PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Jumaat, 20 Jun 2008

Dendangan Ria Ziana, Anuar

BARANGKALI ramai yang ternanti-nanti bila lagi pasangan artis adik-beradik, Ziana dan Anuar Zain akan disatukan di satu pentas.



Ini kerana, sudah lama mereka berdua tidak digandingkan dalam mana-mana persembahan sama ada acara anugerah atau program-program televisyen.
Lalu, sebagai memenuhi keinginan peminat-peminat setia dua penghibur popular itu, RTM mengambil inisiatif menemukan Ziana dan Anuar dalam Konsert Fenomena yang bakal disiarkan pada musim Hari Raya Aidilfitri kelak.




Kalau sudah namanya artis popular, RTM tidak menghadapi masalah untuk menarik perhatian audiens bagi memenuhi Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Yang pasti, aura Ziana dan Anuar masih belum pudar dan kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri untuk memastikan para penonton tidak berganjak dari kerusi menyaksikan persembahan mereka dari mula sehingga ke akhir.
Menurut penerbit Konsert Fenomena, Nor Fadzilah Hashim, selain daripada permintaan tinggi penonton-penonton stesen berkenaan yang mahu menggabungkan Ziana dan Anuar, rasional penerbitan konsert berkenaan juga sebagai mempelbagaikan rancangan hiburan di stesen berkenaan.




“Kami berterima kasih kepada Ziana dan Anuar kerana memenuhi undangan kami kerana jadual mereka terlalu ketat,” katanya kepada Hits pada rakaman konsert itu baru-baru ini.
Kata Nor Fadzilah, keceriaan pasangan itu dalam menjayakan konsert berkenaan sudah tentu akan membuatkan penonton tidak sabar untuk menyaksikannya apabila ditayangkan kelak.
Rakaman selama tiga jam itu dihiasi dengan gelak dan tawa dek kerana usikan Ziana terhadap adiknya.




Malah tidak terpancar sedikit pun wajah kebosanan pada penonton yang hadir meskipun rakaman tersebut diulang beberapa kali semata-mata untuk mendapat hasil yang terbaik.
Yang akan membuatkan audiens tersentuh perasaan mereka ialah sudah tentu ketika alunan merdu suara Anuar ketika menyanyikan lagu Ketulusan Hati.




Indah dan mengasyikkan tatkala penyanyi lelaki yang berusia 38 tahun ini mendendangkan lagu tersebut dengan penuh penghayatan sehinggakan semua yang hadir terdiam membisu.
Bukan itu sahaja, ketika Anuar menyanyikan rangkaian lagu-lagu popularnya seperti Lelaki Ini, Keabadian Cinta dan Mungkin, suasana Auditorium Perdana juga seakan-akan berkongsi rasa sedih.




Jeritan dan pekikan penonton setiap kali kemunculan Anuar dan Ziana di pentas tidak perlu diperkatakan lagi.



Kalau adiknya boleh mengundang histeria, kakaknya juga tidak mengecewakan.
Seleksi lagu yang dibuat secara bijaksana oleh Ziana juga menjadikan persembahannya menghiburkan.




Ziana antara lain memilih lagu Dalam Kesakitan Ini, Dirimu Satu, Dingin dan Kehadiranmu yang memberikan kepuasan kepada peminat-peminatnya.



Pelengkap kepada konsert tersebut tentunya ketika Anuar dan Ziana menjemput dua orang artis yang menjadi idola mereka iaitu Jay Jay dan Liza Aziz untuk berkongsi pentas.
Tampil menyanyikan lagu secara duet bersama Anuar dan Ziana antaranya Kita Insan Biasa dan Dari Jauh vokal kedua-dua artis undangan itu cukup mempesonakan.
Satu yang pasti, tentunya seri Konsert Fenomena tersebut bertambah lagi apabila keempat-empat mereka tampil menyanyikan lagu raya iaitu Menjelang Hari Raya selain Anuar dan Ziana berduet menyanyikan lagu Suasana Hari Raya.

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN

fadzilah.bahar@utusan.com.my

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama

 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman