh para peminat. Oleh itu, saya akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke syarikat rakaman Syncrosound yang dapat menjaga kebajikan saya. Kalau nak dikira, kehidupan saya kini boleh dikatakan okey juga. Dalam sebulan, dapatlah dua atau tiga show yang mampu menampung segala keperluan. Atau dalam erti kata lain, ia lebih baik dari sebelumnya!
Menyesal..? Sebenarnya kita tak boleh fikirkan soal menyesal. Apa yang kita telah buat atau apa sahaja keputusan kita... kenalah tetap. Apa-apa yang kemudian tu kita fikirkanlah kemudian. Sebab kalau menyesal, kita akan asyik terfikirkan benda tu hingga menyebabkan kita masih kat belakang kerana tak bergerak. Bagi saya, apa-apa yang kita buat samaada betul atau salah, kita harus terus ke hadapan... itu prinsip saya! Malah saya rasa ramai yang sudah tahu bagaimana satu ketika dulu saya pernah digosip begitu teruk sekali apabila ada yang mendakwa saya seorang gay.
Ketika itu, memanglah saya rasa sedih sebab orang tak kenal kita hingga ada dikalangan wartawan yang masih terus bertanya kebenarannya. Meskipun telah dijelaskan berkali-kali, namun masih ada juga segelintir pihak yang terus memandang serong pada saya. Oleh yang demikian, perlu dijelaskan bahawa sebelum nak menuduh seseorang itu sembarangan, kita kena tanya atau kenal orang tu dulu samaada betul ataupun tidak. Ikhlasnya, masa mula-mula dengar gosip liar tu memanglah rasa risau yang amat sangat.
Tapi beberapa hari selepas itu, saya terfikir semula... kalau kita tak buat kenapa kita harus bising atau melenting. Biarlah apa orang nak cakap, janji kita tahu apa yang kita buat kerana kita memang tak bersalah. Untuk pengetahuan semua, selama inipun saya tidaklah mempunyai rakan yang ramai dikalangan artis. Bukan nak jadi katak bawah tempurung, tetapi kalau artis sama artis berkumpul tu... tak lain tak bukan asyik nak berborak atau nak cerita pasal gosip. Itu memang saya tak suka!
Bagaimanapun, kalau setakat datang menonton persembahan artis untuk bagi sokongan moral tu memang selalu saya hadir. Dengan cara ini, ia dapat memberi semangat pada artis tu disamping menonjolkan sikap saling bersatu untuk memartabatkan dunia hiburan. Kerana sebagai manusia, kadangkala kita tak tahu apa yang bakal berlaku dalam industri ni. Contohnya pernah dulu saya bercita-cita nak jadi guru, pegawai polis dan macam-macam lagi. Tapi kata orang itu hanya perkembangan masa kita dalam proses kematangan dan hasilnya sekarang saya telah berani untuk terjun ke dalam apa jua bidang yang saya fikirkan baik untuk masa depan.
Paling penting, kerjaya tersebut biarlah yang boleh membuat saya gembira.
Kalau tak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman pun, mungkin saya masih boleh membuka productions house untuk menerbitkan album saya sendiri. Sebab kalau kita menerbitkan album sendiri, masa tu kita boleh buat apa sahaja yang kita mahu. Masa tu, tak perlulah kita nak berkompromi dengan mana-mana syarikat rakaman kerana apa yang kita hasilkan tu adalah khas untuk peminat setia. Selain itu, saya juga mempunyai impian untuk membuka beberapa cawangan cafe kecil di seluruh negara.
Setakat ini, beberapa perbincangan telah saya lakukan dan semuanya mungkin menjadi kenyataan dalam masa beberapa tahun lagi. Insya'allah. Sebelum itu, saya harap peminat semua akan menyokong perjuangan saya untuk menghasilkan lebih banyak album-album bermutu. Sokongan yang tak berbelah bagi itu amat saya hargai kerana tanpa anda semua, siapalah saya.



Terbitan Semula dari http://anuarzain.forumco.com/

Dapatkan Tiket A nite With Anuar Zain Percuma di ERA

Salam...

Maklumat dari Sutra D'Mega, penganjur bagi program A Nite With... Anuar Zain, pada setiap hari mulai hari ini ( Isnin, 21 April 2008 ) sehingga Jumaat, bermula jam 9.15 - 10.00 pagi, setiap pemanggil bertuah akan dihadiahkan dengan tiket percuma menyaksikan persembahan Anuar Zain di Dewan Felda Kuala Lumpur, pada 2 Mei 2008 bersempena dengan program A Nite With Anuar Zain.

Kepada peminat yang belum menempah nama untuk acara itu dan berkeinginan untuk menyertainya, jadilah pemanggil bertuah pada minggu ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi ini sila hubungi pihak Sutra D'Mega.

Kemenangan Anuar Buka Mata Semua

Hai Semua.

Tengok tak siaran langsung Anugerah Planet Muzik ( APM ) 2008 malam tadi? Walau bukan di acara pembukaan, tetapi sempat jugaklah saya menjengah siaran langsung tersebut.
Kebetulan, Anuar belum lagi membuat prsembahan.

Secara keseluruhannya, acara malam tadi agak hambar sekali. Dengan banyak tempat duduk yang kosong tanpa penghuni, pengacara malam tadi juga sukar untuk meraih ghairah penonton di auditorium atau di rumah. Malang sekali kerana pada acara yang gah dan gemilang seperti APM, wajarnya mampu memberi impak maksima kepada penonton.

Kita lihat sahaja anugerah2 antarabangsa seperti Grammy Awards atau Oscar di Hollywood misalnya, para artis lama dan baru sentiasa memberikan komitmen yang mendalam dalam menjayakan program gemilang seperti itu.

Tahukah mereka ( para artis ) bahawa acara2 sebegitu tidak lain adalah untuk meraikan mereka sebagai insan seni di dunia hiburan? Walau tidak dicalonkan, atau mendapat pengiktirafan, mereka sepatutnya menghadiri majlis tersebut sebagai tanda penghormatan terhadap penganjurannya. Saya berpendapat, jika mereka menjawab tidak pada jemputan ke majlis tersebut, kerusi kosong mungkin tidak akan ada. Nampak tidak molek sekali bila melihatkan terlalu banyak kerusi kosong di majlis berprestij seperti APM. Jika hanya majlis yang ada prestij, tetapi tidak pada artis, mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada industri hiburan.

Berhenti mengulas tentang majlis malam tadi, fokus kepada kemenangan Anuar pada malam itu.

Meski dipalit dengan pelbagai kontroversi baru2 ini, Anuar bangkit dengan membawa kemenangan peribadi malam tadi. Dinobatkan sebagai Artis Lelaki Terbaik, sudah memadai untuk membuka mata semua penerbit, produser dan komposer untuk bertumpu kepada kredibiliti Anuar yang telah bertahun2 di dalam dunia seni suara.

Mungkin tidak popular di tangan pengundi, tetapi TERBAIK di tangan juri. Bukankah itu lebih bermakna?

Bukan mudah menjadi terbaik apatah lagi dengan bangkitnya penyanyi2 lelaki atau artis2 lelaki sekarang yang bagai dibaja2 tumbuhnya. Anuar bersaing secara positif bersandarkan bakat yang ada. Dengan usaha keras dan kegigihan Anuar menerbitkan albumnya sendiri selepas beberapa tahun diikat tak bertali, Anuar akhirnya berjaya melangkah naik menerima anugerah yang tak ternilai harganya.

Layaknya Anuar mendapat pengiktirafan sebegitu, memang wajar sekali. Kebangkitan semula Anuar tidak sia2.

Album terbarunya mungkin tidak dipandang oleh penggiat seni di Malaysia, tetapi bergunung2 pujian diterima dari beberapa pendengar berbangsa asing yang tidak pernah mengenali beliau selama ini. Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan.

Apa yang diharapkan, dengan Anugerah terbaru ini, Anuar mampu memajukan diri lagi ke peringkat antarabangsa. Terus berkarya dengan karya2 agung yang bakal menjadi lagenda di hati peminat.

Siapa kata Anuar tidak punya AURA? Anuar mempunyai Aura tersendiri yang tidak dipunyai oleh artis lelaki lain. Perkataan AURA bukan hanya untuk MAWI tetapi boleh dipelbagai guna kepada semua yang layak. Anuar adalah antaranya. Suara, seraut wajah redup dan sejuk, selembar kelembutan biacaranya, mengikat para peminat dan penggemar Anuar Zain untuk terus menyokong pembabitan beliau. Aura Anuar terletak pada pukauan suaranya mengalun lagu2 merdu menusuk kalbu. Aura Anuar terletak pada bait2 bicara yang lembut menerjah masuk ke sanubari. Aura Anuar terletak pada kehebatan interaksi lirik lagunya yang menikam2 perasaan para pendengar setiap kali beliau mengalunkan suaranya.

Peribadi dari saya : " Tahniah Anuar Zain atas kejayaan di APM 2008 sebagai penerima anugerah Artis Lelaki Terbaik "


Layari : www.anuarzain.com.my
 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman