PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Ahad, 26 Oktober 2008

Impian Anuar Jadi Kenyataan


MASIH terbayang keletah penyanyi ini dan rakan baiknya, Ellina Abd Razak, berduet menyanyikan lagu raya hits mereka, Suasana Hari Raya, ketika kedua-duanya masih kanak-kanak dan bersekolah rendah sekitar awal 1980-an. Sejajar peredaran masa, kedua-dua sahabat ini terus meningkat dewasa, dengan Anuar Zain muncul sebagai penyanyi lelaki popular di Malaysia, manakala rakan duetnya itu terus melupakan bidang nyanyian.


Bagi `Jejaka Idaman Malaya’ ini, lebaran yang bakal menjelang tiba agak berbeza berbanding sambutan terdahulu kerana impian yang dinantikan selama ini bakal terlaksana iaitu mengadakan konsert solo pertama di luar negara.


Ia turut dianggapnya sebagai kejayaan terbesar dalam rekod pembabitannya di bidang seni apabila berjaya menyeberangi Tambak Johor untuk mengadakan konsert solo pertamanya di The Esplanade, Singapura pada 8 November ini. “Berita ini dimaklumkan kepada saya beberapa hari sebelum bermulanya Ramadan. Alhamdulillah, impian saya selama ini menjadi kenyataan, malah saya merasa amat bertuah apabila The Esplanade sudi membuka pintunya kepada saya. Mana-mana artis pun memang mengidam untuk beraksi di pentas berprestij itu, lebih-lebih lagi ia ditaja oleh Singtel Communications, syarikat telekomunikasi terbesar di Singapura, yang pertama kali menaja persembahan artis Melayu di sana,” katanya kepada B*Pop.



Anuar sering menempuh pelbagai halangan mendapatkan tajaan untuk mengadakan konsert solonya di Malaysia. Namun, Lelaki Ini tidak patah semangat dan tetap berjaya mengadakan mini konsertnya, termasuk A Nite With Anuar Zain, di tiga lokasi - Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, baru-baru ini.



“Kejayaan ini bukan hanya didorong kesabaran saya yang tidak mengenal jemu berusaha, malah berkat doa dan sokongan tidak henti-henti oleh peminat. Tidak tahulah bagaimana saya mahu membalas budi peminat semua. Semoga Allah memberkati kehidupan kalian,” katanya yang akan muncul dengan program muzikal, Syawal Bersama Anuar Zain Di TV9. Anuar berkata, The Esplanade sesuai untuk persembahan akustik dan dewan persembahan itu boleh memuatkan kira-kira 1,600 penonton, satu jumlah dianggapnya cukup ramai.


“Jika Aidilfitri sebelum ini saya sibuk beraya, tetapi kali ini saya gusar memikirkan persiapan menjelang konsert itu kerana mahu menampilkan persembahan terbaik untuk semua peminat, setimpal dengan harga tiket yang dibayar mereka. Namun, saya akan memastikan kegusaran ini tidak mengganggu mood raya saya. Raya tetap raya... kita sudah berpuasa sebulan, inilah masanya untuk kita meraikan kejayaan,” katanya yang beraya di Shah Alam dan Merlimau, Melaka. An Evening With Anuar Zain - Live From The Esplanade berlangsung 8 November ini, bermula jam 8.30 malam. Harga tiket ialah S$250 (Kategori VIP), S$200 (A), S$160 (B), S$120 (C), S$80 (D) dan S$60 (C). Tempahan boleh dibuat melalui laman web www.sistic.com atau sila hubungi talian (02) 63485555 atau (02) 68288389.
Oleh Hardi Effendi Yaacob
Bintang Popular , Ahad 26 Oktober 2008

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama

 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman