PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Jumaat, 20 Jun 2008

Dendangan Ria Ziana, Anuar

BARANGKALI ramai yang ternanti-nanti bila lagi pasangan artis adik-beradik, Ziana dan Anuar Zain akan disatukan di satu pentas.



Ini kerana, sudah lama mereka berdua tidak digandingkan dalam mana-mana persembahan sama ada acara anugerah atau program-program televisyen.
Lalu, sebagai memenuhi keinginan peminat-peminat setia dua penghibur popular itu, RTM mengambil inisiatif menemukan Ziana dan Anuar dalam Konsert Fenomena yang bakal disiarkan pada musim Hari Raya Aidilfitri kelak.




Kalau sudah namanya artis popular, RTM tidak menghadapi masalah untuk menarik perhatian audiens bagi memenuhi Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Yang pasti, aura Ziana dan Anuar masih belum pudar dan kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri untuk memastikan para penonton tidak berganjak dari kerusi menyaksikan persembahan mereka dari mula sehingga ke akhir.
Menurut penerbit Konsert Fenomena, Nor Fadzilah Hashim, selain daripada permintaan tinggi penonton-penonton stesen berkenaan yang mahu menggabungkan Ziana dan Anuar, rasional penerbitan konsert berkenaan juga sebagai mempelbagaikan rancangan hiburan di stesen berkenaan.




“Kami berterima kasih kepada Ziana dan Anuar kerana memenuhi undangan kami kerana jadual mereka terlalu ketat,” katanya kepada Hits pada rakaman konsert itu baru-baru ini.
Kata Nor Fadzilah, keceriaan pasangan itu dalam menjayakan konsert berkenaan sudah tentu akan membuatkan penonton tidak sabar untuk menyaksikannya apabila ditayangkan kelak.
Rakaman selama tiga jam itu dihiasi dengan gelak dan tawa dek kerana usikan Ziana terhadap adiknya.




Malah tidak terpancar sedikit pun wajah kebosanan pada penonton yang hadir meskipun rakaman tersebut diulang beberapa kali semata-mata untuk mendapat hasil yang terbaik.
Yang akan membuatkan audiens tersentuh perasaan mereka ialah sudah tentu ketika alunan merdu suara Anuar ketika menyanyikan lagu Ketulusan Hati.




Indah dan mengasyikkan tatkala penyanyi lelaki yang berusia 38 tahun ini mendendangkan lagu tersebut dengan penuh penghayatan sehinggakan semua yang hadir terdiam membisu.
Bukan itu sahaja, ketika Anuar menyanyikan rangkaian lagu-lagu popularnya seperti Lelaki Ini, Keabadian Cinta dan Mungkin, suasana Auditorium Perdana juga seakan-akan berkongsi rasa sedih.




Jeritan dan pekikan penonton setiap kali kemunculan Anuar dan Ziana di pentas tidak perlu diperkatakan lagi.



Kalau adiknya boleh mengundang histeria, kakaknya juga tidak mengecewakan.
Seleksi lagu yang dibuat secara bijaksana oleh Ziana juga menjadikan persembahannya menghiburkan.




Ziana antara lain memilih lagu Dalam Kesakitan Ini, Dirimu Satu, Dingin dan Kehadiranmu yang memberikan kepuasan kepada peminat-peminatnya.



Pelengkap kepada konsert tersebut tentunya ketika Anuar dan Ziana menjemput dua orang artis yang menjadi idola mereka iaitu Jay Jay dan Liza Aziz untuk berkongsi pentas.
Tampil menyanyikan lagu secara duet bersama Anuar dan Ziana antaranya Kita Insan Biasa dan Dari Jauh vokal kedua-dua artis undangan itu cukup mempesonakan.
Satu yang pasti, tentunya seri Konsert Fenomena tersebut bertambah lagi apabila keempat-empat mereka tampil menyanyikan lagu raya iaitu Menjelang Hari Raya selain Anuar dan Ziana berduet menyanyikan lagu Suasana Hari Raya.

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN

fadzilah.bahar@utusan.com.my

Rabu, 4 Jun 2008

Konsert Fenomena Aidilfitri Anuar Zain dan Ziana Zain


BULAN Syawal barangkali masih lagi jauh untuk diraikan, namun stesen televisyen di negara ini sudah mula sibuk mengatur pelbagai perancangan sebelum kehadirannya.
Stesen televisyen RTM misalnya, kini mula tidak menang tangan memberi tumpuan pada sebuah demi sebuah program raya yang bakal disiarkan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak.



Dalam tempoh seminggu ini, stesen berkenaan ingin mengajak peminat-peminat artis tempatan untuk menonton rakaman dua buah program raya di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur menerusi siri Konsert Fenomena yang sudah menjadi jenama besar di stesen itu.




Malam ini misalnya, di auditorium itu, rakaman Konsert Fenomena bersama artis popular tanah air iaitu kumpulan Kristal dan Ifa Raziah.
Sudah tentu gandingan kumpulan rock dengan penyanyi kontroversi itu akan mencetus minat di kalangan para peminat untuk memeriahkan rakaman konsert itu.
Menurut Penerbit Konsert Fenonema kumpulan Kristal dan Ifa Raziah, Ojay Abdul Aziz, rakaman konsert berkenaan akan berlangsung selama tiga jam bermula pukul 9 malam ini.




Kata Ojay, kolaborasi kumpulan Kristal dan Ifa Raziah secara julung-julung kali ini akan menyaksikan adunan muzik dari dua genre yang bakal memberikan impak luar biasa.
“Kami menjangkakan, konsert dua artis popular ini akan menarik perhatian ramai kerana seleksi lagu yang bakal dinyanyikan mereka merupakan lagu-lagu kontemporari,” kata Ojay kepada Hits.




Selain rakaman Konsert Fenomena kumpulan Kristal dan Ifa Raziah, RTM juga akan mengadakan rakaman Konsert Fenomena melibatkan pasangan artis adik-beradik, Ziana dan Anuar Zain.
Rakaman konsert mereka berdua akan berlangsung pada 11 Jun ini dengan menyaksikan Ziana dan Anuar mengundang dua rakan artis lain iaitu Aris Ariwatan dan Liza Aziz.




Konsert Fenomena Ziana & Anuar akan diterbitkan oleh Noor Fadzilah Hashim dan rakaman juga diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.
“Penekanan pada Konsert Fenomena Ziana & Anuar akan diberikan pada nyanyian lagu-lagu raya.




“Sebolehnya, kami mahu mewujudkan suasana hari raya dalam auditorium dan kami sangat berbesar hati kalau ada peminat mereka yang datang menyaksikan rakaman konsert itu lengkap dengan baju Melayu,” jelas Noor Fadzilah.




Selain nyanyian solo oleh Ziana dan Anuar, pasangan itu juga sudah tentu akan berganding suara menyampaikan lagu-lagu raya dan lagu-lagu popular lain.
Kepada anda peminat-peminat seni tanah air khususnya yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, pastikan anda tidak ketinggalan memenuhi Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur untuk memeriahkan rakaman Konsert Fenomena Kumpulan Kristal dan Ifa Raziah serta Konsert Fenomena Ziana & Anuar.



Sumber Utusan Online 4 Jun 2008

Tandus 'Killer Album'......


Apa yang hendak Myra lakarkan di sini adalah tentang dunia hiburan tempatan, sesuailah dengan berakhirnya Akademi Fantasia 6 yang menobatkan Stacy sebagai juaranya.


Semua sedia maklum, berakhirnya AF maka bertambahlah jumlah penyanyi2 muda yang berbakat, dan tidak berbakat juga. Atau ada bakat, tapi tak cukup mengesankan.


Myra tertarik dengan penulisan Aditya di dalam journal Mstaronline yang menyebut antaranya:



".......Di sinilah permainan penting Pengurus Artiste & Repertoire untuk mencari karya yang benar-benar berkualiti dan sesuai dengan kemampuan tenaga seseorang penyanyi. Bukannya gaya lama, setakat memuatkan satu atau dua lagu saja untuk 'killer songs'.



Seharusnya benda itu sudah ditiadakan dalam persaingan yang cukup sengit ini. Industri kita memerlukan 'killer album' tengok saja Anuar Zain yang mantap dengan pemilihan lagu dan Aditya percaya, kesemua yang ada di dalam albumnya boleh diketengahkan sebagai single seperti mana albumnya sebelum ini.



Inilah yang kita cari di dalam industri muzik. Pernah juga Aditya diberitahu yang kononnya tidak guna membuat album bagus kalau setakat satu dua lagu saja yang dimainkan di radio dan kalau bagus sangat, lanun cetak rompak yang sentiasa lapar akan terus membahamnya.
Bagaimanapun sekali lagi Aditya cuba menjadikan Anuar yang popular dengan Ketulusan Hati kerana albumnya laris mencecah 20,000 unit di pasaran. Cetak rompak itu masalah lama yang masih ada tetapi perlukah kita tunduk kepada penjahat itu?"....



Fikirkanlah kemana hala tuju muzik industri kita sekiranya kita masih lagi gagal menyediakan karya2 unggul setaraf dengan karya2 luar yang semakin digilai kini. Jangan nanti menyalahkan kebangkitan orang luar, sedangkan kita sendiri masih belum mampu menandingi mereka..


Tahniah Anuar Zain kerana berjaya menghasilkan sebuah album bermutu yang memuatkan semua killer song justeru menjadikan albumnya kali ini sebagai " Killer Album ".






Isnin, 2 Jun 2008

Lelaki Ini Masih Mencari Wanita Impian


USIANYA baru mencecah 38 tahun, namun Lelaki Ini sudah mengecapi segala-galanya yang diimpikan kebanyakan lelaki sebayanya - kemasyhuran, selain kehidupan mewah selepas menceburi bidang seni sejak sekian lama.


Namun, bagi Anuar Zain di sebalik semua kelebihan dimilikinya itu, terdapat beberapa impian masih belum terlaksana, termasuk memiliki isteri dan dikelilingi anak-anak yang bersamanya hingga ke akhir hayat.


"Itulah Anuar Zain menjelang 10 tahun lagi, dengan kehidupan saya ketika itu cukup stabil... kedudukan kewangan pun kukuh, tetapi yang penting ialah mempunyai isteri dan anak-anak. Tidak dapat dibayangkan, betapa bahagianya kehidupan saya ketika itu," katanya kepada Bintang Popular.


Biarpun sudah berkahwin dan berkeluarga nanti, beliau akan terus menghasilkan karya muzik bermutu, malah sentiasa berharap mampu mengekalkan kedudukannya sebagai penyanyi lelaki solo disegani di negara ini. "Semua persediaan sedang dibuat ke arah itu. Seperti Tan Sri SM Salim, saya akan terus menyanyi selagi hidup. Saya amat mengagumi beliau yang masih lagi menyanyi dan diminati walaupun sudah lanjut usia. Saya mahu mengikuti jejak langkahnya.


"Saya percaya, jika kita ikhlas dalam berkarya, sampai bila-bila pun akan dihargai peminat. Yang penting, sebelum saya mati, saya mahu me ninggalkan legasi (muzik) yang bermutu dan dikenang peminat sampai bilabila," katanya. Selain mengimpikan kehidupan berumahtangga dan karier nyanyian yang cemerlang, penyanyi yang mendapat jolokan 'Jejaka Idaman Malaya' ini turut memberitahu terdapat satu lagi impiannya belum tertunai hingga kini iaitu mengadakan konsert solo di sebuah lokasi besar dan berprestij. Anuar berkata, jika impian itu tercapai, ia secara tidak langsung memperlengkapkan karier nyanyiannya, malah tidak akan wujud perasaan kesal dalam dirinya sekiranya ditakdirkan beliau terpaksa meninggalkan bidang ini suatu hari nanti.


"Sebenarnya, saya mengimpikan konsert solo mengikut acuan dan cita rasa sendiri, dengan lokasi penganjurannya boleh memuatkan sekurang-kurangnya 5,000 penonton, khususnya peminat yang begitu setia menyokong saya selama ini.



"Pengurusan Anuar Zain Network Sdn Bhd, khususnya Rohila (Tahir) dan Faizah (Ismail) sedang berusaha menjadikannya realiti, lebih-lebih lagi peminat sering tertanya-tanya bilakah saya akan mengadakan konsert solo sebelum ini," katanya yang kini semakin popular dengan lagu Lelaki Ini dan Ketulusan Hati. Diminta mengulas lanjut, Anuar berkata, mana-mana penyanyi pun pasti menyimpan impian untuk mengadakan konsert sendiri, malah ia turut dianggap sebagai kayu pengukur terhadap kemuncak kerjaya seseorang artis.


"Bagaimanapun, saya akur dengan hakikat bukan mudah untuk me ngadakan konsert solo, lebih-lebih lagi bagi penyanyi lelaki sepertinya. Itu memang lumrah industri hiburan kita. Bukan murah kos me ngadakan sesebuah konsert, semuanya mahal. "Justeru, kerjasama penaja amat diperlukan. Bagaimanapun, memang sukar artis tempatan, khususnya artis lelaki untuk mencari penaja. Itulah cabaran utama saya ketika ini dalam usaha merealisasikan impian itu," katanya.



Bagaimanapun, beliau dan syarikat pengurusannya bersikap optimis, malah sering menganggap pasti ada peluang tersembunyi di sebalik setiap cabaran serta kesukaran yang dihadapi mereka.



"Ini berdasarkan sambutan menggalakkan diterima dalam A Nite With Anuar Zain baru-baru ini walaupun ia persembahan berskala kecil dan harga tiketnya agak mahal. Semoga kejayaan ini menarik perhatian penaja untuk bekerjasama menganjurkan konsert solo saya nanti," katanya. Sementara itu, Anuar menyatakan azamnya untuk mempersembahkan lebih banyak karya muzik bermutu seperti ditampilkan dalam album terbarunya, Anuar Zain (2008), malah beliau sedang sibuk mengumpul material untuk rakaman album seterusnya yang dijadualkan bermula pertengahan tahun depan.



“Saya dikritik terus, malah dikatakan tidak patriotik kerana menggunakan hasil kerja seni orang luar sedangkan saya cuma mahu melakukan pembaharuan untuk kepentingan muzik kita juga. Namun, kritikan itu tidak pernah mengecewakan saya, malah ia turut dianggap sebagai pembakar semangat. "Album itu juga laris di pasaran dan segala perbelanjaan sendiri yang dikeluarkan untuk menerbitkannya sudah pun `balik modal’. Malah, selepas saya ke Indonesia, ramai pula artis lain turut mengikuti jejak langkah saya," katanya.



Oleh Hardi Effendi Yaacob

Bintang Popular 1 June 2008
 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman