PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Khamis, 8 Mei 2008

Anuar Zain Teringin Adakan Konsert



Setelah setahun tiada persembahan secara besar-besaran, akhirnya jejaka tampan yang begitu digilai kaum hawa ini membuktikan dirinya masih lagi berbisa. Ini dibuktikan apabila showcase nya, A Nite With ... Anuar Zain berjaya menarik lebih daripada 1,200 orang peminat dari seluruh negara. Menurut pihak penganjur, Sutra D'Mega, tiket-tiket untuk showcase ini telah habis dijual seminggu sebelum persembahan. Bahkan ada segelintir peminatnya tidak berpuas hati apabila tidak dapat membeli tiket.


Jika sebelum ini, artis-artis luar negara mendapat sambutan hangat apabila mengadakan persembahan di negara ini – itu pun setelah disertai dengan promosi yang cukup hebat – hari ini Anuar Zain membuktikan artis tempatan juga mampu menarik peminat yang ramai. Ditanya sama ada dia ingin mengadakan konsert pula selepas ini, ini jawapan yang diberikan Anuar.

“Mungkin melalui promosi dan kertas kerja yang baik serta mendapat tajaan, saya pasti ingin buat konsert secara besar-besaran. Kalau dapat rezeki yang lebih, konsert tersebut akan diiringi orkestra. Bagi saya, tempat yang sesuai untuk mengadakan konsert tersebut ialah di Stadium Negara atau Stadium Putra kerana ianya tidak memuatkan terlalu ramai penonton. Kerana jika terlalu ramai, tiada ‘kemesraan' antara saya dan penonton,” jelas Anuar.

Selain daripada itu, Anuar juga turut menyatakan kekecewaannya terhadap syarikat-syarikat korporat yang sangat sukar menaja artis-artis tempatan.

“Saya sebenarnya cukup terkilan. Syarikat-syarikat besar memang susah hendak menaja artis-srtis tempatan. Mungkin mereka tidak nampak atau tidak pernah membuat kajian serta tidak turun padang untuk melihat, sebenarnya artis tempatan mempunyai peminat yang cukup besar. Mereka mungkin tidak sedar jika tiada pihak ingin membuat kajian mengenai industri muzik Malaysia, katakan 100 tahun lagi, mereka tidak akan menemui nama-nama artis tempatan, tetapi sekadar menemui nama-nama artis luar yang membuat konsert di sini atas inisiatif syarikat konglomerat. Tiada apa yang boleh ditulis lagi tentang penyanyi tempatan,” jelas Anuar dalam nada kecewa.

“Bagi saya, kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu duit mereka,” tambahnya, ringkas tetapi cukup mendalam. Jika sebelum ini, Anuar dilanda kontroversi apabila ada pihak mendakwa dia rela dicium dan rela peminat duduk di atas pangkuannya, namun, semua itu terbukti tidak benar. Bagi Anuar dan pihak penganjur, mereka mengambil langkah ‘damage control' dalam menangani isu itu. Menurut Anuar, jika sebelum ini dia suka mengadakan persembahan dengan menyanyi di sekeliling peminat, tetapi untuk showcase nya itu dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan persembahan di atas pentas. Oleh itu, dia memohon maaf kepada semua peminat yang hadir pada malam itu.

“Sebenarnya, sebelum persembahan malam ini, pelbagai masalah telah saya hadapi. Dengan kesesakan lalulintas, sehingga tidak boleh ke mana-mana. Terpaksa meminjam kereta rakan kerana tali sawat kereta putus dan ditambah pula dengan kehilangan jurutera bunyi. Memang memberikan satu cabaran yang cukup besar buat saya. Namun, Alhamdullilah, atas keizinan Allah, akhirnya saya berjaya mengadakan persembahan dan cukup puas hati dengan perjalanan dan sambutan A Nite With ... Anuar Zain,” jelas Anuar lagi. Persembahan pada malam itu diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Anuar berjaya memberikan persembahan cukup bertenaga walaupun ada gangguan dari segi bunyi kerana rekabentuk dewan itu sendiri. Anuar menyampaikan rangkaian lagu-lagu popularnya bermula dari “Keabadian Cinta”, “Sesucinya Cintamu”, “Semuanya Untukmu”, “Lelaki Ini” hinggalah “Ketulusan Hati”. Konsert yang cukup hangat ini berlangsung sekitar 75 minit.

Untuk makluman, tahun ini Anuar belum lagi mengadakan sebarang persembahan awam. Dia yang ditawarkan sehingga enam jemputan untuk mengadakan persembahan pada hari setiausaha terpaksa menolak permintaan tersebut. Ditanya jika apa yang dilakukannya akan memberikan kesan negatif kepada kerjayanya, Anuar menjelaskan secara peribadi dia merasakan seseorang artis itu tidak perlu terlalu ‘over-exposed'. Ini yang sebenarnya yang boleh memberi kesan negatif. Dia yakin tindakannya itu tidak akan memberikan sebarang kesan yang buruk.

Turut hadir pada malam itu, rakan artis seperti Nora Danish, Lah V.E, Lina Hangat dan beberapa orang lagi. Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Dato' Adilah Shek Omar juga turut kelihatan. Semasa ditemubual, Dato' Adilah memaklumkan pihak RTM mempunyai perancangan untuk menjemput Anuar beraksi di rancangan terbitan RTM seperti ‘Zoom In'.




Sumber: © Gua.Com.My - 08 05 2008
Oleh Annuar Azwan

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama

 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman