PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Selasa, 17 Mac 2009

Luahan Hati Anuar Zain


MENGENALI figura tinggi lampai ini, dia sememangnya cukup mementingkan kesempurnaan dalam apa jua yang dilakukannya.


Dek kerana itu jugalah, dia pernah dilabelkan sebagai seorang yang cukup cerewet dan juga berperwatakan diva hanya kerana mahukan yang terbaik.


Namun, bagi empunya nama Shahrul Anuar Zain atau lebih dikenali dengan nama pentas, Anuar Zain ini, katalah apa sahaja kepadanya dia bukanlah seorang yang akan tunduk mengalah.


"Cerewet saya bertempat kerana saya mahukan yang terbaik dan memberikan kepuasan yang maksimum kepada peminat saya.


"Biarlah apa orang nak katakan tentang saya kerana hanya saya sahaja tahu apa yang saya mahukan demi kebaikan karier saya," demikian luah Anuar ketika ditemui sewaktu sidang media untuk persembahannya sempena minggu setiausaha, A Luncheon With Anuar Zain, baru-baru ini.


Anuar membuka bicara hatinya kepada media selepas ditanya tentang perkembangan album keempatnya yang kata Anuar, masih lagi di dalam peringkat pencarian material.
Tambahnya, dia berdepan dengan kesulitan apabila sehingga kini, hanya dua buah lagu sahaja yang diberikan kepadanya di mana salah satunya adalah ciptaan komposer seberang.


"Album ketiga saya dulu mendapat kritikan yang cukup hebat dan mereka mengatakan saya mengagungkan komposer seberang.


"Tetapi, apabila saya kini membuka peluang kepada komposer tempatan untuk memberi saya lagu, begitu sukar pula untuk saya mendapatkannya.


"Jujurnya, saya tidak pernah meletakkan standard yang tinggi apabila meminta lagu daripada mana-mana komposer tetapi saya menjadi begitu selektif kerana saya mahukan yang terbaik buat peminat dan pendengar.


"Apa yang penting untuk saya adalah lagu itu harus mempunyai kualiti serta mempunyai bunyi yang segar dan berbeza daripada apa yang telah saya lakukan sebelum ini," katanya lagi.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Keabadian Cinta dan I'm The Lucky One ini juga memberitahu dia kini membuka pintu kepada semua komposer tempatan untuk memberikan lagu kepadanya.


"Setiap lagu yang diberikan, saya akan mengambil masa untuk mendengarnya dan saya mahu lagu-lagu itu melekat serta mampu meresap ke jiwa pendengar dan peminat saya," jelas Anuar yang baru sahaja pulang bercuti di Milan, Itali.


Dia bukan sahaja meminta lagu daripada komposer sedia ada yang mempunyai nama besar tetapi juga daripada mereka yang muda dan baru hendak mencipta nama.


"Ada juga komposer yang awal lagi sudah memberi kata putus yang mereka tidak boleh memberikan lagu kepada saya kerana kesibukan kerja masing-masing," kata adik kepada penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain ini lagi.


Anuar juga memberitahu dia tidak mahu terburu-buru menerbitkan album dalam masa terdekat ini kerana mahu menghasilkan produk yang berkualiti.


Album ketiganya, Anuar Zain sebagai contoh, dipasarkan selepas lima tahun dan ternyata, impaknya cukup besar apabila lagu-lagunya seperti Lelaki Ini, I'm The Lucky One dan Ketulusan Hati mendapat sambutan yang cukup hebat.


Dan setelah hampir dua tahun album berkenaan berada di pasaran, jualannya telah mencecah 31,000 unit dan ternyata Anuar cukup berpuas hati dengan kejayaan itu.
Bukan itu sahaja, bekas pramugara Malaysia Airlines ini juga menjelaskan, dia tidak kisah jika ada yang mengatakan kehadirannya dalam industri ini bagaikan tenggelam timbul, kerana Anuar begitu optimis dengan kerjaya seninya.


"Saya mahu berada lama dalam industri dan biarlah orang mengenang saya dengan hasil kerja saya dan bukannya cerita yang tidak enak," kata pemuja Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid dan Vina Panduwinata ini lagi.


Seperti mana-mana artis lain di negara ini, Anuar juga mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert besar.


Bagaimanapun dia terpaksa berdepan dengan kerenah birokrasi sesetengah pihak yang enggan memberikan penajaan dan memandang bakat tempatan dengan sebelah mata sahaja.


"Namun, saya percaya rezeki tetap ada dan saya tidak akan putus berdoa serta berusaha untuk merealisasikan impian saya ini," ujarnya tersenyum.


Dalam pada itu, berita gembira buat peminat Anuar apabila tahun ini, dia kembali beraksi untuk minggu setiausaha selepas tidak berbuat demikian tahun lalu.


"Saya putuskan untuk kembali menghiburkan para setiausaha dan peminat saya kerana permintaan untuk saya beraksi amat tinggi. Jadi, untuk tidak menghampakan mereka, inilah sahaja persembahan eksklusif yang akan saya lakukan untuk tahun ini," katanya tentang persembahannya yang akan diadakan pada 9 April ini.


Persembahan selama 45 minit itu akan menyaksikan jejaka idaman Malaya itu bakal menyampaikan lagu-lagu popularnya serta lagu daripada penyanyi lain yang masih belum diputuskan lagi.


Malah, Anuar menjanjikan persembahannya pada petang itu yang akan diiringi dengan sembilan orang pemuzik di bawah pimpinan Aylwin Santiago nanti akan dapat memuaskan hati peminat dan penontonnya.


Bagi mereka yang mahu menyaksikan persembahan eksklusif Anuar ini yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC) itu, bolehlah menghubungi talian tempahan 03-2089 3688 atau 03-2089 3668 untuk mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM498++ (1st Tier), RM448++ (2nd Tier) dan RM398++ (3rd Tier).



Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

shazryn.faizal@utusan.com.my

2 Ulasan:

Blogger November berkata...
 
Blogger lin berkata...
 

:) btul2..cerewet bertempat xpe..jgn x pasal2 plak nk cerewet, kn? anyways, good luck for your future undertakings!

p/s: always love your crafts. ;)

視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,色情

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama

 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman