PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Selasa, 29 April 2008

Anuar Enggan Turun Pentas Gara-gara Isu Cium


Kenyataan Anuar Zain ' merelakan' dirinya dicium peminat ketika sidang media sempena persembahan eksklusifnya, An Evening with Anuar Zain tidak lama dulu, nampaknya memberi kesan kepada penyanyi bersuara lantang itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu ' Lelaki Ini' itu pernak meluahkan rasa kesalnya apabila perkara itu dibesar-besarkan, Ia pernah disentuh Harian Metro dalam ruangan Depan Mata pada 31 Mac lalu kemudian ia mendapat perhatian peminat di internet.

Terbaru SS difahamkan Anuar mungkin tidak akan turun pentas ketika menjayakan persembahan di Dewan Perdana Felda pada 2 Mei ini bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku. Ia juga untuk mengelakkan isu yang dianggap menjatuhkan maruahnya dibangkitkan semula.

Barangkali kerana kebimbangan itulah yang mempengaruhi keputusan Anuar untuk membuat persembahan di pentas sahaja. Entah betul entah tidak cerita yang disampaikan satu sumber itu kepada SS.

Namun jika benar bagai dikata, SS rasa tidak perlulah Anuar mengambil keputusan terlalu drastik seperti itu kerana dia masih boleh mendekati peminat seperti biasa.

Cuma sebelum memulakan persembahan dia haruslah mengingatkan peminatnya supaya tidak berbuat demikian.

Walaupun mereka sekadar meluahkan rasa teruja mereka, ia tetap tidak manis. Maklumlah, tidak semua orang suka dengan apa yang dilihat. Mungkin bagi sesetengah orang, aksi peminat mencium artis perkara biasa, tapi ada juga punya pandangan berbeza.

Bagi SS tegur menegur itu penting dan tidak semestinya artis dipuji dan disanjung sahaja. Mereka juga harus belajar terima kritikan dan pandangan.

SS percaya sebagai orang yang disanjung, peminat akan menghormati keputusan Anuar sekaligus membataskan tindakan mereka.

Yang pasti, dari cakap-cakap pihak produksi yang terbabit dalam An Evening With Anuar Zain, persembahan pemuda kacak itu akan menjadi sebuah kenangan apabila mereka pulang nanti.

Sumber dari : Harian Metro 29 April 2008

1 Ulasan:

Anonymous Tanpa Nama berkata...
 

Memang wajar artis dikritik dan ditegur tetapi biarlah teguran itu yang membina dan bermotif bukan menjatuhkan maruah dan airmuka artis itu sendiri.

sebagai fanz AZ, myra positif dan sentiasa inginkan yang terbaik, tetapi apa yang mengecewakan, isu kecil selalu diperbesarkan olh pihak media. Sebagai contoh isu peluk dan cium AZ, video yang digunakan untuk menjatuhkan AZ telah lama berada di internet, tetapi dikontroversikan dan diubah imej yang ada hanya kerana nak menunjukkan bukti. Persoalannya kenapa hanya selepas isu ini timbul? sebelum ini, video tersebut tidak diperkatakan. Isu agama dan moral bukan dibangkitkan hanya apabila sst perkara itu telah berlaku. Sebelum dan selepas itu juga perlu di ambiul kira..

Tidak wajar pihak media memperbesarkan isu ini dengan menggunakan video tersebut sebagai alat untuk melemparkan tuduhan apatah lagi ketika kenyataan dibuat, pihak media terbabit tidak berada di lokasi persidangan.

Sudah tentu, berita yang disampaikan boleh diragui kebenarannya.

Pihak laman web juga perlulah memantau forumer2 mereka agar tidak menggunakan kata2 kesat yang menjatuhkan maruah artios dan diri sendiri juga. Mereka perlu sedar, kata2 kesat yang mereka gunakan juga menunjukkan betapa rendahnya maruah mereka sebagai manusia...

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama

 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman