PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Rabu, 4 Jun 2008

Konsert Fenomena Aidilfitri Anuar Zain dan Ziana Zain


BULAN Syawal barangkali masih lagi jauh untuk diraikan, namun stesen televisyen di negara ini sudah mula sibuk mengatur pelbagai perancangan sebelum kehadirannya.
Stesen televisyen RTM misalnya, kini mula tidak menang tangan memberi tumpuan pada sebuah demi sebuah program raya yang bakal disiarkan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak.



Dalam tempoh seminggu ini, stesen berkenaan ingin mengajak peminat-peminat artis tempatan untuk menonton rakaman dua buah program raya di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur menerusi siri Konsert Fenomena yang sudah menjadi jenama besar di stesen itu.




Malam ini misalnya, di auditorium itu, rakaman Konsert Fenomena bersama artis popular tanah air iaitu kumpulan Kristal dan Ifa Raziah.
Sudah tentu gandingan kumpulan rock dengan penyanyi kontroversi itu akan mencetus minat di kalangan para peminat untuk memeriahkan rakaman konsert itu.
Menurut Penerbit Konsert Fenonema kumpulan Kristal dan Ifa Raziah, Ojay Abdul Aziz, rakaman konsert berkenaan akan berlangsung selama tiga jam bermula pukul 9 malam ini.




Kata Ojay, kolaborasi kumpulan Kristal dan Ifa Raziah secara julung-julung kali ini akan menyaksikan adunan muzik dari dua genre yang bakal memberikan impak luar biasa.
“Kami menjangkakan, konsert dua artis popular ini akan menarik perhatian ramai kerana seleksi lagu yang bakal dinyanyikan mereka merupakan lagu-lagu kontemporari,” kata Ojay kepada Hits.




Selain rakaman Konsert Fenomena kumpulan Kristal dan Ifa Raziah, RTM juga akan mengadakan rakaman Konsert Fenomena melibatkan pasangan artis adik-beradik, Ziana dan Anuar Zain.
Rakaman konsert mereka berdua akan berlangsung pada 11 Jun ini dengan menyaksikan Ziana dan Anuar mengundang dua rakan artis lain iaitu Aris Ariwatan dan Liza Aziz.




Konsert Fenomena Ziana & Anuar akan diterbitkan oleh Noor Fadzilah Hashim dan rakaman juga diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.
“Penekanan pada Konsert Fenomena Ziana & Anuar akan diberikan pada nyanyian lagu-lagu raya.




“Sebolehnya, kami mahu mewujudkan suasana hari raya dalam auditorium dan kami sangat berbesar hati kalau ada peminat mereka yang datang menyaksikan rakaman konsert itu lengkap dengan baju Melayu,” jelas Noor Fadzilah.




Selain nyanyian solo oleh Ziana dan Anuar, pasangan itu juga sudah tentu akan berganding suara menyampaikan lagu-lagu raya dan lagu-lagu popular lain.
Kepada anda peminat-peminat seni tanah air khususnya yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, pastikan anda tidak ketinggalan memenuhi Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur untuk memeriahkan rakaman Konsert Fenomena Kumpulan Kristal dan Ifa Raziah serta Konsert Fenomena Ziana & Anuar.



Sumber Utusan Online 4 Jun 2008

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama

 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman