PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Sabtu, 3 Mei 2008

Corat-Coret - A Nite With Anuar Zain

Semalam berlangsungnya sebuah persembahan hebat yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Anuar Zain.

Bertemakan Glamour, persembahan anjuran Sutra D'Mega Event & Entertainment berlangsung dengan agak baik. Penganjur bertuah kerana menjemput artis bernama besar seperti Anuar Zain untuk menjayakan persembahan hebat seperti A Nite With Anuar Zain ( ANWAZ ). Sesuai dengan nama dan tema, memang wajarlah peminat dan pemerhati seni yang berada di dalam dewan itu mengharapkan yang terbaik dari sebuah badan penganjuran yang hebat seperti Sutra D'Mega.


Majlis dimulakan hanya selepas pukul 8.40 malam yang jika dilihat di sisipan aturcara majlis, agak lewat kerana Anuar Zain sepatutnya mengambil tempat pada pukul 9 malam . Pengacara majlis pada malam itu digalas oleh Aidil Abg Ghafar ( pengacara TV3 ), namun agak hambar persembahannya pada malam itu, tidak seperti kebiasaanya. Aidil seperti tidak bersedia dan tidak keterlaluan jika dikatakan Aidil umpama pengacara bidan terjun kerana persembahannya gagal menghidupkan majlis dan menarik minat tetamu pada malam itu.


Nadanya kedengaran agak tawar dan tidak rapi. Apa yang berlaku sebenarnya Aidil?


Makan malam dimulakan dengan acara Food Presentation oleh orang-orang dapur Felda D'saji . Persembahan yang biasa tetapi tidak menjadi kudis kerana fokus utama malam itu tentunya kemunculan Anuar Zain dari gelap dewan. Diikuti dengan cabutan bertuah, tetamu semakin gelisah menantikan saat Anuar Zain diumumkan keluar.


Mata tetamu mencari-cari sebatang tubuh kecil yang akan memecahkan suasana dewan pada malam itu. Keluarnya Anuar Zain, suasana dewan menjadi tidak menentu. Hingar bingar tetamu semakin menjadi2-jadi dan Anuar memulakan persembahan dengan dendangan beberapa lagu hebat seperti Keabadian Cinta, Sesuci Cintamu, Semuanya Untuk Mu, I’m The Lucky One, Kau Bunga Cintaku, Mungkin, Sinaran Suria, Jangan Bersedih Lagi.

Keseluruhannya lagu-lagu yang ditampilkan oleh Anuar malam itu sememangnya lagu-lagu berhantu yang masih menjadi pilihan peminat di mana-mana persembahannya sebelum ini.


Lontaran suara dan kawalan persembahan Anuar memang cukup hebat. Tiada satu pun yang tidak sempurna dan semuanya cukup menghiburkan. Tidak banyak celoteh, Anuar mempersembahkan setiap lagu-lagunya secara berterusan.


Di satu ketika selepas mendendangkan lagu Teman Terulung bersama seorang wartawan bertaraf diva, Anuar Zain meninggalkan pentas buat seketika membiarkan peminat ternanti-nanti. Ucapan selamat malamnya tidak membuatkan peminat berganjak dari kerusi masing-masing. Suara peminat masih meminta dan melaung untuk Anuar terus menyanyi.


Mungkin hanya gimik,tidak lama kemudian, Anuar menyempurnakan persembahan dengan lagu kegilaan ramai, Lelaki Ini. Anuar Zain menerima tepukan meriah.


Anuar menutup tirai persembahan malam itu dengan lagu Ketulusan Hati, sebuah lagu yang terakhir ditinggalkan buat kenangan para peminat.


Ramai yang berharap Anuar akan turun seperti kebiasaaanya, namun, harapan itu hampa kerana Anuar tidak turun dari pentas tetapi hanya menghulurkan tangan bersalaman dengan peminat-peminat yang bertumpu mengambil gambar di hadapan pentas.


