PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Ahad, 26 Oktober 2008

AMP Channel V Music

Dengarkan lagu-lagu Anuar Zain di Channel V Music Network


http://amp.channelv.com/anuarzain

Konsert Solo Anuar di Esplanade Singapura


Rencana Seni Tiga Jejaka

AMAT jarang tiga penyanyi lelaki yang berlainan genre ini disatukan dalam satu sesi fotografi.
Apatah lagi, ketiga-tiga lelaki ini mewakili jalur muzik yang cukup berbeza lantas mereka mempunyai peminat tersendiri.

Mungkin peminat mahupun masyarakat di luar sana mempunyai persepsi tersendiri tentang ketiga-tiga mereka yang mungkin tidak boleh disatukan namun telahan itu semuanya silap.
Sepanjang fotografi yang berlangsung di Carcosa Seri Negara, baik Anuar Zain, Faizal Tahir mahupun Sean Ghazi dilihat mempunyai keserasian yang cukup baik dan terdengar sesekali mereka berbicara serta berkongsi pendapat tentang pelbagai perkara dari muzik sehinggalah ke fesyen.


Sebenarnya, fotografi kali ini mengambil pendekatan untuk membicarakan tentang impak daripada kemenangan anugerah yang pernah dimiliki oleh tiga jejaka ini tatkala ketiga-tiga mereka mempunyai satu persamaan iaitu pernah dinobatkan dengan gelaran Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM).


Mungkin ramai yang akan bertanya apakah rasionalnya isu ini dibicarakan di kala semangat dan suasana Syawal masih hangat terasa. Namun, apa salahnya, sekali-sekala pendekatan itu dilencongkan.


Sememangnya setiap insan seni akan mengidamkan anugerah untuk berada di dalam genggaman tetapi sejauh manakah anugerah itu mampu memberikan impak yang besar dalam karier seni mereka.


Ada yang berjaya dan tidak kurang pula ada yang terus tenggelam. Untuk mengupas isu ini, Anuar, Faizal dan Sean telah masing-masing memberikan buah fikiran mereka.


Bukan alasan goyang kaki – Anuar


TIADA siapa mampu menafikan kehebatan vokal Anuar yang sememangnya berada di kelas yang tersendiri. Sudah lahir dengan tiga buah album dengan menggunakan judul yang sama iaitu Anuar Zain pada tahun 1998, 2002 dan 2007, lagu-lagu dendangannya bisa membuat peminat dan pendengar terleka dengan alunan yang dibawakannya.


Pernah menggenggam tiga trofi AIM, kata Anuar, banyak membantu kerjaya seninya dan buktinya, dia mampu berdiri sehingga ke hari ini setelah sedekad bergelar penyanyi solo yang tetap utuh mempertaruhkan irama pop R&B.


“Memenangi anugerah adalah satu bonus dalam karier seni seseorang itu dan pada saya ia membuktikan bahawa hasil kerja seseorang itu diiktiraf setelah penat berhempas-pulas memberikan yang terbaik buat peminat dan industri muzik itu sendiri.
“Malah, memenangi anugerah membawa rezeki yang cukup murah pada saya dan tidak langsung saya anggap sebagai satu tekanan.


“Namun, saya tahu masyarakat adakalanya menganggap memenangi anugerah itu bagaikan membawa badi apabila ada di antaranya yang tidak menjadi dan langsung hilang begitu sahaja,” ungkapnya membuka bicara. Katanya lagi, memenangi anugerah bukanlah alasan untuk artis itu goyang kaki dalam menantikan rezeki di depan mata.


Sebaliknya, artis itu sendiri harus mempunyai inisiatif sendiri dalam merencanakan karier seni masing-masing dan bijak mencari peluang untuk terus memahat nama di persada seni tanah air.
“Tetapi saya percaya juga, rezeki dan tuah itu juga harus ada untuk menyokong perjalanan seni artis itu,” tutur Anuar tersenyum. Memenangi anugerah juga kata orang, bagaikan satu tiket untuk seseorang artis itu mula meletakkan harga tinggi.


“Saya mahu yang terbaik dalam apa jua yang saya mahu lakukan. Orang yang mengatakan saya demand itu sebenarnya tidak faham dan meneliti kontrak yang telah disediakan. Apabila mereka tidak dapat apa yang mereka mahu, mulalah menjaja cerita yang tidak betul.


“Setakat ini, saya tidak mempunyai masalah dengan sesiapa pun dan mereka yang pernah bekerja dengan saya juga tahu bagaimana saya bekerja,” jelas Anuar yang akan mula sibuk berlatih selepas Syawal nanti untuk konsertnya di Singapura yang akan berlangsung pada 5 November depan.


Tekanan buat Faizal


NAMANYA pernah dihambat dengan kontroversi dan hampir melumpuhkan namanya tetapi empat anugerah AIM yang dimenangi pada bulan Mei lalu membuktikan bahawa dia adalah kuasa baru yang mampu merobah senario muzik tempatan.


Aura yang terserlah menerusi irama rock yang diperjuangkan membuktikan Faizal mampu berdiri teguh dalam industri dalam jangka masa yang agak lama.
Dengan penuh jujur, luah Faizal, kemenangan besarnya di AIM telah memberikan satu tekanan kepadanya apabila tawaran untuk persembahan tidak menunjukkan sebarang peningkatan.
“Alasan yang saya terima kebanyakannya mengatakan bimbang saya akan menjadi demand tetapi percayalah, sebelum dan selepas menang AIM harga saya masih sama.


“Inilah realiti yang harus saya terima tetapi itu langsung tidak akan mematahkan semangat saya untuk bekerja keras dalam memantapkan karier seni saya,” katanya yang kini sibuk dengan pembikinan album keduanya.


Bukan itu sahaja, bapa kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cukup gusar dan bimbang dengan pengharapan serta penerimaan peminat dan masyarakat terhadap dirinya setelah memenangi AIM.


“Memang menang anugerah itu cukup menyeronokkan tetapi saya harus menggalas tanggungjawab yang cukup besar kerana sudah pasti peminat mahukan saya memberikan yang terbaik selepas ini. Sudah pasti ia memberikan tekanan kepada saya,” kata Faizal yang juga sibuk mencipta lagu untuk Anuar, Dayang Nurfaizah dan Fazli Zainal.


Kualiti diutamakan – Sean


PERNAH menggegarkan peminat muzik menerusi karya sulungnya, Semalam, yang membawa revolusi baru dalam dunia muzik tempatan, Sean terus berdiri dengan gayanya yang berada dalam kelas yang tersendiri.


Walaupun lagu-lagunya tidak langsung dimainkan di radio popular tanah air, namun, ia langsung tidak mematahkan semangat anak kacukan Melayu-Serani ini untuk terus memberikan yang terbaik untuk buah tangan yang seterusnya.


“Saya puas hati dengan sambutan yang diberikan untuk album Semalam yang sehingga kini sudah pun terjual lebih 10,000 unit. Maklum balas yang diterima sudah cukup menggembirakan saya dan ia banyak menaikkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik.
“Anugerah yang pernah saya terima juga sebenarnya membuktikan bahawa perjuangan saya dalam menghasilkan produk yang berkualiti diiktiraf dan ia telah diiktiraf oleh mereka yang cukup bertauliah,” kata Sean yang dilahirkan pada 4 April 1969 ini.


Tambahnya, dia tidak mahu melahirkan album saban tahun tetapi kualitinya dipinggirkan kerana dia lebih gemar mengambil pendekatan, biar lambat, asalkan ia mampu memberikan seribu kepuasan kepada peminat dan penggemar muzik.


“Lebih membanggakan saya lagi, muzik saya telah berjaya membuka mata mereka yang lebih muda dan kini mereka tahu, istilah muzik yang sebenar. Ternyata, ini semua juga adalah kerana impak daripada kemenangan saya di AIM,” tuturnya penuh makna.



Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZALshazryn.faizal@utusan.com.my>

Anuar Zain Pakai Porsche

WOW! Mesti ramai yang terbeliak mata kalau Joyah kata, jejaka Malaya pujaan ramai wanita yang seorang ini kini memandu Porsche kan!
Itulah kenyataannya kerana kini Anuar Zain memiliki kereta mewah tersebut selepas puas memandu kereta BMWnya.

Dah ramai yang terserempak dengan abang Nuar dengan kereta barunya. Ada jugalah yang berbisik ke telinga Joyah memberitahu betapa bangganya mereka melihat kemampuan Anuar.
Hah! Siapa kata jadi artis tak mampu hidup mewah? Anuar Zain dan beberapa lagi artis tempatan telah membuktikan bahawa kehidupan sebagai artis bukanlah bersandarkan glamor semata-mata.


Tetapi kalau bekerja kuat dan tahu arah tuju dalam bidang ini maka mereka juga dapat memiliki apa sahaja yang diinginkan termasuk memiliki kenderaan mewah.
Anuar sendiri orang yang bijak mengendalikan kewangannya. Dan Joyah sendiri tidak hairan kalau sesekali Anuar memanjakan dirinya dengan membeli apa sahaja yang diinginkan.
Iyalah, dah puas bekerja, tentu mahu melihat hasilnya. Selain kenderaan, abang Nuar kita yang seorang ini pun amat prihatin dan teliti soal penjagaan imej. Jadi kena sangatlah Anuar dengan kereta mewahnya itu.


Utusan Online - 26 Oktober 2008

Impian Anuar Jadi Kenyataan


MASIH terbayang keletah penyanyi ini dan rakan baiknya, Ellina Abd Razak, berduet menyanyikan lagu raya hits mereka, Suasana Hari Raya, ketika kedua-duanya masih kanak-kanak dan bersekolah rendah sekitar awal 1980-an. Sejajar peredaran masa, kedua-dua sahabat ini terus meningkat dewasa, dengan Anuar Zain muncul sebagai penyanyi lelaki popular di Malaysia, manakala rakan duetnya itu terus melupakan bidang nyanyian.


Bagi `Jejaka Idaman Malaya’ ini, lebaran yang bakal menjelang tiba agak berbeza berbanding sambutan terdahulu kerana impian yang dinantikan selama ini bakal terlaksana iaitu mengadakan konsert solo pertama di luar negara.


Ia turut dianggapnya sebagai kejayaan terbesar dalam rekod pembabitannya di bidang seni apabila berjaya menyeberangi Tambak Johor untuk mengadakan konsert solo pertamanya di The Esplanade, Singapura pada 8 November ini. “Berita ini dimaklumkan kepada saya beberapa hari sebelum bermulanya Ramadan. Alhamdulillah, impian saya selama ini menjadi kenyataan, malah saya merasa amat bertuah apabila The Esplanade sudi membuka pintunya kepada saya. Mana-mana artis pun memang mengidam untuk beraksi di pentas berprestij itu, lebih-lebih lagi ia ditaja oleh Singtel Communications, syarikat telekomunikasi terbesar di Singapura, yang pertama kali menaja persembahan artis Melayu di sana,” katanya kepada B*Pop.



Anuar sering menempuh pelbagai halangan mendapatkan tajaan untuk mengadakan konsert solonya di Malaysia. Namun, Lelaki Ini tidak patah semangat dan tetap berjaya mengadakan mini konsertnya, termasuk A Nite With Anuar Zain, di tiga lokasi - Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, baru-baru ini.



“Kejayaan ini bukan hanya didorong kesabaran saya yang tidak mengenal jemu berusaha, malah berkat doa dan sokongan tidak henti-henti oleh peminat. Tidak tahulah bagaimana saya mahu membalas budi peminat semua. Semoga Allah memberkati kehidupan kalian,” katanya yang akan muncul dengan program muzikal, Syawal Bersama Anuar Zain Di TV9. Anuar berkata, The Esplanade sesuai untuk persembahan akustik dan dewan persembahan itu boleh memuatkan kira-kira 1,600 penonton, satu jumlah dianggapnya cukup ramai.


“Jika Aidilfitri sebelum ini saya sibuk beraya, tetapi kali ini saya gusar memikirkan persiapan menjelang konsert itu kerana mahu menampilkan persembahan terbaik untuk semua peminat, setimpal dengan harga tiket yang dibayar mereka. Namun, saya akan memastikan kegusaran ini tidak mengganggu mood raya saya. Raya tetap raya... kita sudah berpuasa sebulan, inilah masanya untuk kita meraikan kejayaan,” katanya yang beraya di Shah Alam dan Merlimau, Melaka. An Evening With Anuar Zain - Live From The Esplanade berlangsung 8 November ini, bermula jam 8.30 malam. Harga tiket ialah S$250 (Kategori VIP), S$200 (A), S$160 (B), S$120 (C), S$80 (D) dan S$60 (C). Tempahan boleh dibuat melalui laman web www.sistic.com atau sila hubungi talian (02) 63485555 atau (02) 68288389.
Oleh Hardi Effendi Yaacob
Bintang Popular , Ahad 26 Oktober 2008

MEDIA Hiburan : 25 - 31 Oktober 2008

MEDIA Hiburan : 25 - 31 Oktober 2008
Anuar Zain PuasPasti ramai pembaca setia MH rindu untuk menatap wajah penyanyi lelaki popular, Anuar Zain di majalah, jadi kami menjadikannya sebagai penghias muka depan MH minggu ini. Banyak cerita menarik yang ingin dikongsikan bersama! Dalam diam, dia sedang merancang untuk mengadakan konsert solo terbesarnya tidak lama lagi....


dapatkan dipasaran untuk cerita sepenuhnya.

Tahniah Anuar Zain



AGAK lama juga Papa tidak dengar sebarang kisah tentang penyanyi yang memang Papa kagum dengan suara dan lagu-lagunya ini. Siapa lagi kalau bukan Anuar Zain atau lebih selesa Papa menggelarkannya Abang Nuar.
Selain sibuk dengan pengumpulan material baru untuk album terbarunya, Papa dengar juga Abang Nuar juga sibuk memenuhi undangan untuk rakaman program untuk tayangan Hari Raya nanti.


Itulah penangan Abang Nuar. Meskipun, ramai yang memperkatakan yang kurang manis tentang dirinya, tetapi Abang Nuar tetap berdiri teguh dan dipuja oleh peminatnya.
Seperkara yang buat Papa terkejut dan dalam masa yang sama bangga dengan Abang Nuar adalah apabila salah sebuah lagu yang terkandung dalam album ketiganyaiaitu Teman Terulung sekarang ini menjadi juara carta Muzik-Muzik.
Manalah Papa tidak terkejut sebab lagu itu belum lagi dimainkan di corong-corong radio tetapi sudah menjadi juara. Sebelum ini, asyik-asyik lagu Lelaki Ini dan Ketulusan Hati saja yang dimainkan.


Kejayaan Abang Nuar itu sudah jelas membuktikan bahawa peminatnya tetap setia di sisinya memberikan sokongan dengan mengundi lagu tersebut untuk terus berada di takhta teratas carta muzik popular itu.
Papa tidak nafikan lagu Teman Terulung ciptaan sepenuhnya oleh Azalea itu memang sedap dan indah. Malah, kali pertama Papa dengar pun, sebak hati Papa sehingga tidak sedar mengalir air mata Papa.


Papa pun harap lagu itu dapat masuk separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL). Ramai juga yang rindu untuk melihat Anuar beraksi di AJL.

Sumber: © Utusan Online - 13 Ogos 2008
 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman