PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Khamis, 29 Mei 2008


200 Pas percuma untuk direbut bagi menyaksikan rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain yang akan memulakan rakaman pada :


11 June 2008, 8.00 malam bertempat di RTM.


Kepada yang berminat bolehlah menghantar butiran diri seperti :


Nama, Bilangan Pas, Nama mereka yang pergi, Email dan juga Nombor Telefon ke:



atau menghubingi Kiera di talian : 017 8869 884



Selamat bergembira SEMUA !!!

*** Pesanan disampaikan oleh : KieraANUAR ZAIN NETWORK SDN BHD

Jumaat, 23 Mei 2008

Cerewet Anuar Zain Bertempat.


Jika penyanyi yang bersuara lantang ini mengambil masa selama lima tahun untuk menghasilkan sebuah album, Anuar Zain juga mengambil masa yang lama dan teragak-agak untuk membuat pilihan calon isteri.
"Saya tidak mahu buat kerja separuh jalan sahaja atau bak kata orang half past six di mana saya tidak bersungguh-sungguh untuk mengerjakan sesuatu kerja."Oleh itu, saya aplikasikan falsafah yang sama di mana saya tidak mahu terburu-buru untuk mencari seorang isteri.
"Biarlah saya mengambil masa untuk memilih calon yang sesuai," Anuar yang turut dikenali sebagai antara artis yang jarang sekali berbicara mengenai isu peribadinya turut mengaggak bahawa soalan berkenaan perkahwinan akan diajukan kepadanya.
"Saya mengakui bahawa saya memang cerewet tetapi saya haya mahukan yang terbaik untuk diri saya," tegasnya lagi.Malah, ibubapa Anuar sendiri turut mencari jodoh untuk Anuar agar dia dapat mendirikan rumahtangga secepat yang mungkin.
"Ibu saya sendiri sudahpun mencari calon isteri untuk saya tetapi saya menolak. Biarlah saya cari sendiri," kata adik kepada Ziana Zain ini lagi mengenai prihal peribadinya.

Isnin, 19 Mei 2008

Media Hiburan - Cover Rozita



Dapatkan Media Hiburan yang ada memuatkan kisah Anuar Zain di sebalik A Nite with Anuar Zain. Selamat membaca!

Khamis, 8 Mei 2008

Anuar Zain Teringin Adakan Konsert



Setelah setahun tiada persembahan secara besar-besaran, akhirnya jejaka tampan yang begitu digilai kaum hawa ini membuktikan dirinya masih lagi berbisa. Ini dibuktikan apabila showcase nya, A Nite With ... Anuar Zain berjaya menarik lebih daripada 1,200 orang peminat dari seluruh negara. Menurut pihak penganjur, Sutra D'Mega, tiket-tiket untuk showcase ini telah habis dijual seminggu sebelum persembahan. Bahkan ada segelintir peminatnya tidak berpuas hati apabila tidak dapat membeli tiket.


Jika sebelum ini, artis-artis luar negara mendapat sambutan hangat apabila mengadakan persembahan di negara ini – itu pun setelah disertai dengan promosi yang cukup hebat – hari ini Anuar Zain membuktikan artis tempatan juga mampu menarik peminat yang ramai. Ditanya sama ada dia ingin mengadakan konsert pula selepas ini, ini jawapan yang diberikan Anuar.

“Mungkin melalui promosi dan kertas kerja yang baik serta mendapat tajaan, saya pasti ingin buat konsert secara besar-besaran. Kalau dapat rezeki yang lebih, konsert tersebut akan diiringi orkestra. Bagi saya, tempat yang sesuai untuk mengadakan konsert tersebut ialah di Stadium Negara atau Stadium Putra kerana ianya tidak memuatkan terlalu ramai penonton. Kerana jika terlalu ramai, tiada ‘kemesraan' antara saya dan penonton,” jelas Anuar.

Selain daripada itu, Anuar juga turut menyatakan kekecewaannya terhadap syarikat-syarikat korporat yang sangat sukar menaja artis-artis tempatan.

“Saya sebenarnya cukup terkilan. Syarikat-syarikat besar memang susah hendak menaja artis-srtis tempatan. Mungkin mereka tidak nampak atau tidak pernah membuat kajian serta tidak turun padang untuk melihat, sebenarnya artis tempatan mempunyai peminat yang cukup besar. Mereka mungkin tidak sedar jika tiada pihak ingin membuat kajian mengenai industri muzik Malaysia, katakan 100 tahun lagi, mereka tidak akan menemui nama-nama artis tempatan, tetapi sekadar menemui nama-nama artis luar yang membuat konsert di sini atas inisiatif syarikat konglomerat. Tiada apa yang boleh ditulis lagi tentang penyanyi tempatan,” jelas Anuar dalam nada kecewa.

“Bagi saya, kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu duit mereka,” tambahnya, ringkas tetapi cukup mendalam. Jika sebelum ini, Anuar dilanda kontroversi apabila ada pihak mendakwa dia rela dicium dan rela peminat duduk di atas pangkuannya, namun, semua itu terbukti tidak benar. Bagi Anuar dan pihak penganjur, mereka mengambil langkah ‘damage control' dalam menangani isu itu. Menurut Anuar, jika sebelum ini dia suka mengadakan persembahan dengan menyanyi di sekeliling peminat, tetapi untuk showcase nya itu dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan persembahan di atas pentas. Oleh itu, dia memohon maaf kepada semua peminat yang hadir pada malam itu.

“Sebenarnya, sebelum persembahan malam ini, pelbagai masalah telah saya hadapi. Dengan kesesakan lalulintas, sehingga tidak boleh ke mana-mana. Terpaksa meminjam kereta rakan kerana tali sawat kereta putus dan ditambah pula dengan kehilangan jurutera bunyi. Memang memberikan satu cabaran yang cukup besar buat saya. Namun, Alhamdullilah, atas keizinan Allah, akhirnya saya berjaya mengadakan persembahan dan cukup puas hati dengan perjalanan dan sambutan A Nite With ... Anuar Zain,” jelas Anuar lagi. Persembahan pada malam itu diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Anuar berjaya memberikan persembahan cukup bertenaga walaupun ada gangguan dari segi bunyi kerana rekabentuk dewan itu sendiri. Anuar menyampaikan rangkaian lagu-lagu popularnya bermula dari “Keabadian Cinta”, “Sesucinya Cintamu”, “Semuanya Untukmu”, “Lelaki Ini” hinggalah “Ketulusan Hati”. Konsert yang cukup hangat ini berlangsung sekitar 75 minit.

Untuk makluman, tahun ini Anuar belum lagi mengadakan sebarang persembahan awam. Dia yang ditawarkan sehingga enam jemputan untuk mengadakan persembahan pada hari setiausaha terpaksa menolak permintaan tersebut. Ditanya jika apa yang dilakukannya akan memberikan kesan negatif kepada kerjayanya, Anuar menjelaskan secara peribadi dia merasakan seseorang artis itu tidak perlu terlalu ‘over-exposed'. Ini yang sebenarnya yang boleh memberi kesan negatif. Dia yakin tindakannya itu tidak akan memberikan sebarang kesan yang buruk.

Turut hadir pada malam itu, rakan artis seperti Nora Danish, Lah V.E, Lina Hangat dan beberapa orang lagi. Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Dato' Adilah Shek Omar juga turut kelihatan. Semasa ditemubual, Dato' Adilah memaklumkan pihak RTM mempunyai perancangan untuk menjemput Anuar beraksi di rancangan terbitan RTM seperti ‘Zoom In'.




Sumber: © Gua.Com.My - 08 05 2008
Oleh Annuar Azwan

Di sebalik 'A Nite With Anuar Zain'

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Anuar Zain adalah antara artis tempatan kita yang tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama menyerikan Minggu Setiausaha. Tetapi tahun ini, dia khabarnya menolak banyak tawaran untuk majlis tersebut. Tiba-tiba, Anuar muncul pula dalam satu ‘showcase’ yang digelar A Nite With Anuar pada hari Jumaat lalu di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Penulis bukanlah peminat setia Anuar Zain tetapi penulis merupakan antara peminat suara dan lagu-lagu yang di bawa olehnya. Malam itu memang terpana seketika penulis mendengar dia mendendangkan hampir kesemua lagu yang terdapat di dalam albumnya sepanjang dia bergelar anak seni.

... Dapatkan Akhbar Sinar Harian sekarang. ( Hanya terdapat di Kelantan, Terengganu, Pahang & Selangor )

Rabu, 7 Mei 2008

Kawal Diri Elak Dicium - Anuar


Menjadi pemilik nama Anuar Zain bukan semudah yang disangka, selain dipuja dan diminati, dia juga diherdik dan dihina berikutan kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Gara-gara kejujuran kata-katanya membenarkan peminat mencium pipi dan duduk di riba pada majlis makan malam A Nite With Anuar Zain, dia terus-terusan dipandang serong segelintir masyarakat.

Sungguhpun adegan cium mencium itu tidak langsung terjadi di majlis yang berlangsung hujung minggu lalu, isu berkenaan berterusan dijadikan 'senjata' untuk menyerang penyanyi lelaki kacak bergaya ini.

Dan kerana kontroversi yang tidak diundang itu, Anuar mengambil langkah bijak untuk tidak turun dari pentas persembahan.

Mungkin ia sesuatu yang mengecewakan peminat kerana setiap kali persembahannya, dia pasti akan melayan peminat dengan mesra dan ramah sekali.
Malah Anuar juga bebas bergerak turun dari satu meja ke meja yang lain, mesra melayan peminat yang datang kepadanya tanpa curiga.Tetapi tidak untuk persembahan kali ini.

Ya, ia sedikit mengecewakan peminatnya, namun jelas jejaka berusia 38 tahun ini, langkah tersebut merupakan jalan terbaik bagi mengelakkan kontroversi tersebut terus melekat dalam dirinya.

"Saya terkilan sebab saya teringin sangat turun dan berada dekat dengan peminat, tetapi keadaan tidak mengizinkan.
"Saya boleh kawal diri saya, tetapi kalau-tiba-tiba ada peminat datang dan mencium, itu akan menimbulkan kontroversi lagi. Jadi lebih baik saya berada di atas pentas sahaja," ujarnya jujur usai persembahan lebih satu jam itu.
Jangan salah tafsir

Isu cium nyata sudah dibawa jauh dalam kembara karier Anuar Zain. Bukan sedikit yang mengata, bahkan meletakkan kesalahan kepada penyanyi ini hanya kerana sikap berterus terangnya itu.
Laporan Kosmo! pada 28 Mac nyata telah diberi penambahan yang cukup berperisa oleh sesetengah pihak yang sekali gus memberikan impak negatif kepada penyanyi ini.

Bukan itu sahaja ada juga yang mengatakan penyanyi ini seolah-olah tidak memikirkan tentang adat dan kesopanan apabila dengan terbuka merelakan peminat wanita menjadi sebegitu rapat dengan dirinya dalam persembahan.
Tidak kurang juga ada yang sanggup membabitkan kedua ibu bapanya dengan membuat andaian yang bukan-bukan.

Bahkan ada yang membuat andaian kalau sekiranya ibu bapa Anuar sudah meninggal dunia, pastinya mereka akan malu dengan kenyataan yang telah dibuat oleh penyanyi ini.

Menurut Anuar, dia cukup terkilan dengan pembabitan nama keluarganya dalam kejadian berkenaan.
"Saya sedih kerana mereka membabitkan keluarga saya. Tak kisahlah kalau saya dikecam. Anda boleh kata apa saja kepada saya, tetapi jangan babit keluarga saya dalam hal seperti ini," pintanya.

Tidak cukup dengan tohmahan itu, video serta gambar mesranya melayan peminat turut disebarkan di internet.

Seolah ada pihak yang mahu 'menelanjangkan' Anuar dengan penyiaran gambar-gambar berkenaan dengan hasrat untuk memalukan.

"Saya tahu tentang semua itu. Apa yang saya sedih sangat sampai ada suami isteri yang bergaduh kerana itu. Walhal mereka hanya bergambar ketika saya melakukan persembahan.Itu saja.

"Kepada mereka yang tidak pernah menonton persembahan saya janganlah mentafsir yang bukan-bukan. Saya sedih kerana mereka ini bukan saja cuba mengganggu peminat saya tetapi juga keluarga saya," tuturnya.

Jelas Anuar lagi, bukan senang untuk seorang penyanyi itu diminati dan apabila dia punyai peminat yang sangat setia dan sentiasa menyokongnya dia merasa cukup dihargai.

"Susah untuk buat orang suka dan minat kita. Jadi apabila ada orang yang menghargai kerja seni saya, seharusnya saya hargai mereka," balas Anuar menyatakan keuntungannya kerana disayangi oleh banyak penggemar.
Luahan hati Anuar

Anuar menjelaskan di sidang media sebelum ini dia tidak terus mengatakan dirinya rela dicium pipi dan peminat boleh duduk di riba dengan sewenang-wenangnya.
Katanya, dia mengeluarkan kenyataan tersebut selepas wartawan bertanyakan tentang bagaimana keadaan persembahan yang dijangka berlangsung, mungkinkah peminat bebas melakukan apa sahaja untuk berhibur dengannya? Itu soalan media dan Anuar menjawab dengan cukup berterus terang.

"Saya pula menjawab, mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Seperti di persembahan saya sebelum ini, saya tak cakap apa pun tetapi mereka tetap akan cium dan peluk saya. Itulah yang saya cakap. Jadi, tak salah saya nak hiburkan mereka tetapi ada batasnya kerana saya tidak mahu merosakkan persembahan itu. Saya mesra dengan peminat, tetapi bukan mahu lebih-lebih," katanya lagi.

Apa yang pasti kata Anuar hal berkenaan telah diberi interpretasi tersendiri termasuk di kalangan media yang tidak hadir ke sesi sidang akhbarnya.

"Saya geram juga ada wartawan yang cuba memburuk-burukkan saya. Walaupun mereka tidak berada di tempat persembahan atau di tempat saya buat sidang akhbar, mereka dengan senangnya melaporkan perkara yang mereka tidak saksikan sendiri," jelasnya kesal.

Tetap disokong peminat

Sungguhpun dilanda kontroversi, rasanya Anuar tidak perlu risau kerana peminatnya sentiasa berada di belakangnya.
Ini dapat dilihat sendiri dalam majlis tersebut yang menyaksikan lebih 1,200 penonton memenuhi segenap ruang di Dewan Perdana Felda. Semua tiket habis dijual sehinggakan penganjur tersenyum girang.

Anuar yang mendendangkan 15 buah lagu semuanya daripada barisan albumnya berjaya melontarkan vokal dengan baik walaupun menghadapi masalah dengan sistem audio.

Ini berikutan tenaga penting di sebalik pengurusan sistem audio untuk acara berkenaan tidak muncul di saat-saat akhir menyebabkan Anuar terpaksa bertungkus-lumus mengusahakan pengganti di saat-saat akhir.

"Sebab itu ada masalah sikit dengan sistem audio akan tetapi itulah yang terbaik saya boleh beri kepada peminat yang hadir dan harap mereka terhibur.

"Lagi pun hari ini menjadi hari yang akan saya ingati sampai bila-bila, kerana siang tadi kereta saya rosak, sampai sahaja di sini mereka beritahu pihak yang mengemudi bahagia audio pula tidak hadir," katanya lagi.

Perancangan konsert

Melihat kepada sambutan yang diterima penganjur majlis makan malan tersebut, Sutra D'Mega Event & Entertainment Sdn. Bhd. juga berhasrat mengadakan konsert secara besar-besaran.

"Tiket habis dijual. Kami rasa yakin juga apabila persembahan malam ini dapat sambutan. Kami tiada masalah sekiranya ada perancangan pemasaran.
"Mungkin hujung tahun ini, pengurusan kami akan cuba buat yang terbaik dan bergantung kepada pihak yang ingin menaja," kata Edrie Hashim selaku pengarah projek tersebut.

Anuar pula bercita-cita untuk membuat konsert di stadium tertutup seperti Stadium Negara ataupun Stadium Putra yang boleh mengumpulkan kira-kira 5,000 orang.
Selain itu, Anuar juga mempunyai impian untuk mengadakan persembahan jelajah jika mendapat tajaan, selain untuk dalam konsert yang dikendalikan secara orkestra.
Itulah impian seorang Anuar Zain dalam meneruskan agenda seninya tanpa menoleh ke belakang. Pada Anuar tidak ada istilah bermuram durja hanya kerana tohmahan dan kata-kata kurang manis orang lain
Sumber Kosmo Online
Oleh HARYATI KARIM

Anuar terkilan, peminat hampa


SERIBU kenangan ditinggalkan penyanyi lelaki idaman Malaya, Anuar Zain pada persembahan A Nite With Anuar Zain yang diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Masakan tidak, buat pertama kali dalam diari seninya ketika mengadakan persembahan pentas, inilah baru kali pertama dia tidak turun dari pentas untuk mendekatkan diri bersama peminatnya.

Puncanya hanya satu, dek kontroversi yang dibesarkan oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menjadikan isu kenyataan Anuar ‘rela dipeluk dan dicium’ sewaktu majlis sidang medianya tempoh hari.
Hakikatnya, kenyataan Anuar pada sidang media itu telah disalah ertikan oleh beberapa pihak.

Lebih memburukkan lagi keadaan apabila ada pula pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menyebarkan e-mel Anuar dipeluk dan dicium sewaktu mengadakan persembahan di beberapa tempat.
Apakah motif di sebaliknya sehinggakan Anuar sendiri tersinggung dengan perlakuan tersebut?


Mengakui terkilan dan sedih dengan apa yang berlaku, kerana itu A Nite With Anuar Zain menjadi sejarah baginya dan peminat apabila dia langsung tidak turun dari pentas ketika menghiburkan peminatnya.


Meskipun sebilangan besar peminat wanita menjerit-jerit memintanya turun namun dia hanya mampu tersenyum manis.
Setelah berulang kali peminatnya menjerit-jerit memintanya turun, Anuar sempat berkata: “Kalau saya turun sumpah ya tak buat apa-apa, boleh? Apa nak cium, cium tangan boleh!”


Hakikatnya, lelaki ini sememangnya tidak mampu membendung keinginan mendekati dan bermesra dengan para peminat yang sanggup membuat pelaburan besar untuk menonton persembahannya tempoh hari.


Sayang sekali, Anuar enggan mencipta kontroversi, jauh sekali mengheret dirinya dalam polemik yang panjang.“Apakan daya kalau saya turun pastinya berlaku perkara sedemikian (dipeluk atau dicium) namun saya mengerti tindakan mereka itu kerana terlalu teruja apabila bertemu dengan penyanyi pujaan.



“Tapi apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan membesar-besarkan isu ini memberi satu tamparan kepada saya. Bayangkan sehingga ada yang sanggup menyebarkan e-mel gambar saya dicium peminat.


“Apa yang akan berlaku jika suami mereka melihat gambar-gambar tersebut. Jika ada yang bergaduh atau bercerai-berai saya tak mampu untuk membantu mereka. Saya terkilan dan sedih dengan apa yang berlaku,” jelas Anuar tenang kepada wartawan sebaik berakhir pementasan A Nite With Anuar Zain.


Menyambung perbualan, anak seni kelahiran Merlimau, Melaka ini berkata, semenjak enam tahun lalu, dia tanpa gagal akan turun beramah mesra dengan peminat-peminatnya pada setiap acara yang disertainya.



“Inilah kali pertama saya tidak berbuat demikian. Saya nak sangat turun tapi saya tahan kemahuan tersebut dan saya sangat terkilan,” luahnya penuh ralat.
Lantaran pendirian yang teguh, Anuar berterus-terang tindakannya itu membuatkan sebilangan besar peminatnya hampa dan terkilan.



“Saya tahu ada peminat yang hampa, tapi sekurang-kurangnya mereka berpuas hati dengan persembahan yang telah saya berikan pada malam ini,” kata penyanyi lagu Lelaki Ini mengharapkan pengertian peminat-peminatnya.



Walaupun Anuar tidak turun dari pentas namun peminat-peminat setianya tetap tidak mahu melepaskan peluang untuk mendekatinya.
Mereka sanggup berebut ke hadapan pentas untuk bergambar dan bersalam dengannya.



Melihat situasi tersebut Anuar memohon kepada peminatnya untuk berdiri membuat barisan di hadapannya.



Namun kesemua mereka enggan bekerjasama, mungkin juga berkecil hati dengan penyanyi kesayangan mereka itu.



Menghiburkan peminat seramai 1,240 orang di bawah pimpinan pengarah muzik terkenal, Mac Chew, persembahan A Nite With Anuar Zain itu bagaimanapun kata Anuar, tidak dapat dijayakan dengan mudah.



Menurutnya, sebelum persembahan itu dijayakan, dia berhadapan dengan pelbagai kesukaran antaranya keretanya rosak dan jurutera muziknya tidak muncul-muncul sehingga persembahan.



“Namun saya percaya semua itu ujian buat saya,” katanya dalam nada tenang.
Ingin mengadakan konsert



Berikutan kejayaan luar biasa pementasan A Nite With Anuar Zain itu, penyanyi berbintang Aquarius ini mengumumkan hasratnya untuk mengadakan konsert pada penghujung tahun ini.



Mendambakan sebuah konsert yang mampu dihadiri sekitar lebih 5,000 peminatnya sehingga kini Anuar masih lagi menanti penaja-penaja yang sudi merealisasikan impiannya itu.



Mengakui agak sukar untuk mendapatkan penaja namun Anuar bagaimanapun, optimis serta tidak berkecil hati dengan situasi yang sedang dialaminya ini.
“Memang sukar untuk artis tempatan mendapat tajaan bagi mengadakan konsert. Tapi saya tidak akan putus asa kerana mereka mempunyai hak untuk menaja atau tidak seseorang artis. Kita tak boleh paksa sebaliknya saya akan tetap terus mencuba menyakinkan mereka,” jelas penyanyi yang sudah 25 tahun melibatkan diri dalam industri hiburan.



Pada acara A Nite With Anuar Zain anjuran Sutra D'Mega Event & Entertainment itu, Anuar menghiburkan peminatnya menerusi 14 buah lagu selama lebih dua jam persembahan tersebut.



Membuka persembahan menerusi lagu Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu dan Semua Untukmu, vokal lelaki ini tidak perlu dipertikaikan lagi.
Jeritan dan pekikan peminatnya usah dibayangkan. Anuar bijak mengambil hati peminatnya dengan membariskan senarai lagu-lagu indah antaranya Jangan Bersedih Lagi, Perpisahan, Teman Terulung dan menutup persembahan pada malam itu menerusi lagu Ketulusan Hati.



Istimewanya persembahan pada malam itu juga, Anuar memilih menyampaikan lagu-lagu popularnya tanpa sebuah pun lagu Inggeris mahupun lagu artis-artis lain.
“Semuanya kerana peminat. Saya mahu mereka berhibur dengan lagu nyanyian saya. Persembahan ini untuk mereka (peminat), jadi mereka harus diraikan dengan lagu-lagu saya, bukan lagu-lagu orang lain,” jelasnya mengenai rasional pemilihan lagu tempoh hari.Itulah pendirian lelaki bernama Anuar Zain




Oleh NOR FADZILAH BAHARUDINfadzilah.bahar@utusan.com.my




Selasa, 6 Mei 2008

Anuar Bataskan Pergerakan


Sepanjang hampir dua jam membuat persembahan, Anuar hanya berada di pentas. Untuk tidak menghampakan pe minat, Anuar berdiri di gigi pentas untuk bersalaman dengan mereka.
Menebalnya kasih peminat kepada Anuar membuatkan mereka terus berusaha untuk mendekati penyanyi itu. Di penjuru mana Anuar berdiri, di situlah mereka ber kerumun untuk bergambar dan menatap wajahnya dari dekat. Ada juga yang tidak mahu melepaskan tangan Anuar. Anuar yang sudah dapat menjangka reaksi peminat terhadap kemunculannya itu, meletakkan pengawal peribadi ber hampiran pentas termasuk di tangga pentas sekali gus menghalang peminat meluru naik ke arahnya.

Meskipun dia agak terkilan dengan suasana seperti itu, namun apa lagi yang boleh dilakukannya jika hasrat murninya untuk melayan peminat tercinta menimbulkan rasa kurang senang pada sesetengah pihak. Anuar berkata, dia memang teringin hendak turun me nemui peminat, tetapi terpaksa menahan desakan hati kerana bimbang mengundang lebih banyak cerita negatif.


“Saya mahu berjalan ke meja setiap yang hadir. Bukan senang orang hendak menyukai kita. Tetapi anda semua tahu apa akan terjadi jikalau saya buat begitu. Orang mula mengaitkannya dengan agama dan segala macam perkara.“Rasa terkilan memang ada. Ketika saya menjayakan per sembahan Minggu Setiausaha sebelum ini, suasana lebih relaks dan santai. Saya sangat menghargai peminat kerana tanpa mereka ke mana saya hendak pergi.“Mereka hanya ingin berseronok, tetapi ada pula yang salah faham dengan kenyataan saya. Terasa kekurangan persem bahan pada malam ini apabila tidak dapat mendekati pe minat.


“Bukan ini saja tetapi sejak siang tadi saya menghadapi beberapa masalah. Hendak balik selepas menunaikan solat Jumaat, tiba-tiba enjin kereta tidak boleh dihidupkan. Puas saya mencari kenderaan untuk menghadiri latihan di dewan ini.
“Tidak cukup dengan itu, sejak pagi jurutera bunyi untuk persembahan malam ini, Anthony, tidak menjawab panggilan telefon dan tidak membalas pesanan SMS. Isterinya juga tidak tahu di mana Anthony berada. “Persembahan saya malam ini tanpa jurutera bunyi. Latihan petang tadi dan sehinggalah persembahan malam ini, saya terpaksa menggunakan siapa saja yang ada di pentas,” katanya ketika ditemui selepas selesai persembahan.


Sungguhpun ketiadaan Anthony memberi masalah ke padanya, Anuar tidak bercadang mengambil tindakan kerana mereka sudah lama bekerjasama dan Anthony antara jurutera bunyi terbaik negara ini. Harapan Anuar, Anthony selamat dan dapat memberi alasan kukuh kenapa tidak muncul pada persembahan itu.Mungkin kerana ketiadaan Anthony, nyanyian Anuar lebih puas dinikmati mereka yang duduk berhadapan pentas.


Malang bagi mereka yang duduk berjauhan pentas kerana nyanyian dan perbualan Anuar kurang ‘menangkap’ pen dengaran. Anuar turut menyuarakan hasrat hatinya untuk mengadakan konsert khusus buat peminat penghujung tahun ini. Namun artis Malaysia kurang mendapat sokongan penganjur. Mereka masih memberi keistimewaan kepada artis luar termasuk dari Indonesia.
“Penganjur masih belum nampak kehebatan artis tempatan. Kalau ada rezeki, saya berminat mengadakan A Nite With Anuar Zain di seluruh negara. Tetapi peluang yang ada hanyalah membuat promosi album baru di pusat beli-belah.“Sebagai artis, puas apabila dapat menyanyi bersama muzik secara langsung. Apa lagi jika dapat menyanyi bersama orkestra. Kalau hendak buat konsert, mungkin di Stadium Negara dengan kehadiran lima atau enam ribu peminat.


“Penganjur bukan saja tidak yakin dengan saya, tetapi artis lain juga berhadapan masalah sama. Pemikiran orang kita tidak sukakan lagu Melayu dan tidak sayangkan bangsa sendiri. Sekali gus tidak sayangkan industri muzik tempatan dan asyik mengutamakan orang luar. “Mereka sepatutnya turun padang melihat persembahan artis tempatan. Penganjur hanya nampak (Datuk) Siti Nur haliza dan Mawi, tetapi macam mana dengan artis lain. Jika penganjur terus mengabaikan artis tempatan, tiada sejarah yang dapat dicatat mengenai artis Malaysia.


“Memang kecewa, tetapi ia bukan duit saya, jadi ter pulanglah kepada penganjur,” katanya.Oleh kerana bercadang untuk mengadakan konsert peng hujung tahun ini, Anuar menghadkan penampilannya pada persembahan terbuka. Atas alasan itu juga dia tidak menjayakan Minggu Setiausaha tahun ini walaupun menerima enam tawaran daripada hotel terkemuka.


Pada persembahan A Nite With Anuar Zain itu juga dia menggunakan segenap ruang yang ada menyanyikan lagu popularnya. Itupun bagi Anuar tidak cukup kerana masa singkat.Malam itu Anuar menyanyikan lagu Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu, Semua Untukmu, I’m The Lucky One, Kau Bunga Cintaku, Hanya Milikmu, Mungkin, Suara dan Siarra, Permata, Jangan Bersedih, Perpisahan, Kaulah Se galanya, Bila Resah, Teman Terulung, Lelaki Ini dan Ke tulusan Cinta. Sempat juga Anuar bergurau yang peminat hanya boleh mengambil gambarnya kerana dia tidak berani turun.


“Hari ini saya tidak boleh turun. Kalau saya turun anda berani bersumpah?” katanya.Akhirnya, hanya seorang peminat cilik berjaya lolos ke pentas dan mencium pipi Anuar.


Sumber Harian Metro.

Anuar Selepas Showcase.



Anuar selepas konsert di sidang akhbar ( Press Conference )

'Faham-faham sajalah jika saya turun pentas'

PENYANYI Anuar Zain mengaku dia amat terkilan apabila tidak dapat turun ke pentas beramah-mesra dan mendekati penonton yang hadir menyaksikan persembahannya pada acara A Nite With... Anuar Zain di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Selalunya, artis yang kini tampil menggayakan rambut potongan pendek ini akan turun dari pentas, menghampiri peminatnya tatkala mengadakan persembahan.

Namun, keadaannya amat berbeza 2 Mei lalu apabila penyanyi ini terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, bagi mengelakkan sebarang kontroversi. Pada sidang akhbar mengumumkan persembahannya itu baru-baru ini, kenyataan pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain ini menarik minat sesetengah pihak untuk memperkatakannya sehingga ia menjadi sebuah isu. Kononnya, Anuar merelakan peminat mencium dirinya pada persembahan itu.


"Saya memang teringin sekali hendak turun (dari pentas), bertemu peminat dari meja ke meja seperti biasa. Tetapi, faham-faham sajalah apa akan jadi jika saya berbuat demikian. Jika boleh, saya ingin memuaskan hati semua orang yang datang. "Ini hanyalah sebuah persembahan. Namun sebahagian daripada kita melihatnya dengan pandangan berbeza. Lalu, jika mereka menganggapnya suatu tindakan yang tidak betul, hendak tak hendak saya kena lupakan hasrat untuk turun menemui peminat di bawah sana. Amat menyedihkan juga apabila saya berasakan sesuatu sudah hilang dalam persembahan ini. Saya terpaksa melakukannya untuk mengelakkan kontroversi," katanya ketika ditemui sebaik saja tamat persembahan.


Pada malam itu, dewan berkenaan penuh sesak dengan 1,240 peminat penyanyi berusia 38 tahun itu. Penyanyi lelaki paling digilai peminat wanita ini menyampaikan kira-kira 16 lagu pada majlis berkenaan, dalam persembahan yang memakan masa hampir sejam setengah
Mengukur kejayaan dari segi sambutan peminat, biarpun harga tiketnya agak mahal (dari RM300 hingga RM650, serta pakej satu meja dari RM3,000 hingga RM6,500), lalu tidak teringinkah adik penyanyi Ziana Zain ini merancang kemunculan pada konsert sendiri pula dalam masa terdekat?


"Kami sebenarnya ada membuat perancangan untuk mengadakan konsert sebelum berakhirnya tahun ini. Kerana perancangan itu juga, maka saya membataskan kemunculan di persembahan terbuka. Saya menerima enam tawaran mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha, tetapi menolaknya kerana tidak mahu terlalu banyak pendedahan. Saya sendiri sudah agak lama tidak mengadakan persembahan. Kiranya A Nite With ini sebagai pengubat rindu buat peminat.


"Berbalik kepada rancangan mengadakan konsert, ketika ini kami mencuba sedaya upaya mendekati beberapa pihak yang berminat untuk mengadakan kerjasama. Daripada penganjur sehinggalah kepada gelanggangnya, semua itu harus dibincang dengan sebaiknya. Apatah lagi hal ini membabitkan duit mereka. Jika ada pihak yang ingin membantu artis tempatan, ia amat dialu-alukan. "Mengadakan konsert sememangnya menaikkan taraf seseorang penyanyi. Pada hari ini pula, amat mengecewakan jika kita melihat kepada jumlah penyanyi tempatan yang berjaya mengadakan konsert," kata Anuar yang kelihatan kecewa apabila syarikat gergasi negara ini lebih berminat menaja persembahan besar-besaran penyanyi luar negara.


Konsert yang diidamkan Anuar semestinya membabitkan pemuzik orkestra dan dia lebih suka sekiranya persembahan itu nanti dapat dilangsungkan di stadium tertutup.


"Jika saya berjaya menarik minat 4,000 hingga 5,000 penonton, ia sudah cukup membanggakan. Persembahan itu nanti juga pasti lebih dekat dengan peminat, dengan jumlah yang sedemikian," kata jejaka berbintang Aquarius ini. Mengenai persembahannya pada majlis anjuran Sutra D’Mega Event & Entertainment itu, Anuar mengaku berpuas hati walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi beberapa jam sebelum persembahan.


"Mula-mula sekali kereta saya rosak, diikuti pula dengan kehilangan jurutera bunyi yang sampai sudah tidak muncul-muncul. Jadi, agak bermasalah jugalah ketika kami mengadakan ujian bunyi. Tidak pernah ujian bunyi saya mengambil masa hingga berjam-jam lamanya. Saya harap, dia mempunyai alasan yang kukuh, mengapa dia tidak datang pada malam ini. Saya sudah lama bekerja dengannya. Jadi saya harap tidak ada apa-apa berlaku padanya," ujar Anuar yang melihat semua masalah itu sebagai ujian buatnya.


Malam itu, Anuar yang menampilkan persembahan bertenaga mengalunkan banyak lagu popularnya, petikan album baru dan lama. Tiada satu pun lagu penyanyi lain dinyanyikan, membuatkan persembahan malam itu cukup bermakna lagi istimewa buat peminat setianya. Lagu yang dipilih Anuar pada kali ini ialah Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu, Semua Untukmu, I’m The Lucky One, Kau Bunga Cintaku, Hanya Milikmu, Mungkin, Suria & Siarra, Permata, Jangan Bersedih Lagi, Perpisahan, Kaulah Satunya, Bila Resah, Teman Terulung (duet bersama wartawan Shahrudin Mustaffa), Lelaki Ini dan Ketulusan Hati.


Sejak minit pertama persembahan, peminat yang kebanyakannya perempuan tidak habis-habis menghampiri penyanyi ini untuk bersalam, mengambil gambar dan memberikan hadiah. Kelihatan juga beberapa lelaki yang mengawal ketat persembahan, bagi mengelak peminat terbabit menyerbu penyanyi berkenaan di atas pentas.

Namun, peminat paling bertuah tentunya seorang kanak-kanak perempuan yang diajak Anuar menaiki pentas tatkala dia melagukan irama indah, Lelaki Ini. Dan, kanak-kanak terbabit tidak melepaskan peluang mencium pipi penyanyi tersohor ini, disambut tepukan gemuruh penonton
Sumber Berita Harian Online

Isnin, 5 Mei 2008

Anuar bengang dengan 'isu cium'


PENYANYI yang popular dengan lagu Ketulusan Hati, Anuar Zain tidak habis-habis dilanda kontroversi.
Sejak beliau menyatakan hasrat memberi kebebasan kepada peminat untuk berhibur dengannya termasuk memberi kebenaran kepada mereka mencium pipi dan duduk diribanya pada showcase A Nite With Anuar Zain yang lalu, kisah tersebut semakin mendapat kritikan ramai sekaligus memberi impak buruk kepadanya.


Ada yang mengutuk penyanyi ini yang seolah-olah tidak memikirkan tentang agama apabila merelakan peminat wanita bersentuhan kulit dengannya. Tidak kurang juga kata-kata ‘pedas’ seperti “Sekiranya bapa saya sudah meninggal dunia dan arwah bapa saya melihat hal ini, mungkin dia akan sedih.”.

Memang Anuar sedih dan terpukul dengan kata-kata tersebut. Namun, ada yang sedia maklum bahawa dalam persembahannya sebelum ini, beliau sudah biasa menerima ciuman di pipi atau pelukan oleh wanita-wanita tanpa mengira usia, status dan sebagainya.

Lantaran hal tersebut telah pun berlalu, ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan rakaman keadaan Anuar dicium dan dipeluk oleh peminatnya sehingga meletuskan pergaduhan oleh segelintir pasangan suami isteri.

“Saya tak sangka ada orang yang sanggup memburuk-burukkan saya dengan menyebarkan rakaman video tersebut. Saya tak faham kenapa ada orang yang sanggup buat begitu.

“Yang membuatkan saya terkilan apabila rakaman tersebut telah menimbulkan pergaduhan antara suami dan wanita yang berada dalam rakaman video itu.
“Selepas cerita peluk cium, orang mempersoalkan tentang agama dan segala macam...,” ulas Anuar ketika sidang media selepas showcase A Nite With Anuar Zain yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Disebabkan tidak mahu memanjangkan kontroversi tersebut, Anuar tekad untuk tidak turun pada malam itu.

Beliau hanya beraksi di pentas dan menyambut huluran salam peminatnya yang berada di bawah pentas.
Sememangnya Anuar kelihatan ingin turun ke bawah untuk bertemu kira-kira 1240 penonton yang hadir. Namun, apakan daya keinginan itu terpaksa dipendam demi kebaikan semua.

Ada peminat yang menjerit, “Anuar, turunlah. Bila nak turun?”. Beliau menjawab, “Kalau saya turun, saya nak anda semua janji tak cium pipi dan peluk saya, ok?”.
Lantas ada seorang peminat berkata, “Saya janji akan cium.”.
Melihat keadaan peminat yang sukar dikawal itu, memang sah tekaan yang memikirkan Anuar tidak akan turun sehinggalah ke akhir persembahannya.

“Saya memang nak turun tetapi saya tahan keinginan untuk berjumpa dengan peminat. Lagipun, bukan senang orang nak suka kita.
“Saya fikir susah juga untuk mengawal situasi malam ini dan bimbang kalau saya turun, perkara yang sama akan berlaku lagi.
“Saya takut kalau ada yang ambil peminat yang cium pipi saya dan kemudian ia disebarkan di internet.

“Ada sesetengah perkara yang saya boleh buat dan tidak boleh buat. Tapi bila hal ini timbul, saya rasa terancam. Jadi, saya rasa lebih baik tak turun.
Dalam pada itu, Anuar turut meluahkan kekecewaannya terhadap pihak media yang menulis cerita berhubung isu cium itu tanpa ada di situ.

“Sebelum sidang media sebelum ini, saya tak terus mengatakan rela dicium pipi dan peminat boleh duduk di riba.

“Saya mengeluarkan kenyataan tersebut setelah seorang wartawan bertanyakan tentang bagaimana keadaan showcase yang dijangka berlangsung nanti.

“Adakah peminat bebas untuk melakukan apa sahaja untuk berhibur dengan saya? Dan saya pula menjawab, mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Seperti showcase sebelum ini, saya tak cakap pun mereka tetap akan cium dan peluk saya.
“Jadi, tak salah saya nak hiburkan mereka tetapi ada batasnya kerana saya tidak mahu ‘mengotorkan’ show itu.

“Saya rasa geram juga apabila wartawan itu tidak berada di tempat kejadian tetapi membuat kenyataan seolah-olah dia betul-betul mendengar apa yang saya katakan sedangkan tidak dan kemudian tersalah anggap.

“Saya tak akan bersua muka dengan orang yang tulis macam ni. Just control ourselves,” jelas Anuar yang meluahkan perasaannya dalam nada marah.
Rancang buat konsert besar-besaran

Dalam masa yang sama, penganjur showcase A Nite With Anuar Zain iaitu Sutra D’Mega Event & Entertainment Sdn. Bhd. juga menyatakan keinginan mereka untuk membuat konsert secara besar-besaran untuk Anuar setelah showcase tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Tiket habis dijual. Kami rasa yakin juga apabila ianya mendapat sambutan. Kami tiada masalah sekiranya ada perancangan pemasaran.

“Insya Allah pada hujung tahun ini, pengurusan kami akan cuba buat yang terbaik dan bergantung kepada pihak yang ingin menaja,” kata Edrie Hashim selaku pengarah projek tersebut.

Anuar pula menambah, “Kalau boleh saya nak buat tour jika mendapat tajaan. Saya seronok berjumpa dengan peminat dengan ‘feel’ yang berlainan. Saya impi untuk menyanyi dengan ‘live band’.

“Saya juga bercita-cita untuk membuat persembahan di Stadium Negara yang boleh mengumpul kira-kira 5,000 orang penonton,” luah Anuar.

Impian Anuar untuk beraksi dengan ‘live band’ termakbul jua. Dalam masa 1 jam 15 minit, beliau sempat menyanyikan 14 buah lagu popularnya dimulai dengan lagu Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu, Semua Adalah Untukmu, Mungkin, Permata, Perpisahan, Bila Resah, Lelaki Ini dan Ketulusan Hati.

Dengan bantuan dua orang penyanyi latar dan enam orang pemuzik di bawah pimpinan pengarah muzik Mac Chew, beliau turut mendendangkan lagu dari album terbarunya iaitu Teman Terulung, I’m The Lucky One dan lain-lain lagi.








Sumber mSTAR Online
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

Sabtu, 3 Mei 2008

Corat-Coret - A Nite With Anuar Zain

Semalam berlangsungnya sebuah persembahan hebat yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Anuar Zain.

Bertemakan Glamour, persembahan anjuran Sutra D'Mega Event & Entertainment berlangsung dengan agak baik. Penganjur bertuah kerana menjemput artis bernama besar seperti Anuar Zain untuk menjayakan persembahan hebat seperti A Nite With Anuar Zain ( ANWAZ ). Sesuai dengan nama dan tema, memang wajarlah peminat dan pemerhati seni yang berada di dalam dewan itu mengharapkan yang terbaik dari sebuah badan penganjuran yang hebat seperti Sutra D'Mega.


Majlis dimulakan hanya selepas pukul 8.40 malam yang jika dilihat di sisipan aturcara majlis, agak lewat kerana Anuar Zain sepatutnya mengambil tempat pada pukul 9 malam . Pengacara majlis pada malam itu digalas oleh Aidil Abg Ghafar ( pengacara TV3 ), namun agak hambar persembahannya pada malam itu, tidak seperti kebiasaanya. Aidil seperti tidak bersedia dan tidak keterlaluan jika dikatakan Aidil umpama pengacara bidan terjun kerana persembahannya gagal menghidupkan majlis dan menarik minat tetamu pada malam itu.


Nadanya kedengaran agak tawar dan tidak rapi. Apa yang berlaku sebenarnya Aidil?


Makan malam dimulakan dengan acara Food Presentation oleh orang-orang dapur Felda D'saji . Persembahan yang biasa tetapi tidak menjadi kudis kerana fokus utama malam itu tentunya kemunculan Anuar Zain dari gelap dewan. Diikuti dengan cabutan bertuah, tetamu semakin gelisah menantikan saat Anuar Zain diumumkan keluar.


Mata tetamu mencari-cari sebatang tubuh kecil yang akan memecahkan suasana dewan pada malam itu. Keluarnya Anuar Zain, suasana dewan menjadi tidak menentu. Hingar bingar tetamu semakin menjadi2-jadi dan Anuar memulakan persembahan dengan dendangan beberapa lagu hebat seperti Keabadian Cinta, Sesuci Cintamu, Semuanya Untuk Mu, I’m The Lucky One, Kau Bunga Cintaku, Mungkin, Sinaran Suria, Jangan Bersedih Lagi.

Keseluruhannya lagu-lagu yang ditampilkan oleh Anuar malam itu sememangnya lagu-lagu berhantu yang masih menjadi pilihan peminat di mana-mana persembahannya sebelum ini.


Lontaran suara dan kawalan persembahan Anuar memang cukup hebat. Tiada satu pun yang tidak sempurna dan semuanya cukup menghiburkan. Tidak banyak celoteh, Anuar mempersembahkan setiap lagu-lagunya secara berterusan.


Di satu ketika selepas mendendangkan lagu Teman Terulung bersama seorang wartawan bertaraf diva, Anuar Zain meninggalkan pentas buat seketika membiarkan peminat ternanti-nanti. Ucapan selamat malamnya tidak membuatkan peminat berganjak dari kerusi masing-masing. Suara peminat masih meminta dan melaung untuk Anuar terus menyanyi.


Mungkin hanya gimik,tidak lama kemudian, Anuar menyempurnakan persembahan dengan lagu kegilaan ramai, Lelaki Ini. Anuar Zain menerima tepukan meriah.


Anuar menutup tirai persembahan malam itu dengan lagu Ketulusan Hati, sebuah lagu yang terakhir ditinggalkan buat kenangan para peminat.


Ramai yang berharap Anuar akan turun seperti kebiasaaanya, namun, harapan itu hampa kerana Anuar tidak turun dari pentas tetapi hanya menghulurkan tangan bersalaman dengan peminat-peminat yang bertumpu mengambil gambar di hadapan pentas.


Memang agak mengganggu tetamu-tetamu yang lain, tetapi apalah daya peminat, ini mungkin satu-satunya peluang mendekati lelaki hebat ini. Anuar mungkin amat memahami kehendak dan kemahuan peminat-peminat pada malam itu, tetapi tidak mampu melakukan apa-apa kerana sedar dirinya diperhatikan. Perkara biasa tetapi sedikit teguran buat pengawal bertugas pada malam itu. Tidak perlu rasanya berkeras dengan melontarkan perkataan yang tidak sepatutnya dilontarkan. Atau menolak peminat2 dengan kasar dihadapan meja VVIP sedangkan ketika itu, peminat sedang membetulkan kedudukan untuk mendapatkan sudut merakam gambar yang paling baik. Maklumlah, peluang bertemu Anuar Zain bukan beribu kali setahun. Mungkin hanya sekali dan inilah masanya mereka merakam semua kenangan itu seadanya. Mungkin mereka hanya menjalankan tugas dan kepenatan, tindakan mereka dimaafkan, tetapi cuba jangan diulangi lagi.


Menjauhi peminat-peminat pada malam itu,sudah tentu kekecewaan Anuar jelas terpancar dari raut wajahnya yang manis. Persembahannya malam itu sudah tentu tidak seperti yang diharapkannya juga. Masih teringat janji Anuar sebelum majlis itu, persembahan kali ini pasti akan menjadi kenangan paling indah buat peminat-peminatnya, namun, Anuar tahu, tidak semuanya menjadi kenangan terindah. Malam itu tidak seperti malam Anuar bersama Peminat. Namun ia difahami peminat akan sebab musababya Anuar bertindak begitu.


Sudah terlalu biasa dengan majlis-majlis dihadiri Anuar, malam tadi adalah persembahan paling tidak terlalu menggembirakan. Dengan mamandu perjalanan jauh dari Selatan ke Kuala Lumpur, ada kekosongan di dalam diri ini selepas persembahan Anuar dan saya pasti ramai yang merasa perkara yang sama.


Kasihan melihat Anuar, kerana niat menggembirakan peminat, menjadi kontroversi dan kerana kontroversi itu, Anuar mungkin faham, banyak hati yang kecewa kerana tidak dapat mendekati dirinya seperti biasa.


Wartawan? Mungkin mereka puas kerana kritikan mereka diterima baik oleh Anuar dan Anuar bersedia memulakan lembaran baru hidupnya sebagai artis dengan persembahan bersih dari kontroversi.


Mungkin ada juga wartawan yang kecewa kerana tidak dapat membawa ole-ole berita gempar dan kontroversi seperti aksi-aksi cium dan berpelukan pada persembahan Anuar malam itu. Saya amat pasti ada sebilangan wartawan yang hadir, hanya semata-mata untuk mencari gosip dan cerita tidak baik dari persembahan malam itu. Syukur semuanya berjalan lancar dan ianya menjadi sebuah persembahan paling bersih 2008 oleh Anuar Zain barangkali.


Tahniah Anuar kerana berjaya menangkis anasir-anasir tidak baik di dalam dunia hiburan dengan beraksi cukup berhati-hati.


Meski ramai yang kecewa dan kurang berpuas hati malam itu, saya yakin dan percaya, peminat-peminat semua memahami mengapa dan kenapa persembahan Anuar kali ini tampak berbeza. Kami menghormati pendirian Anuar.


ANWAZ tetap menjadi kenangan 2008 dan akan tersisip di dalam ingatan peminat selamanya.


Walau apapun, persembahan Anuar memang SUPERB!! Sebagai peminat, sokongan akan terus diperkuatkan untuk Anuar.



Kecewa


Disebalik kemegahan persembahan itu, ada terselit rasa kecewa di hati, dan saya pasti, kekecewaan itu tidak hanya pada seorang dua tetamu, tetapi mungkin separuh dari tetamu yang hadir merasa tidak puas hati dengan pengajuran malam tadi.


Dengan harga tiket yang agak mahal, sewajarnya penganjur mampu menyediakan hidangan persembahan dan dekorasi yang terbaik untuk semua tetamu.


Namun menu yang diberikan tidak seperti yang digambarkan. Tiada menu pembuka selera, tiada pencuci mulut, kuantiti hidangan yang tidak berbaloi dengan jumlah tetamu di setiap meja, saya rasa tidak sepatutnya berlaku. Nasi tambah memang banyak tetapi mana menu tambahan? Setiap tetamu ditawarkan dengan nasi tambah, tetapi hidangan lauk pauk telah habis kerana yang menyenduknya ramai, tetapi lauk pauknya amatlah sedikit. Janji yang ditabur dulu, harga tiket semahal itu, sudah tentu hidangannya bagus-bagus belaka.


Dengan menu biasa seperti Daging masak Kicap ( diglamourkan namanya dengan menukar kepada Daging masak Hitam ), sayur campur ( yang cukup hanya 3 sudu besar sahaja sedang tetamu semeja 10 orang? ), Tofu masak Tiram, Udang masak merah ( udang overcook dan tawar ) dan ayam sos lemon ( kepingan ayam yang bukan untuk hidangan 10 orang ), saya rasa tetamu malu untuk menyudu lauk. Takut kawan-kawan tak merasa.


Kisah makanan ni bukan perkara remeh, sebaliknya penganjur perlu menitikberatkannya, kerana orang melayu ni, perut menjadi keutamaan di mana-mana majlis. Lainlah datin-datin atau dato'-dato' yang memang selalu dan terlalu biasa menjamah makanan dengan kuantiti yang sedikit ( Mungkin ). Biarlah apa yang dihidangkan berbaloi dengan harga yang sepatutnya dibayar.


Ini baru kisah makanan, belum lagi kisah door gift yang juga menjadi mangsa cakap-cakap belakang. Dengan memberi poster Anuar Zain, baucer dari Angsana Spa dan air mineral, akhirnya ia menjadi bahan lawak tetamu-tetamu. Kisahnya kelakar juga Sutra D'mega ni.


Apapun, tahniah kerana berjaya menganjurkan majlis seperti ANWAZ dan diharapkan majlis-majlis anjuran Sutra selepas ini jauh dari kontroversi.


Untuk keseluruhan persembahan Anuar Zain, segulung tahniah kerana peminat masih tidak pulang dengan rasa terlalu hampa kerana suara dan persembahan Anuar cukup hebat dan bertenaga. Sudah sampai masanya Anuar membuat sebuah konsert besar yang dapat mengumpulkan peminat dari seluruh ceruk rantau negara ini.


Anuar Zain di Hati............................



 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman