PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Selasa, 1 Julai 2008

Anuar korbankan 'eksklusiviti' demi peminat



SUATU ketika dahulu, pernah terpacul di mulut penyanyi popular Anuar Zain bahawa dia hanya akan muncul di pentas sekali sahaja dalam setahun untuk projek yang besar bagi menjaga 'ekslusiviti'nya.
Sebelum ini, Anuar telah menjayakan sebuah showcase A Nite With Anuar Zain di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur anjuran Sutra D' Mega Event & Entertainment Sdn. Bhd.


Kali ini buat kali keduanya, beliau akan menjayakan showcase Malam Bersama Anuar Zain...di Kota Kinabalu dan Kuching anjuran DC Borneo Sdn. Bhd. pula.
"Itu semua salah anggap. Projek ni bukannya projek besar seperti konsert. Walaupun saya buat persembahan nyanyian dengan empat buah lagu pun, orang kata saya buat konsert.


"Kali ini saya buat showcase sahaja. Orang patut faham yang saya buat showcase di Kota Kinabalu dan Kuching kali ini sebab penonton kita berbeza dan pasaran massa juga berlainan.
"Saya memang nak buat konsert tetapi belum sampai masanya lagi kerana masih mencari penaja.


"Kita akan cari penaja yang sesuai. Kita akan cuba dan terus mencuba. Saya takkan berputus asa kerana konsert sebegini akan memberi impak kepada karier saya dan dapat membahagiakan peminat," luah Anuar ketika majlis sidang media showcase Malam Bersama Anuar Zain...di Kota Kinabalu dan Kuching anjuran DC Borneo Sdn. Bhd. di Crown Plaza Mutiara, Kuala Lumpur semalam.

Sebelum beliau membuat persembahan di showcase A Nite With Anuar Zain di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, heboh tentang isu 'cium' dibangkitkan dan tentang maksud sebenar beliau mengatakan peminat bebas dan boleh melakukan apa sahaja asalkan ada hadnya.
Disebabkan isu ini diperkotak-katikkan, Anuar enggan turun dari pentas dan hanya beraksi di atas pentas sahaja dan sekadar bersalam dengan peminat yang berada di bawah.


Kali ini, mungkinkah Anuar akan melakukan perkara yang sama?
"Ia bergantung kepada peminat saya. Tengok kepada keadaan juga samada saya akan turun pentas atau tidak. Saya akan cuba buat yang terbaik," kata Anuar.
Selepas isu 'cium' lenyap, nama Anuar kembali hangat dibualkan dalam sebuah forum di internet kononnya beliau telah keluar bercuti di luar negara dengan seorang ahli politik.


Anuar agak keberatan untuk menjawab soalan tersebut kerana ianya perkara sensitif yang melibatkan nama baik ahli politik tersebut, katanya.
"Jangan tanya saya soalan seperti ini. Inilah yang sedihnya tentang internet. Apabila sesuatu isu buruk dihebohkan, orang akan terima bulat-bulat.

"Sepatutnya, jadilah orang yang berfikiran positif dan matang," jelas Anuar.
Pengesahan dan tekaan sejauhmana kebenaran gosip yang semakin galak diperkatakan ini masih menjadi tanda tanya.


"Hal macam ini akan merosakkan karier saya. Saya tak pernah ambil tahu tentang perkara sebegini kerana tidak mahu menanggung dosa," tambah Anuar lagi.
Malam Bersama Anuar Zain...di Kota Kinabalu dan Kuching
Persembahan di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dijadualkan berlangsung pada 26 Julai ini manakala di Sarawak Chamber Ballroom, Crowne Plaza Riverside, Kuching pula pada 23 Ogos depan.


Deja turut diundang sebagai artis jemputan untuk sama-sama menjayakan persembahan yang bertemakan "glamour and elegance" itu.
DC Borneo Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengurusan acara di Kota Kinabalu, Sabah.


"Selepas showcase A Nite With Anuar Zain mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur baru-baru ini, permintaan yang tinggi oleh para peminatnya di Kota Kinabalu dan Kuching juga tidak dapat diketepikan.


"DC Borneo merasa bangga dan bertuah diberi penghormatan daripada pihak Anuar Zain Network untuk bekerjasama bagi menjayakan persembahan tersebut.
"Lantas DC Borneo tidak teragak-agak untuk menguruskan persembahan kali ini yang bakal diiringi oleh para pemuzik secara "live" dan tiga penyanyi latar.


"Alhamdulillah, permintaan pun tinggi dan konsep yang dilakukan nanti juga berbeza. Kami rasakan persembahan tersebut bakal memberikan impak yang istimewa apabila melihat peminat Anuar dan Deja yang ramai di sana.
"Deja terpilih sebagai artis undangan kerana pakej yang ada antara mereka dan keakraban serta talian persahabatan yang terjalin antara Anuar dan Deja," jelas Pengarah Eksekutif DC Borneo Sdn. Bhd., Andy Azzuddin.
Andy mensasarkan seramai 800 orang yang akan menghadiri showcase di Kuching sementara dalam 4000 penonton di Kota Kinabalu.


Dikhabarkan konsep persembahan di Kuching lebih kepada majlis makan malam berbanding di Kota Kinabalu. Begitu juga dengan muzik iringan di Kuching yang hanya menggunakan minus one berbanding "live band" di Kota Kinabalu.
"Tentang muzik iringan, kami ingin melakukan suatu kelainan. Begitu juga dengan konsep persembahan itu di mana ia akan menampilkan mood dan persekitaran yang berbeza," kata Andy.


Dalam pada itu, Anuar berkata beliau tidak kisah samada menyanyi dengan live band atau minus one.


"Kepuasan akan datang bila kita perform tanpa kira bila "live" atau minus one. Yang penting bagaimana cara penonton 'layan' lagu yang disampaikan itu," tutur Anuar.
Anuar dijangka bakal menyanyikan 12 buah lagunya manakala Deja pula akan mengadakan "opening act" dengan penyampaian lima buah lagu.
"Saya akan menyampaikan lagu-lagu yang berlainan dalam kedua-dua persembahan itu nanti. Yang pasti saya akan menyanyikan semua lagu-lagu dari album saya," tambah Anuar yang membuat persembahan kali terakhir di Sabah pada 2004.


Deja pula berkata beliau akan lebih menyanyikan lagu berentak slow dan belum berbincang lagi samada akan berduet dengan Anuar atau tidak.
Tiket-tiket boleh didapati bermula dari 26 Jun ini. Bagi persembahan di Kota Kinabalu, harga tiket akan bermula dari RM100, RM200 dan RM300. Untuk pembelian tiket, boleh hubungi nombor 088-252 066, 088-242 067 atau 088-243 067.


Menurut Andy, diskaun lima peratus akan diberikan kepada pelajar yang membeli tiket pada harga RM100 dan wang tersebut akan disumbangkan kepada Persatuan Pelajar UMS.


Untuk persembahan di Kuching pula, tiket dijual pada harga RM250, RM350, dan RM450 dengan menghubungi talian 082-449 939.
Bagi peminat di semenanjung yang ingin mendapatkan tiket persembahan di kedua-dua tempat, boleh hubungi 03-7983 9006.




Anuar korbankan 'eksklusiviti' demi peminat?
19-06-2008 02:38:16 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama

 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman