PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Isnin, 5 Mei 2008

Anuar bengang dengan 'isu cium'


PENYANYI yang popular dengan lagu Ketulusan Hati, Anuar Zain tidak habis-habis dilanda kontroversi.
Sejak beliau menyatakan hasrat memberi kebebasan kepada peminat untuk berhibur dengannya termasuk memberi kebenaran kepada mereka mencium pipi dan duduk diribanya pada showcase A Nite With Anuar Zain yang lalu, kisah tersebut semakin mendapat kritikan ramai sekaligus memberi impak buruk kepadanya.


Ada yang mengutuk penyanyi ini yang seolah-olah tidak memikirkan tentang agama apabila merelakan peminat wanita bersentuhan kulit dengannya. Tidak kurang juga kata-kata ‘pedas’ seperti “Sekiranya bapa saya sudah meninggal dunia dan arwah bapa saya melihat hal ini, mungkin dia akan sedih.”.

Memang Anuar sedih dan terpukul dengan kata-kata tersebut. Namun, ada yang sedia maklum bahawa dalam persembahannya sebelum ini, beliau sudah biasa menerima ciuman di pipi atau pelukan oleh wanita-wanita tanpa mengira usia, status dan sebagainya.

Lantaran hal tersebut telah pun berlalu, ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan rakaman keadaan Anuar dicium dan dipeluk oleh peminatnya sehingga meletuskan pergaduhan oleh segelintir pasangan suami isteri.

“Saya tak sangka ada orang yang sanggup memburuk-burukkan saya dengan menyebarkan rakaman video tersebut. Saya tak faham kenapa ada orang yang sanggup buat begitu.

“Yang membuatkan saya terkilan apabila rakaman tersebut telah menimbulkan pergaduhan antara suami dan wanita yang berada dalam rakaman video itu.
“Selepas cerita peluk cium, orang mempersoalkan tentang agama dan segala macam...,” ulas Anuar ketika sidang media selepas showcase A Nite With Anuar Zain yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Disebabkan tidak mahu memanjangkan kontroversi tersebut, Anuar tekad untuk tidak turun pada malam itu.

Beliau hanya beraksi di pentas dan menyambut huluran salam peminatnya yang berada di bawah pentas.
Sememangnya Anuar kelihatan ingin turun ke bawah untuk bertemu kira-kira 1240 penonton yang hadir. Namun, apakan daya keinginan itu terpaksa dipendam demi kebaikan semua.

Ada peminat yang menjerit, “Anuar, turunlah. Bila nak turun?”. Beliau menjawab, “Kalau saya turun, saya nak anda semua janji tak cium pipi dan peluk saya, ok?”.
Lantas ada seorang peminat berkata, “Saya janji akan cium.”.
Melihat keadaan peminat yang sukar dikawal itu, memang sah tekaan yang memikirkan Anuar tidak akan turun sehinggalah ke akhir persembahannya.

“Saya memang nak turun tetapi saya tahan keinginan untuk berjumpa dengan peminat. Lagipun, bukan senang orang nak suka kita.
“Saya fikir susah juga untuk mengawal situasi malam ini dan bimbang kalau saya turun, perkara yang sama akan berlaku lagi.
“Saya takut kalau ada yang ambil peminat yang cium pipi saya dan kemudian ia disebarkan di internet.

“Ada sesetengah perkara yang saya boleh buat dan tidak boleh buat. Tapi bila hal ini timbul, saya rasa terancam. Jadi, saya rasa lebih baik tak turun.
Dalam pada itu, Anuar turut meluahkan kekecewaannya terhadap pihak media yang menulis cerita berhubung isu cium itu tanpa ada di situ.

“Sebelum sidang media sebelum ini, saya tak terus mengatakan rela dicium pipi dan peminat boleh duduk di riba.

“Saya mengeluarkan kenyataan tersebut setelah seorang wartawan bertanyakan tentang bagaimana keadaan showcase yang dijangka berlangsung nanti.

“Adakah peminat bebas untuk melakukan apa sahaja untuk berhibur dengan saya? Dan saya pula menjawab, mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Seperti showcase sebelum ini, saya tak cakap pun mereka tetap akan cium dan peluk saya.
“Jadi, tak salah saya nak hiburkan mereka tetapi ada batasnya kerana saya tidak mahu ‘mengotorkan’ show itu.

“Saya rasa geram juga apabila wartawan itu tidak berada di tempat kejadian tetapi membuat kenyataan seolah-olah dia betul-betul mendengar apa yang saya katakan sedangkan tidak dan kemudian tersalah anggap.

“Saya tak akan bersua muka dengan orang yang tulis macam ni. Just control ourselves,” jelas Anuar yang meluahkan perasaannya dalam nada marah.
Rancang buat konsert besar-besaran

Dalam masa yang sama, penganjur showcase A Nite With Anuar Zain iaitu Sutra D’Mega Event & Entertainment Sdn. Bhd. juga menyatakan keinginan mereka untuk membuat konsert secara besar-besaran untuk Anuar setelah showcase tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Tiket habis dijual. Kami rasa yakin juga apabila ianya mendapat sambutan. Kami tiada masalah sekiranya ada perancangan pemasaran.

“Insya Allah pada hujung tahun ini, pengurusan kami akan cuba buat yang terbaik dan bergantung kepada pihak yang ingin menaja,” kata Edrie Hashim selaku pengarah projek tersebut.

Anuar pula menambah, “Kalau boleh saya nak buat tour jika mendapat tajaan. Saya seronok berjumpa dengan peminat dengan ‘feel’ yang berlainan. Saya impi untuk menyanyi dengan ‘live band’.

“Saya juga bercita-cita untuk membuat persembahan di Stadium Negara yang boleh mengumpul kira-kira 5,000 orang penonton,” luah Anuar.

Impian Anuar untuk beraksi dengan ‘live band’ termakbul jua. Dalam masa 1 jam 15 minit, beliau sempat menyanyikan 14 buah lagu popularnya dimulai dengan lagu Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu, Semua Adalah Untukmu, Mungkin, Permata, Perpisahan, Bila Resah, Lelaki Ini dan Ketulusan Hati.

Dengan bantuan dua orang penyanyi latar dan enam orang pemuzik di bawah pimpinan pengarah muzik Mac Chew, beliau turut mendendangkan lagu dari album terbarunya iaitu Teman Terulung, I’m The Lucky One dan lain-lain lagi.








Sumber mSTAR Online
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama

 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman