PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Rabu, 3 Jun 2009

Giliran Anuar Zain Di Istana Budaya (IB)

SELAIN Siti yang akan mengalunkan vokal emasnya di Istana Budaya (IB), Raja Pop negara Jamal Abdillah juga akan membuat persembahan menerusi teater muzikalnya yang berjudul Jamal... Kembara Seniman.

Memang meriah Panggung Sari tahun ini dengan persembahan nama-nama besar industri hiburan.

Setidak-tidaknya, lebih gah status IB selepas kejayaan konsert Black Dog Bone bulan lalu.

Sebenarnya apa yang ingin Papa ceritakan di sini ialah bukan hanya Siti dan Jamal sahaja yang akan beraksi di IB tetapi penyanyi pujaan wanita, Anuar Zain juga buat pertama kalinya akan membuat persembahan di dewan berprestij itu.

Konsert yang diberi nama Lelaki Ini itu akan berlangsung selama dua malam berturut-turut bermula 1 Julai ini sempena Festival Muzik KL 2009.

Papa yakin peminat Anuar akan berduyun-duyun ke IB untuk menonton persembahan penyanyi yang memiliki vokal hebat ini.

Jangan tak tahu. Papa pun sudah lama menantikan konsert sulung Anuar di negara ini dan Papa percaya Anuar pastinya gembira kerana impiannya akhirnya terlaksana jua.

Persembahan Anuar pada dua malam itu nanti akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Papa nak buat satu permintaan kepada Anuar.

Papa harap Anuar nyanyikanlah lagu Akan Ku Pinta dan Perpisahan yang jarang sekali disampaikan dalam mana-mana persembahan. Janganlah Anuar hampakan permintaan Papa ini.


Sumber : Utusan Online 3 June 2009

1 Ulasan:

Anonymous qaseh berkata...
 

dah lama xdengar cerita anuar zain kan...tau tau nak wat persembahan kat istana budaya...mesti grand gila kan.

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama

 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman