PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Rabu, 7 Mei 2008

Kawal Diri Elak Dicium - Anuar


Menjadi pemilik nama Anuar Zain bukan semudah yang disangka, selain dipuja dan diminati, dia juga diherdik dan dihina berikutan kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Gara-gara kejujuran kata-katanya membenarkan peminat mencium pipi dan duduk di riba pada majlis makan malam A Nite With Anuar Zain, dia terus-terusan dipandang serong segelintir masyarakat.

Sungguhpun adegan cium mencium itu tidak langsung terjadi di majlis yang berlangsung hujung minggu lalu, isu berkenaan berterusan dijadikan 'senjata' untuk menyerang penyanyi lelaki kacak bergaya ini.

Dan kerana kontroversi yang tidak diundang itu, Anuar mengambil langkah bijak untuk tidak turun dari pentas persembahan.

Mungkin ia sesuatu yang mengecewakan peminat kerana setiap kali persembahannya, dia pasti akan melayan peminat dengan mesra dan ramah sekali.
Malah Anuar juga bebas bergerak turun dari satu meja ke meja yang lain, mesra melayan peminat yang datang kepadanya tanpa curiga.Tetapi tidak untuk persembahan kali ini.

Ya, ia sedikit mengecewakan peminatnya, namun jelas jejaka berusia 38 tahun ini, langkah tersebut merupakan jalan terbaik bagi mengelakkan kontroversi tersebut terus melekat dalam dirinya.

"Saya terkilan sebab saya teringin sangat turun dan berada dekat dengan peminat, tetapi keadaan tidak mengizinkan.
"Saya boleh kawal diri saya, tetapi kalau-tiba-tiba ada peminat datang dan mencium, itu akan menimbulkan kontroversi lagi. Jadi lebih baik saya berada di atas pentas sahaja," ujarnya jujur usai persembahan lebih satu jam itu.
Jangan salah tafsir

Isu cium nyata sudah dibawa jauh dalam kembara karier Anuar Zain. Bukan sedikit yang mengata, bahkan meletakkan kesalahan kepada penyanyi ini hanya kerana sikap berterus terangnya itu.
Laporan Kosmo! pada 28 Mac nyata telah diberi penambahan yang cukup berperisa oleh sesetengah pihak yang sekali gus memberikan impak negatif kepada penyanyi ini.

Bukan itu sahaja ada juga yang mengatakan penyanyi ini seolah-olah tidak memikirkan tentang adat dan kesopanan apabila dengan terbuka merelakan peminat wanita menjadi sebegitu rapat dengan dirinya dalam persembahan.
Tidak kurang juga ada yang sanggup membabitkan kedua ibu bapanya dengan membuat andaian yang bukan-bukan.

Bahkan ada yang membuat andaian kalau sekiranya ibu bapa Anuar sudah meninggal dunia, pastinya mereka akan malu dengan kenyataan yang telah dibuat oleh penyanyi ini.

Menurut Anuar, dia cukup terkilan dengan pembabitan nama keluarganya dalam kejadian berkenaan.
"Saya sedih kerana mereka membabitkan keluarga saya. Tak kisahlah kalau saya dikecam. Anda boleh kata apa saja kepada saya, tetapi jangan babit keluarga saya dalam hal seperti ini," pintanya.

Tidak cukup dengan tohmahan itu, video serta gambar mesranya melayan peminat turut disebarkan di internet.

Seolah ada pihak yang mahu 'menelanjangkan' Anuar dengan penyiaran gambar-gambar berkenaan dengan hasrat untuk memalukan.

"Saya tahu tentang semua itu. Apa yang saya sedih sangat sampai ada suami isteri yang bergaduh kerana itu. Walhal mereka hanya bergambar ketika saya melakukan persembahan.Itu saja.

"Kepada mereka yang tidak pernah menonton persembahan saya janganlah mentafsir yang bukan-bukan. Saya sedih kerana mereka ini bukan saja cuba mengganggu peminat saya tetapi juga keluarga saya," tuturnya.

Jelas Anuar lagi, bukan senang untuk seorang penyanyi itu diminati dan apabila dia punyai peminat yang sangat setia dan sentiasa menyokongnya dia merasa cukup dihargai.

"Susah untuk buat orang suka dan minat kita. Jadi apabila ada orang yang menghargai kerja seni saya, seharusnya saya hargai mereka," balas Anuar menyatakan keuntungannya kerana disayangi oleh banyak penggemar.
Luahan hati Anuar

Anuar menjelaskan di sidang media sebelum ini dia tidak terus mengatakan dirinya rela dicium pipi dan peminat boleh duduk di riba dengan sewenang-wenangnya.
Katanya, dia mengeluarkan kenyataan tersebut selepas wartawan bertanyakan tentang bagaimana keadaan persembahan yang dijangka berlangsung, mungkinkah peminat bebas melakukan apa sahaja untuk berhibur dengannya? Itu soalan media dan Anuar menjawab dengan cukup berterus terang.

"Saya pula menjawab, mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Seperti di persembahan saya sebelum ini, saya tak cakap apa pun tetapi mereka tetap akan cium dan peluk saya. Itulah yang saya cakap. Jadi, tak salah saya nak hiburkan mereka tetapi ada batasnya kerana saya tidak mahu merosakkan persembahan itu. Saya mesra dengan peminat, tetapi bukan mahu lebih-lebih," katanya lagi.

Apa yang pasti kata Anuar hal berkenaan telah diberi interpretasi tersendiri termasuk di kalangan media yang tidak hadir ke sesi sidang akhbarnya.

"Saya geram juga ada wartawan yang cuba memburuk-burukkan saya. Walaupun mereka tidak berada di tempat persembahan atau di tempat saya buat sidang akhbar, mereka dengan senangnya melaporkan perkara yang mereka tidak saksikan sendiri," jelasnya kesal.

Tetap disokong peminat

Sungguhpun dilanda kontroversi, rasanya Anuar tidak perlu risau kerana peminatnya sentiasa berada di belakangnya.
Ini dapat dilihat sendiri dalam majlis tersebut yang menyaksikan lebih 1,200 penonton memenuhi segenap ruang di Dewan Perdana Felda. Semua tiket habis dijual sehinggakan penganjur tersenyum girang.

Anuar yang mendendangkan 15 buah lagu semuanya daripada barisan albumnya berjaya melontarkan vokal dengan baik walaupun menghadapi masalah dengan sistem audio.

Ini berikutan tenaga penting di sebalik pengurusan sistem audio untuk acara berkenaan tidak muncul di saat-saat akhir menyebabkan Anuar terpaksa bertungkus-lumus mengusahakan pengganti di saat-saat akhir.

"Sebab itu ada masalah sikit dengan sistem audio akan tetapi itulah yang terbaik saya boleh beri kepada peminat yang hadir dan harap mereka terhibur.

"Lagi pun hari ini menjadi hari yang akan saya ingati sampai bila-bila, kerana siang tadi kereta saya rosak, sampai sahaja di sini mereka beritahu pihak yang mengemudi bahagia audio pula tidak hadir," katanya lagi.

Perancangan konsert

Melihat kepada sambutan yang diterima penganjur majlis makan malan tersebut, Sutra D'Mega Event & Entertainment Sdn. Bhd. juga berhasrat mengadakan konsert secara besar-besaran.

"Tiket habis dijual. Kami rasa yakin juga apabila persembahan malam ini dapat sambutan. Kami tiada masalah sekiranya ada perancangan pemasaran.
"Mungkin hujung tahun ini, pengurusan kami akan cuba buat yang terbaik dan bergantung kepada pihak yang ingin menaja," kata Edrie Hashim selaku pengarah projek tersebut.

Anuar pula bercita-cita untuk membuat konsert di stadium tertutup seperti Stadium Negara ataupun Stadium Putra yang boleh mengumpulkan kira-kira 5,000 orang.
Selain itu, Anuar juga mempunyai impian untuk mengadakan persembahan jelajah jika mendapat tajaan, selain untuk dalam konsert yang dikendalikan secara orkestra.
Itulah impian seorang Anuar Zain dalam meneruskan agenda seninya tanpa menoleh ke belakang. Pada Anuar tidak ada istilah bermuram durja hanya kerana tohmahan dan kata-kata kurang manis orang lain
Sumber Kosmo Online
Oleh HARYATI KARIM

1 Ulasan:

Anonymous Tanpa Nama berkata...
 

penganjur tersenyum girang?? mana tidaknyer, makan duit banyak.!

aku haramkan duit y baki yang kjorang sumer tak laburkan pada y betul

aku cuma halalkan duit untuk tengok anuar perform , dengan makan y seciput tu jer. selebihnya tu, aku tak halal..!

tanggung la korang erk...

duit melebih2, klu aku bukan senyum laghi berdekah2 buat party...
majlis macam bodoh jer...

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama

 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman