PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Selasa, 1 Julai 2008

Anuar Terus Buru Impian


IMPIAN menjayakan konsert solo masih belum menjadi kenyataan. Namun, untuk meletakkan noktah pada perjuangan merealisasikan impian itu tidak mungkin berbekas di hati penyanyi lelaki kegilaan wanita, Anuar Zain. Bagi Anuar, dia tidak akan sesekali berputus asa. Sebaliknya akan terus mencuba dan mencuba, membuktikan segenap kelebihan yang dimilikinya dan akhirnya menerima kepercayaan penganjur untuk beraksi solo.“Saya tidak menyalahkan penaja tetapi pada masa sama saya juga tidak boleh hanya berdiam diri dan menanti. Saya tidak boleh membiarkan peminat terus ternanti-nanti.


“Jadi kesempatan yang ada, walaupun menjayakan persembahan skala kecil itu sudah memadai untuk membuat peminat senang setiap kali saya muncul dengan album baru,” katanya. Ditemui pada sidang media Malam Bersama Anuar Zain yang akan dilaksanakan di dua lokasi iaitu Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu dan Sarawak Chamber Ballroom, Crowne Plaza Riverside, Kuching, Anuar berkata, dia berazam dapat beraksi dalam konsert besar tahun depan.


Namun, penyanyi Lelaki Ini realistik dengan laluan berliku yang terpaksa ditempuhinya. Bagaimanapun, Anuar yakin andai disertai usaha keras apa saja yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan. Biar terpaksa lama menanti, Anuar percaya apabila tiba masanya dia pasti akan tersenyum puas kerana impian besar selama lebih dua dekad bergelar anak seni akhirnya menjadi kenyataan. Sementara menunggu detik itu tiba, rezeki Anuar ternyata masih melimpah apabila DC Borneo Sdn Bhd membawakan dua persembahan eksklusif untuk dinikmati peminat di Kota Kinabalu dan Kuching, lanjutan kejayaan persembahan A Nite With Anuar Zain di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, tidak lama dulu. Permintaan yang tinggi daripada peminat di dua bandar berkenaan meyakinkan DC Borneo yang diterajui Andy Azuddin sebagai pengarah acara untuk menerbangkan Anuar ke sana. “Mereka datang dan menonton persembahan saya hari itu, lantas mereka yakin untuk membawakan konsep yang sama di dua bandar berkenaan. ‘Kebetulan permintaan di sana juga tinggi, justeru mengapa tidak kerana ia secara tidak langsung memberi peluang untuk saya bertemu peminat di sana. “Jujurnya saya tidak pernah terfikir persembahan ini akan bergerak jauh namun inilah yang dikatakan rezeki.


Alhamdulillah. Saya hanya mahu melihat peminat gembira dengan persembahan yang diberikan,” katanya. Bertemakan glamor dan elegan, impak eksklusif dapat dirasakan apabila Anuar beraksi diiringi lima pemuzik dan tiga penyanyi latar dalam dewan yang memuatkan 5,000 tetamu di Kota Kinabalu. Bagaimanapun, menyuntik sedikit kelainan persembahan di Kuching pula menekankan kepada suasana santai apabila Anuar menghiburkan peminat dalam satu majlis makan malam diiringi minus one. “Dua bentuk persembahan berbeza namun dari segi pilihan lagu tidak akan banyak lari daripada apa yang peminat mahu dengar. Saya akan menyanyikan semua lagu popular saya iaitu sekitar 12 lagu. “Tidak kira bagaimana bentuk persembahan, kepuasan akan tetap datang daripada cara nyanyian dan menghiburkan peminat. Kegembiraan dan kepuasan peminat cukup untuk membuat saya seronok setiap kali

bersama mereka,” katanya.


Kata Anuar, disebabkan jarang berkesempatan mengadakan persembahan seperti ini di Kuching dan Kota Kinabalu, dia berusaha keras untuk memastikan mereka yang datang terhibur. Lebih penting kata penyanyi yang sedang mengecap populariti dengan lagu Ketulusan Hati ini, persembahan itu juga membuka ruang untuk dia mengumpul peminat baru. Anuar tidak bersendirian kerana persembahan itu juga akan dijayakan penyanyi berbakat besar kelahiran Sarawak, Deja Moss yang akan membuka tirai dengan lima lagu pelbagai genre.
Album baru muncul tahun depan
KETIKA album solo ketiganya yang menggunakan judul Anuar Zain masih hangat, adik kepada Ziana Zain ini tidak terus membiarkan dirinya dibuai keseronokan.


Anuar semakin giat bekerja keras, malah proses awal pembikinan album solo keempatnya turut dijalankan. Rancang Anuar, album terbarunya itu dapat muncul pada suku ketiga 2009 dan dia sendiri mengalu-alukan komposer tempatan untuk memberikan sentuhan istimewa mereka. Kata Anuar, dia sedang mencari material yang datang bersama melodi dan lirik berbeza daripada apa yang pernah dibawanya sebelum ini. “Arah album itu sudah ada kerana setiap kali menyiapkan rakaman baru, saya pasti akan merancang untuk produksi seterusnya. Saya suka merancang kerja. “Bagi saya, nyanyian dan bunyi harus berada di atas jalur yang sama kerana ia menentukan perjalanan konsep album saya. Saya tidak percaya kepada konsep album rojak kerana ia hanya mengelirukan pendengar,” katanya.


Jujurnya kata Anuar, mengeluarkan bajet sendiri dalam pembikinan album memberikannya lebih kepuasan kerana berhak menentukan keseluruhan perjalanan produksi itu. Kepuasan katanya, akan datang jika album itu diterima namun andai sebaliknya berlaku dia tidak akan sesekali berasa kesal. “Jika gagal saya pasti belajar sesuatu daripada pengalaman itu. Mungkin untuk album terdahulu, saya terpaksa memperuntukkan bajet besar disebabkan kurang pengalaman dan belum mengenali ramai orang. “Kami banyak berbelanja kerana terpaksa berulang alik ke Jakarta. Bagi saya, berkenalan itu penting dan dari situ, mereka tahu kecenderungan serta cita rasa muzik saya. “Tetapi untuk album terbaru ini, kos mungkin dapat dikurangkan kerana sudah saling mengenali. Prosesnya juga menjadi lebih mudah,” katanya.
Info: Malam Bersama Anuar Zain


Tiket mula dijual dari 26 Jun. Harga tiket di Kota Kinabalu bermula dari RM100, RM200 dan RM300. Untuk tempahan, hubungi 088-252 066, 088- 242 067 atau 088- 243 067.


Untuk persembahan di Kuching yang berkonsepkan makan malam, tiket dijual pada harga RM250, RM350 dan RM450. Untuk tempahan, hubungi 082- 449 939. Peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin menikmati persembahan itu, tempahan boleh dilakukan dengan mendail 03-7983 9006.




Sumber: © Berita Harian - 26 Jun 2008
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

2 Ulasan:

Blogger CRAZY BEAUTIFUL88 berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 

good luck

selamat berjaya juga dariku

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama

 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman