PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK

FAV FORUM


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

WELCOME / SELAMAT DATANG >

Ahad, 20 April 2008

Mahu peminat berseronok cara 'bersih'

BERSERONOK biarlah ada batasnya. Itulah permintaan penyanyi yang kembali menghangatkan pentas hiburan tanah air dengan lagu berhantunya Lelaki Ini dan Ketulusan Hati untuk peminatnya yang akan menghadiri majlis A Nite With... Anuar Zain pada 2 Mei bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

"Saya tidak kisah jika mereka bermesra dengan saya kerana sememangnya matlamat persembahan malam itu adalah untuk mewujudkan suasana seronok bagi peminat yang datang. Namun, tentulah ada batasannya. Apa yang kami mahukan keseronokan yang ‘bersih' dan jauh sekali melampaui batas," katanya pada sidang akhbar mengumumkan acara berkenaan di La Bodega, The Pavilion, baru-baru ini.

Sambil tersenyum Anuar memberitahu, dia sendiri mahukan peminat berasa gembira apabila menghadiri majlis makan malam terbabit, seterusnya menyaksikan dia beraksi. Pembabitan peminat dalam persembahannya nanti cukup dialu-alukan artis ini dan mereka sendiri boleh berbuat apa saja, asalkan tidak keterlaluan.

"Saya tahu, peminat hanya ingin berseronok dan itulah juga matlamat penganjuran A Nite With... Anuar Zain. Apabila mereka berasa seronok, mereka mempunyai sesuatu untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga, sebaik saja pulang ke rumah," katanya.

Majlis anjuran Sutra D'Mega Event & Entertainment itu bakal menyaksikan Anuar mengadakan persembahan diiringi sekumpulan pemuzik di bawah pimpinan Mac Chew.

Bertemakan glamor, Anuar mahu peminatnya datang dengan pakaian yang cantik bagi menimbulkan suasana meriah pada acara berkenaan. Mengikut perancangan, dia dijangka menyampaikan sebanyak 17 hingga 19 lagu, sama ada secara penuh mahupun medley.

"Kebanyakan lagu yang saya pilih adalah daripada album pertama hingga ketiga serta beberapa lagu daripada penyanyi lain yang menjadi kegemaran saya. Kali ini, saya tidak langsung menyanyikan lagu Inggeris kerana saya berasakan, mengapa tidak saya memberikan penghargaan kepada khazanah lagu tempatan dan nusantara?" katanya.

Berhubung tempoh masa persembahannya, Anuar tidak meletakkan jangka masa tertentu kerana semuanya bergantung kepada tindak balas peminat pada malam itu.

Ditanya apakah majlis berkenaan diadakan sebagai gantian kepada acara Minggu Setiausaha, Anuar menafikannya sambil berkata, berikutan kesempatan mengadakan persembahan secara live olehnya tidak begitu banyak pada tahun ini, maka dia berasakan majlis makan malam itu paling sesuai untuk dia berbuat demikian, demi kepuasan peminat.

"Lagipun, persembahan ini bukannya menggunakan muzik minus one. Jadi, ia boleh berlangsung selama mana yang peminat mahukan," ujar penyanyi yang cukup gembira apabila album terbaru, Anuar Zain, berjaya dijual melebihi 25,000 unit dalam tempoh empat bulan di pasaran.

INFO: A Nite With... Anuar Zain

TIKET menghadiri majlis makan malam dan menyaksikan persembahan Anuar Zain di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, jam 8 malam, 2 Mei (Jumaat) nanti boleh ditempah dengan menghubungi Sutra D'Mega di talian 03-77274515 , atau berkunjung ke kedai muzik Music Valley dan Tower Records. Peminat juga boleh membuat tempahan di laman web
http://www.ticket2u.biz/

Tiket berharga RM300, RM350, RM400 dan RM650 (tiket istimewa) yang dijual tidak terlalu mahal seandainya persembahan yang diberikan meninggalkan kesan mendalam serta menyeronokkan peminat.

Bagi acara berkenaan, pakej meja berharga RM3,000, RM3,500, RM4,000 dan RM6,500 turut dijual.


Sumber: © Berita Harian - 12 April 2008
Oleh: Nurulhisham Abdul Latiff

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama

 
 
 
CHAT BOX


MUSIC ZONE


ARKIB

FAV BLOG
-
 
 
ANUAR ZAIN BLOG © 2008 • Design by Shahrul Aiman