Memang agak mengganggu tetamu-tetamu yang lain, tetapi apalah daya peminat, ini mungkin satu-satunya peluang mendekati lelaki hebat ini. Anuar mungkin amat memahami kehendak dan kemahuan peminat-peminat pada malam itu, tetapi tidak mampu melakukan apa-apa kerana sedar dirinya diperhatikan. Perkara biasa tetapi sedikit teguran buat pengawal bertugas pada malam itu. Tidak perlu rasanya berkeras dengan melontarkan perkataan yang tidak sepatutnya dilontarkan. Atau menolak peminat2 dengan kasar dihadapan meja VVIP sedangkan ketika itu, peminat sedang membetulkan kedudukan untuk mendapatkan sudut merakam gambar yang paling baik. Maklumlah, peluang bertemu Anuar Zain bukan beribu kali setahun. Mungkin hanya sekali dan inilah masanya mereka merakam semua kenangan itu seadanya. Mungkin mereka hanya menjalankan tugas dan kepenatan, tindakan mereka dimaafkan, tetapi cuba jangan diulangi lagi.


Menjauhi peminat-peminat pada malam itu,sudah tentu kekecewaan Anuar jelas terpancar dari raut wajahnya yang manis. Persembahannya malam itu sudah tentu tidak seperti yang diharapkannya juga. Masih teringat janji Anuar sebelum majlis itu, persembahan kali ini pasti akan menjadi kenangan paling indah buat peminat-peminatnya, namun, Anuar tahu, tidak semuanya menjadi kenangan terindah. Malam itu tidak seperti malam Anuar bersama Peminat. Namun ia difahami peminat akan sebab musababya Anuar bertindak begitu.


Sudah terlalu biasa dengan majlis-majlis dihadiri Anuar, malam tadi adalah persembahan paling tidak terlalu menggembirakan. Dengan mamandu perjalanan jauh dari Selatan ke Kuala Lumpur, ada kekosongan di dalam diri ini selepas persembahan Anuar dan saya pasti ramai yang merasa perkara yang sama.


Kasihan melihat Anuar, kerana niat menggembirakan peminat, menjadi kontroversi dan kerana kontroversi itu, Anuar mungkin faham, banyak hati yang kecewa kerana tidak dapat mendekati dirinya seperti biasa.


Wartawan? Mungkin mereka puas kerana kritikan mereka diterima baik oleh Anuar dan Anuar bersedia memulakan lembaran baru hidupnya sebagai artis dengan persembahan bersih dari kontroversi.


Mungkin ada juga wartawan yang kecewa kerana tidak dapat membawa ole-ole berita gempar dan kontroversi seperti aksi-aksi cium dan berpelukan pada persembahan Anuar malam itu. Saya amat pasti ada sebilangan wartawan yang hadir, hanya semata-mata untuk mencari gosip dan cerita tidak baik dari persembahan malam itu. Syukur semuanya berjalan lancar dan ianya menjadi sebuah persembahan paling bersih 2008 oleh Anuar Zain barangkali.


Tahniah Anuar kerana berjaya menangkis anasir-anasir tidak baik di dalam dunia hiburan dengan beraksi cukup berhati-hati.


Meski ramai yang kecewa dan kurang berpuas hati malam itu, saya yakin dan percaya, peminat-peminat semua memahami mengapa dan kenapa persembahan Anuar kali ini tampak berbeza. Kami menghormati pendirian Anuar.


ANWAZ tetap menjadi kenangan 2008 dan akan tersisip di dalam ingatan peminat selamanya.


Walau apapun, persembahan Anuar memang SUPERB!! Sebagai peminat, sokongan akan terus diperkuatkan untuk Anuar.



Kecewa


Disebalik kemegahan persembahan itu, ada terselit rasa kecewa di hati, dan saya pasti, kekecewaan itu tidak hanya pada seorang dua tetamu, tetapi mungkin separuh dari tetamu yang hadir merasa tidak puas hati dengan pengajuran malam tadi.


Dengan harga tiket yang agak mahal, sewajarnya penganjur mampu menyediakan hidangan persembahan dan dekorasi yang terbaik untuk semua tetamu.


Namun menu yang diberikan tidak seperti yang digambarkan. Tiada menu pembuka selera, tiada pencuci mulut, kuantiti hidangan yang tidak berbaloi dengan jumlah tetamu di setiap meja, saya rasa tidak sepatutnya berlaku. Nasi tambah memang banyak tetapi mana menu tambahan? Setiap tetamu ditawarkan dengan nasi tambah, tetapi hidangan lauk pauk telah habis kerana yang menyenduknya ramai, tetapi lauk pauknya amatlah sedikit. Janji yang ditabur dulu, harga tiket semahal itu, sudah tentu hidangannya bagus-bagus belaka.


Dengan menu biasa seperti Daging masak Kicap ( diglamourkan namanya dengan menukar kepada Daging masak Hitam ), sayur campur ( yang cukup hanya 3 sudu besar sahaja sedang tetamu semeja 10 orang? ), Tofu masak Tiram, Udang masak merah ( udang overcook dan tawar ) dan ayam sos lemon ( kepingan ayam yang bukan untuk hidangan 10 orang ), saya rasa tetamu malu untuk menyudu lauk. Takut kawan-kawan tak merasa.


Kisah makanan ni bukan perkara remeh, sebaliknya penganjur perlu menitikberatkannya, kerana orang melayu ni, perut menjadi keutamaan di mana-mana majlis. Lainlah datin-datin atau dato'-dato' yang memang selalu dan terlalu biasa menjamah makanan dengan kuantiti yang sedikit ( Mungkin ). Biarlah apa yang dihidangkan berbaloi dengan harga yang sepatutnya dibayar.


Ini baru kisah makanan, belum lagi kisah door gift yang juga menjadi mangsa cakap-cakap belakang. Dengan memberi poster Anuar Zain, baucer dari Angsana Spa dan air mineral, akhirnya ia menjadi bahan lawak tetamu-tetamu. Kisahnya kelakar juga Sutra D'mega ni.


Apapun, tahniah kerana berjaya menganjurkan majlis seperti ANWAZ dan diharapkan majlis-majlis anjuran Sutra selepas ini jauh dari kontroversi.


Untuk keseluruhan persembahan Anuar Zain, segulung tahniah kerana peminat masih tidak pulang dengan rasa terlalu hampa kerana suara dan persembahan Anuar cukup hebat dan bertenaga. Sudah sampai masanya Anuar membuat sebuah konsert besar yang dapat mengumpulkan peminat dari seluruh ceruk rantau negara ini.


Anuar Zain di Hati............................



18 Ulasan:

Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Blogger DinimaMelati berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Blogger CiNtA HaTiKu ~ yOu'Re My InSpIrAtIoN berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 
Anonymous Tanpa Nama berkata...
 

Lawak ye? Tahu tak brp $$$ agaknya pihak penganjur nak kena byr Anuar Zeng? Brp $$$ nak peruntuk utk sound system? Utk dewan? Utk goodies? Dll? Lu Fikir La Sendiri... Huhuhu...

itu bukan masalah kitorang..penganjur sepatutnya lebih profesional dlm menganjurkan anwaz ni..harga yg dibyar bukan murah,therefore kt expect better service tau!kalau nak buat untung pon jgn la melampau2..nasib baik persembahan anuar banyak menyejukkan hati yg panas..door gift?kelakar giler beb..aku ni balik dr show anuar org tak caya..tgk kat paper bag(mcm beli kat mydin je) mana trademark anuar zin nye?jgn la sampai peminat bersuara baru nak consider benda2 mcm nii..

menjawab ulasan tanpa nama. berapa banyak pihak penganjur kena bayar bukan masalahnya. Semua bajet tu sepatutnya dah dikira lebih awal sebelum nak buat show besar macam tu. kalau dah dikira2 semua bajet, perkara2 macam ni tak sepatutnya berlaku. dengan harga tiket yang bukan kecik, peminat dan tetamu pasti mengharapkan yang terbaik dari penganjuran show tersebut. takkanlah seorang bayar 300-650 untuk makan makanan yang harganya sekepala mungkin tak sampai 25 ringgit pun.. bayaran sekapala tau bukan semeja 400. klu semeja 400/300/350/650 kami mungkin blh faham. tapi seorang beratus2 ringgit!

door gift yang tak berbaloi sangat. semasa penganjuran secretaries week membabitkan Anuar pun rasanya lebih baik lagi. ada lah jugak cenderamata yang blh dibuat kenang2an. bukan setakat air mineral botol pendek, poster Anuar yang rasanya ramai peminat dah ada dan baucer 20% dari angsana spa.... sape nak pegi spa tu klu setakat potongan 20%? penganjur kena tau yang datang rata2nya fanz AZ wlupun ade sebilangan kecilnya ahli2 korporat datin2 dan dato'2 yang mungkin selalu spa menyepa ni.. itupun rasanya tak berminat kot sbb potongan 20% pada sekeping kertas, klu hilang ditiup angin pun tak jadi kudis..!

betul kata seorang pengulas ni, door gift macam dari mydin. Kalau tertinggal pun tak rasa menyesal...

kalau rasa penganjuran tu terlalu mahal dan bajet cuma paras leher jer, lebih baik buat show kecik2 jer. kami fanz AZ tak kesah sbb tau itu show kecik, pastilah ape2 benda y terlibat pun kecik.

rasanya fanz buat event untuk anuar dengan harga 80 ringgit lebih berbaloi. contohnya program raya AZ, buka puasa bersama AZ. 80 ringgit memang berbaloi. makanan superb! itu baru event macam tu. klu show besar, kami faham, bajet besar. klu bajet besar sepatutnya semua tu dah dikira secara total, barulah diputuskan berapa seorang individu kena bayar. bukan selepas duit dikutip baru nak tau harga semua perkara2 tu. tak logiklah!

masa pihak AZ mintak turunkan harga sbb mahal sangat, penganjur menolak. saya rasa klu pihak AZ mintak turun harga, bajet untuk harga tiket lebih rendah amat2 mencukupi..

nampak sangat penganjur nak amik untung lebih, perlekeh perkara2 penting..!

kami fanz AZ tak rasa kecewa ngan show AZ sbb AZ mmg SUPERB.. tapi pihak penganjur gagal menganjurkan show tu dengan sempurna.

klu kata i bukan penganjur, tak tau ape2, mmg i bukan penganjur sbb bukan i yang menganjurkan. tapi klu i jadi penganjur, i pasti nak yang terbaik selain keuntungan syarikat.

ade lagi?

salam..
pertama kali menonton anuar zain..memang best...
tentang penganjur...ini kali kedua saya sertai sutra dmega...
bagi diriku ..kalau sanggup bayar kenapa mesti ada sungutan..
kenapa mengharap yang berlebehan...
yang penting terhiburkah anda?
jika terhibur ...itu yang penting..
bayaran itu untok menonton AZ bukan untok makan dan dapat goodies kan?
harapanku kalau bijak bersungut cuba lah anjurkan ...dan sediakan yang difikirkan perlu...
untok diriku...AZ yang penting...
ia perform well...dan yang lain ku tak kisah..ku bayar untok dengar dan tonton persembahan live dari penyanyi terkemuka di malaysia..
dan aku anak malaysia yang sanjung seni dan budaya..

jadi fikirlah sebelum beli tiket
adakah untok hidangan malam atau untok bag yang ada goodies atau ...melihat penyanyi...
fikirlah...

sutra d'mega sudah dua kali ku bersama mereka...siapa lah mereka hanya penganjur...
bukan company yang seperti pengeluar makanan atau majalah maka akan ada goodies nya ..adalah tajaan mereka...
dan kalau ingin barang dari AZ pasti dapat di beli di tempat tertentu...
ku bisa tonton Elton John..tak dapat apa pun hanya poster.dan i terpaksa beli tshirt dan cd selepas show kalau nak la...
jua saya tonton Rod steward...sama...semua kena beli tak ada beg untok bawa pulang...
ku jua tonton opera singer dari italy..sama jua...
jadi mutu penyanyi kita jua tinggi barangan mereka bukan untok free jadi beli lah bila ingin..
itu lah pendapat ku...

pada sutra d'mega ..ku kan bersama mu...
ku faham ..ku ngerti...

salam mesra...
dinima/melati malam

semua ade pendapat sendiri.. sape ade kepentingan dengan penganjur, tak blh nak kata tapi rata2 ramai y tak puas ati...

kami tak kesah ngan performance AZ, dia mmg bagus.

ape pun terpulang pada individu nak menilai...

kalau dikritik, maknanya orang memandang...

jadi prbaiki lah diri.. jangan buat tak tau jer, akhirnya nanti perkara buruk yang sama berulang2 lah...

kita menegur tak salah... supaya ada pihak yang ingat dan cuba perbaiki kelamahan. itu jer. bukan nak menjatuhkan. mungkin penganjur tak perasan semua kekurangan ni, tapi y perasan kena tegurlah..

k. takyah nak gegaduh. benda dah lepas. kepada sutra d'mega, amiklah teguran ni sebagai pembakar semangat untuk menganjurkan majlis yang lebih baik lagi..

itu jer..

salam.

diana

setuju ngan diana.

si dinima... ok lah. suka ati u lah.

hidup matimu untuk suta d'mega. huhu

kalau setakat bayar memahal untuk tonton AZ jer, tak mungkin semahal 650 seorang... tiket konsert pun baru 70 rengget.

aku tau lah berapa sangat rate untuk anuar tu... tak sampai 100 ribu pun.... lebih rendah dari tu..

tak harap semua barang2 dan makanan klu tak disediakan pun. tapi alang2 disediakan, biarlah berpadanan. jangan setakat kertas2 kosong takde maknenyer...!

poyo84

Persembahan anuar mmg sgt menghiburkan. Berbaloi. Bukan isu bayar mahal atau murah, tp sbg peminat yg telah keluarkan duit yg bukan sedikit, kami turut mengharapkan sesuatu yg boleh d bawa pulang. Sudahlah anuar tak d benarkan turun pentas..yg ada dlm goodies bag pulak cuma poster, air mineral dan diskaun spa?? Makanan yg di saji pulak.. bukan memperkecilkan rezeki d depan mata, tp penganjur tolong2 lah pikir2 kan jugak.. aduhai... lebih baik attend program berbuka puasa or raya yg macam dulu tu je la klu mcm ni..

Persembahan Anuar mmg sgt menghiburkan, jikalau tidak..masakan AZ punya ramai peminat. Namun, pihak penganjur perlu lebih peka terhadap kepuasan total peminat yg hadir. Walaupun tdk mungkin 100% puaskan hati semua orang, tolonglah fikir2 kan apa yg tetamu harapkan, kerana kami bayar utk itu..

showcase tu mmg hebat sangat sebab penyanyinya pun hebat. terlalu hebat.

tapi dalam masa yang sama penganjur kena buat sst untuk memberikan kepuasan total kepada tetamu yang hadir. klu bukan ttg AZ, buatlah satu buku kecil ttg sutra d'mega spy org kenal mereka. buku tu blh disimpan sebagai kenang2an. klu air mineral y dibawa balik, macamlah kat malaysia ni tandus mineral water?

klu dinima nak tengok AZ jer, oklah. itu poendapat u yang boleh dapatkan banyak accessory AZ di mana2 ( macam y u cakap ) klu ada. rasanya accessory az bukan dijual di shopping complex.

kami buakn nak makan y sedap sangat sampai jilat2 tangan, klu tak sedap pun biarlah kuantitinya berbaloi. bukan senduk seklai dah lompong, itu baru seorang, macamana kengkawan y 9 org lagi? malu nak senduk beb! semua kat meja dah pandang2 sesama sendiri memikirkan lauk y sket.

si pelayan tu plak sebok sangat nak tambahkan nasik. mau ku katupkan aje dengan bekas lauk y dah abis tu.. nasik putih tawar tu klu tak tambah pun tak nyesal!

makanan kat stu ok lah klu dah mmg itu aje y chef kat stu pandai masak. tapi sikitnye ya rabbi! bukan kami melantak, sedangkan tak melantak pun lauk tetap tak cukup.

heran... harga tiket semahal tu rasanya cukup untuk menyediakan sebuah persembahan dewan dan cenderahati y bagus2. air mineral 1.20 jugak y dibagi...

kami tak nak tau berp banyak y penganjur kena bayar sbb ape y kami tau, semua harag tiket dan jumlah meja y dijual mencukupi untuk tampung semua kos termasuk door gift y lebih baik dari itu.

kalau tak masakan AZ buat kenyataan di akhbar dulu dia pernah nak mintak turunkan harga tapi penganjur menolak.

ini bukan main dam aji. sapa menang dapat duit. main hentam harga tiket tapi dalaman majlis entah ape2.

baik tak payah ade makan2 klu tak mampu. kita pun nak tengok AZ jer. tapi bila dah diadakan dinner, tentulah kami nak y bagus2..

aku rasa bagus lagi masa kat lanai gurney atau park royal. makanan sampai tak nak2 banyaknye. semua sedap2 plak tu. itu baru 80 hengget. seorang. ramainya baru 150 org... tapi semua ade. door gift pun bagus...

hai sutra...

salam,

aku setuju dgn diana dan poyo84, sebenarnya apa yg berlaku mlm tu aku takterkejut sgt sbb dari membeli tiket lagi aku dah tak puas hati dgn cara staff sutra D'Mega nie.Sebelum tiket dibayar ayat bukan main manis lg...harap² sutra D'Mega akan ambik ikhtibar dgn apa yg berlaku. Jgn bjanji kalu tak pasti boleh tunaikan atau tidak dan jgnlah berckp kata² harapan pd org jika kita tak punya main power...

Putera

yelah putera. aku pun sama lah..

aku tak boring ngan az performance, tapi sutra tak hidangkan dengan hidangan penganjuran y baik aku rasa.

tak berbaloi denngan harga tiket.

aku bukan beli az, aku nak sebuah penganjuran yang baik di samping penyanyi yang bagus macam AZ. AZ mmg bagus tapi janganlah kata nak tengok AZ jer.

y lelain tu kena ambik kira la woi!
kata makanan bagus2, dewan bagus2.. last2 ape y bagus? dapat bawak balik air mineral !
bagusnye dapat ilang haus..!

huh! sungguh ilang akal la sutra ni..


azizul

betul tu semua. az mmg la bagus show dia. kami hepi.

tapi bajet lebih 1/2 juta, takkan macam tu jenis majlis? makan tak sedap, sikit, door gift macam menang pertandingan melukis kanak2, ape ?

klu bajet 10 ringgit blh la.. 10 ringgit tu pun lebih mahal kot dari harga door gift tu...

teruk betul sutra d'mega.

sutra fikir2 kan lah.. jgn krn yakin AZ punya ramai fans n pasti tiket sold out..maka segala perkara lain diabaikan..

Mmg benar kami dtg utk nikmati show Anuar, bukan utk makan2.. tp berbaloi kah dgn harga yg kami bayar??? Lebih ramai yg berpuas hati bayar rm80 utk program d lanai gurney dulu tu..

assalamualaikum,

saya rasa sepatutnya door gift tu at least adelah satu photo signed by annuar zain (bukan poster tau)adelah satu small gift like mug yg ade muka annuarzain ke (bukannya mahal takat 5 hengget je bende ni) we paid 300 and plus2 of course kita expect something sweet that can make us remember the nite

Tahniah Anuar Zain....persembahan puas hati...

saya suami isteri datang dari jb semata-mata mau melihat dengan sedekat-dekatnya persembahan anuar pada malam itu...walaupun perjalanan jauh...tapi memang berbaloi...hanya ada beberapa perkara yang pihak penganjur perlu lihat...saya membayar tiket yg paling mahal RM650 untuk seorang,tapi bila persembahan bermula kami tak dapat melihat bila terlalu ramai yg datang ingin mengambil gambar dihadapan pentas sampai melindungi mata penonton di hadapan....tak bole juga dipersalahkan pada mereka yg terlalu ghairah untuk mengambil gambar...kerana mereka juga membayar tiket yg paling murah pun RM300....cuma di sini pihak penganjur perlu sediakan penjaga pentas dengan baik dan beruniform..setidak2nya bertshirt hitam yg selalu dpakai oleh CREW2....bila berpakaian seperti penonton,arahan dibuat pun tak diendahkan mereka....penganjur juga perlu beri peluang kepada penonton untuk sesi autograf.....harap penganjur perbaiki....lain2 org dah komen...TQ

setuju sangat dengan komen2 yg bermakna.....penganjur makan pulun besar sangat...nak naik haji tiap2 tahun....berapa sangat laa AZ charge kat penganjur...dalam dewan semua table penuh...ada 118 table... aku kira kasar laa....Yg 650 ada 4 table bermakna 6500x4=RM26,000.00 yang 450 ada 44 table bermakna 4500x44=198,000.00 yang 300 ada 70 table bermakna 3000x70=210,000.00 so total RM434,000.00 bayar AZ kata laa RM150,000....ada lagi 284,000 .....tak kan AZ charge samapi gitu....kalau makan satu table lebih2 pun RM400x118=47,200. banyak lagi belen.....lagi kata tak ada untung.....lawak laaa....

rasa kecewa tahap gaban ngan sutra d'mega... dah lah aku 1st time tgk AZ secara live nih.. abis $$$ aku.. AZ performed superb! tapi sedih, takde kenangan begambar ngan dia. ambik gambar pun dapat sipi2 aje.. nak ketengah..risau org table depan marah...suppose bagi la ruang kat kameraman2 macam kitaorg nih..at least tak lah ganggu ngan org kt table depan..kitaorg pun paham depa bayar mahal...gift paling worst! bila balik umah member sume nak tgk gift yg aku dapat,terpaksa sorok..pasai malu beb!!

Haha. Nasib baik tak pegi :P

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama

 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman